malaysiakini: chin peng sedia berdepan tribunal jenayah perang


MALAYSIAKINI: CHIN PENG SEDIA
BERDEPAN TRIBUNAL JENAYAH PERANG


Low Chia Ming
Dis 3, 09
6:44pm


Bekas pemimpin Parti Komunis Malaysia (PKM), Chin Peng bersedia dihadapkan ke tribunal jenayah perang sekiranya ianya benar-benar adil dan bebas.


Bekas setiausaha agung PKM itu - yang kini sudah berusia 85 tahun - menyuarakan kesediaannya itu ketika diwawancara Malaysiakini selepas majlis ulangtahun Perjanjian Damai Hatyai yang ke-20, di Hatyai Isnin lalu.


"Jika ianya sebuah mahkamah yang benar-benar adil dan bebas, saya akan hadir.


"Tetapi ia mustahil (adil dan bebas). Jika hakim-hakim dilantik oleh kerajaan Malaysia, saya tidak akan hadir," katanya.


Ditanya sama ada rakan-rakan seperjuangannya yang lain, juga harus dihadapkan ke tribunal tersebut, Chin Peng menjawab:


"Itulah masalahnya, (saya didiskriminasi) hanya kerana saya bukan Melayu."


Bila diberitahu bahawa Abdullah CD pernah mengakui dalam memoirnya mengenai serangan ke atas sebuah balai polis di Pahang, Chin Peng berkata seingatnya, beliau tidak pernah membunuh seorang pun orang awam.


Sewaktu zaman darurat, katanya, pihak tentera dan polis juga telah membunuh ramai orang.


"Tetapi mengapa hanya saya sahaja yang harus berdepan dengan semua tuduhan tersebut?" soalnya.


Sewaktu darurat, menurut Chin Peng, British berperang hanya untuk mengekalkan kuasa penjajahannya manakala anggota PKM pula pejuang sebenar untuk kebebasan dan kemerdekaan negara.


Mengenai dakwaan yang beliau tidak pernah memohon untuk pulang ke Malaysia - sewaktu tempoh setahun yang diberikan untuk berbuat demikian selepas Perjanjian Damai Hatyai - Chin Peng berkata, beliau telah memohon tetapi telah dipermain-mainkan oleh para pegawai Malaysia.


"Mereka minta saya jumpa (mereka) di sempadan, tetapi selepas tiga jam berkejar ke beberapa lokasi (yang disuruh), tidak ada pun wakil rasmi. Walaupun lama menunggu, tiada seorang pegawai pun yang muncul," tambahnya.


Berikutan itu, katanya, beliau merasa seperti 'diperbodoh-bodohkan' dan serik untuk berbuat demikian lagi.


Chin Peng juga berkata, tidak guna baginya membuat bantahan secara terbuka mengenai layanan buruk terhadapnya itu kerana media juga dikawal oleh pihak kerajaan.


Ditanya mengenai beliau yang tidak dapat menunjukkan rekod kelahirannya untuk membuktikan beliau rakyat Malaysia, Chin Peng berkata, beliau tidak pernah menyangka yang soal kewarganegaannya akan dipertikaikan.


"Saya dilahirkan di Malaysia, maka tentunya saya termasuk dalam mereka 'yang berasal dari Malaysia' seperti yang disebut dalam Perjanjian Damai Hatyai," katanya.


Menurutnya, jika pihak berkuasa meminta bukti kewarganegaraannya sewaktu rundingan damai tersebut, sudah tentu beliau akan meminta keluarganya menadpatkan bukti-bukti yang diperlukan.


Ditanya mengapa kerajaan sendiri tidak menyemak perkara itu dalam arkib pendaftaran negara, Chin Peng mengesyaki rekod kelahirannya telah dimusnahkan.


Chin peng juga menegaskan bahawa beliau tidak akan meminta bantuan Thailand untuk menyelesaikan pertikaian beliau dan kerajaan Malaysia itu.


Beliau berkata, masalahnya adalah dengan kerajaan Malaysia dan menurutnya, adalah tidak betul untuk meminta negara lain campur tangan.


Lagi pula, katanya, kepimpinan kerajaan Thailand sekarang mungkin tidak bersedia untuk membantunya.


Tambahnya, pucuk pimpinan di Thailand sudah bertukar tangan. "Jika Chavalit (Yongchaiyudh) masih berkuasa, saya boleh cuba."


