jawapan kepada ulasan penpusaka


JAWAPAN KEPADA ULASAN PENPUSAKA


Salam Penpusaka.

Selamat bertemu Penpusaka di "pentas" yang disediakan Pak Mat Amin ini. Pertamanya terima kasih ku lontarkan kepada Penpusaka kerana sudi juga memberikan ulasan. Di atas sikap berterus terang inilah aku menghormati pandangannya. Jadi aku juga ingin memberi sedikit pandangan terhadap ulasan yang berikan Penpusaka. Untuk memudah pembaca, jawapan aku diberikan warna hitam manakala ulasan Penpusaka diberikan warna biru.

Salam ziarah, Sewaktu pendudukkan Jepun, PKM dibantu dan diupah oleh penjajah British menubuhkan MPAJA menentang penjajah Jepun.Jepun kalah dalam perang Dunia ke2 lalu menyerah diri kepada British dan meninggalkan Malaya. Kekosongan beberapa bulan, antara kepergian Jepun dan kedatangan semula British ke Tanah Melayu, PKM telah mengambil kesempatan "mengganas" diTanah Melayu dengan ZALIM, memikirkan mereka akan menegakkan "Kerajaan Komunis" di Tanah Melayu sejajar dengan "arahan" Komunis Antarabangsa berpusat di Tanah Besar Cina.

Fakta yang menyebut “PKM dibantu dan diupah oleh penjajah British menubuhkan MPAJA menentang penjajah Jepun” adalah salah sama sekali. Hakikat sebenarnya ialah PKM telah mendesak penjajah British supaya membebaskan sejumlah kader2 dan tahanan politik di dalam penjara dan memberikan latihan singkat untuk menentang Jepun. Pada mulanya penjajah British tak terima. Akan tetapi melihatkan Jepun semakin mara, barulah penjajah British menerima desakan PKM itu. (Kini Dan Silam akan secara beransur-ansur membongkarkan fakta2 ini)

Kekacauan yang berlaku menjelang dan selepas kekalahan Jepun ditimbulkan oleh penjajah British. Ketika itu penjajah British teramat lemah, moralnya merosot setelah kalah dalam perang dunia kedua. Untuk kembali memulihkan pemerintahannya di Malaya, penjajah British telah merencanakan strategi pecah dan perintahnya dengan mengadu domba hubungan antara kaum di Malaya. Force 136 khusus membuat kerja menghasut orang Melayu supaya anti-komunis. dan membenci orang Cina. Di samping itu penjajah British secara khas menghantar platun India Muslim melalui kapal selam ke Teluk Anson, kemudian mereka masuk ke kampung2 Melayu di sepanjang Sungai Perak, menghasut orang Melayu supaya orang membenci PKM dan membentuk parang panjang. Kebanyakan ketua kumpulan parang panjang ketika itu adalah alat penjajah manakala anggotanya tak tahu apa-apa, hanya ditipu sahaja. Mereka melakukan pembunuhan ke atas orang Cina dan juga ke atas orang komunis.

Peristiwa rusuhan kaum di Johor dilakukan di bawah hasutan Datok Onn dengan mempergunakan Kiai Salleh. Datok Onn dan Kiai Salleh adalah algojo pembunuhan antara kaum di Johor. Oleh sebab itu pasukan TAJRM telah menangkap Datok Onn. Akan tetapi, Datok Onn telah mengakui segala-galanya. Dengan itu Datok Onn dilepaskan. Selepas itu barulah Datok Onn mengarahkan Kiai Salleh memberhentikan gerakan memburu orang Cina. Dan sejak itu barulah hubungan antara kaum di Johor dapat beransur-ansur diamankan.

Masalah Malaya menjadi tanah jajahan China adalah propaganda penjajah semata-mata untuk memberikan gambaran buruk kepada PKM.

Mengapa penjajah British yang menguasai Malaya selama ratusan tahun tak timbul, akan tetapi China yang belumpun menjajah sudah pun dibesar-besarkan. Lojik apa ini?

Bila British kembali, CHIN PENG ketua Komunis di Tanah Melayu, dianugerahkan PINGAT oleh British diatas sumbangan PKM menentang Jepun. Bagaimanapun PKM silap bila anak watan Tanah Melayu MENOLAK Komunis, mereka terpaksa masuk kedalam hutan apabila pemerintahan British mengharamkan parti PKM atas sebab kemungkaran mereka bermain politik mengadu-domba untuk menghuru-harakan Tanah Melayu.
PKM telah menegakkan jasa besar dalam perang dunia kedua. Ini telah diakui sendiri oleh penjajah British.

Apa jasa UMNO pada waktu itu? Walaupun