Chavalit adalah bekas panglima angkatan tentera Thailand yang menandatangani Perjanjian Damai Hatyai dan bekas perdana menteri Thailand.


Chin Peng - kini seorang datuk berusia 85 tahun - teringin sekali pulang ke tanahairnya.


Berasal dari Sitiawan, Perak, Chin Peng yang nama sebenarnya, Ong Boon Hua, mahu pulang menziarahi kubur ibubapanya serta kembali ke pangkuan keluarganya.


Tetapi kerajaan Malaysia berkeras tidak membenarkan beliau pulang, atas alasan setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah dibubarkan itu, tidak boleh dimaafkan atas kekejaman pasukan tersebut.


Chin Peng yang kini tinggal di Thailand, tidak menolak kemungkinan bahawa bangsa menjadi faktor di sebalik punca beliau seorang sahaja anggota KPM yang dilarang pulang ke Malaysia.


Ditanya mengapa kerajaan Malaysia menentang kepulangannya, bapa dua orang anak itu, pada mulanya menjawab bahawa ia satu soalan yang sukar untuk dijawab.


Tetapi apabila kes Abdullah CD (kiri) disebut, di mana bekas pengerusi PKM itu dibenarkan pulang serta diterima mengadap Sultan Perak, Chen Peng tidak menolak kemungkian ia disebabkan oleh diskriminasi kaum.


“Mungkin (ia disebabkan) saya bukan Melayu," katanya.


Ditanya, sama ada beliau merasakan kepulangannya akan memberi impak kepada suasana politik negara ini, sekiranya dia pulang lama dahulu, Chin Peng berkata: "Ya, saya mungkin membabitkan diri dalam aktiviti politik dan memimpin pihak pembangkang.


Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa suasana politik negara sudah banyak berubah dan mungkin tiada lagi peranan yang boleh dimainkannya.


6 ulasan

SALURAN RESMI TERTUTUP DIANTARANYA SEBAB AGESI KESELAMATAN MALAYSIA MASIH TEBAL LAGI SEMANGAT YANG DISEMAI PENJAJAH, DISAMPING PARTI YANG MEMERINTAH BERSIFAT PEREKAUMAN.

KALAU NAK MASUK MELALUI SALURAN GELAP, MEMANG YAKIN BOLEH BILA BILA MASA MELALUI LALUAN PENDATANG TANPA IZIN YANG RAMAI KELUAR MASUK SIANG MALAM KEMALAYSIA SEJAK KEMASUKAN PELARIAN VIETNAM LAGI.

Reply

Tahniah Chin Peng,

Salute kerana mempunyai sikap tanggungjawab yang tinggi.

Dol

Reply

ebagai salah seorang wartawan Malaysia yang dihantar membuat liputan Majlis Perjanjian Damai antara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1 Disember 1989 di Hatyai Thailand, antara soalan yang saya masih ingat saya ajukan kepada Chin Peng ialah: "Apakah saudara masih seorang Marxist-Leninist?" Chin Peng dengan wajah yang hampir-hampir tersenyum menoleh ke arah saya dan menjawab: ''Ya."

Chin Peng menambah: ''Kami hanya meletakkan senjata bukan membubarkan PKM ataupun fahaman komunisme.''
Itulah kata-kata Chin Peng yang tidak dapat saya lupakan sepanjang karier saya sebagai seorang wartawan yang berpeluang untuk membaca kisah hidupnya dalam buku sejarah, dan kemudian ditakdirkan juga berpeluang menatap wajah dan bersua muka dengannya secara berdepan pada sidang akhbar bersejarah itu 20 tahun lalu.

Atas alasan itu jugalah mengapa Chin Peng dan anggota PKM yang lain tidak dapat memenuhi salah satu daripada empat kerangka Perjanjian Damai tersebut kerana keengganan mereka untuk kembali dan melalui proses 'pemutihan' di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terlebih dahulu.

Sebabnya ialah seperti yang dilafazkan oleh Chin Peng, dia masih seorang berfahaman Marxist-Leninist. Chin Peng sanggup melepaskan perjuangan bersenjata ke atas Yang di-Pertuan Agong tetapi tidak bersedia untuk menggugurkan fahaman yang dianutinya sejak sekian lama itu.
Marxism-Leninism secara 'basahannya' membawa maksud Bolshevism atau ringkasnya komunisme.

Hakikatnya ialah sehingga Chin Peng membuat pengakuan terbuka bahawa dia tidak lagi mendokong fahaman tersebut, maka Kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebab untuk menerima semula kepulangan Setiausaha Agung PKM itu ke tanah air. Malah jika sekalipun Chin Peng membuat pengisytiharan bahawa dia bukan lagi seorang komunis, Chin Peng tidak boleh terlepas daripada melalui proses ditahan di bawah ISA.

Chin Peng tidak boleh dibenarkan menjalani kehidupan bebas keluar masuk ke kedai kopi dan menghadiri forum itu dan ini serta menganjurkan majlis itu dan ini atas nama apa sekalipun.
Ini kerana kesan tindakan seperti itu akan hanya menimbulkan keresahan di kalangan rakyat terbanyak, apatah lagi kepada keluarga mangsa keganasan komunis yang bukan sahaja terdiri daripada kalangan perajurit dan masyarakat awam tetapi juga masyarakat Melayu, Cina dan India serta kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Kehadirannya semula di kalangan kita hanya akan membuka luka yang berdarah. Chin Peng sendiri harus menerima takdir yang tertulis ke atasnya kerana itulah jalan yang dia pilih. Dan betapa keengganannya menerima Perjanjian Damai di Baling pada tahun 1955 telah menjurus ke arah pertumpahan darah yang bukannya sedikit di kalangan perajurit kita dan juga masyarakat awam yang lain.

Generasi baru yang tidak melalui kesengsaraan kehilangan ahli keluarga kerana terkorban ditembak atau diserang hendap komunis, cuba menulis semula sejarah tanah air dengan mengagungkan anggota PKM dan Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan negara melalui blog, laman web dan juga penerbitan buku. Mereka perlu berasa malu dan menghentikan tindak-tanduk mereka itu.


Putra Heights USJ

Warna-warni politik
Torashah

Reply
APO NAK DIKATO mod

Warna Warni Politik Torashah,

Apakah menjadi Kesalahan bagi seseorang menganut mana mana isme,
fahaman, falasafah, ugama, doktrin,
anutan, adat dll...?

Beberapa ulasan tuan adalah tidak selaras dengan perjanjian Haadyai 1989.

Semua mesti mematuhi perjanjian tersebut termasuklah bekas anggota tentera/polis dan keluarga mereka.

Hala tuju seterusnya mestilah bermula daripada perjanjian Haadyai
Tiga Penjuru 1989.

Dunia Pernah Bergolak seperti Perang Dunia I & II, Bom Atom Keatas Nagasaki- Hiroshima, Perang Korea, Perang Vietnam, Konfrantasi Indonesia....dll semuanya selesai selepas perjanjian......

Reply

Respon kepada Putra Heights USJ.

Hello bro bende lu ni. Apa kena fahaman Marx atau lenin dengan kihidupan rakyat di malaysia ni. Lu ni wartawan ka tak ketahuan. Lu ni lulus darjah tiga kot. Umno yang dok bawak agama baru macam Islam Hadhari tu lagi la menyesatkan. Komunis tak percaya agama pun dah Islamkan ramai ahlinya yang bukan islam sebelumnya. Contoh isteri Abdullah CD dan Isteri rashid maiden. Berapa orang yang telah lu Islamkan semumur hidup lu?

sapa yang bunuh ustaz Ibrahim Libya? Siapa yang bunuh keluarga Kugan? Siapa yang bunuh Altantuya? Siapa yang bunuh Dr Zulkifli Timbalan YDP Agung Pas? siapa yang bunuh Abdul samad Gul? Siapa yang bunuh mat Kilau? Siapa yang bunuh Pahlawan Melayu?

Helo bro si pembunuh tu apasal masih tinggal kat Malaysia ni? Lu ingat keluarga dia orang tak marah ke saudara mereka kena bunuh?

Oii Bro... Lu ni tak sedar yang lu ni sekarang sedang menganut fahaman Zionisme. Siapa yang tak terima rundingan Baling? PKM atau anjing2 British? Lu pi baca la sekali lagi rundingan Baling tu... Sori la bro lu ni memang wartawan Malaysia sejati... Otak Loceng..

Reply
Tanpa Nama mod

Putra Heights USJ,

Wartawan ape ko ni, isi perjanjian pun tak tahu.... wartawan upahan utusan meloya kot

Dol

Reply

Categories

Pengikut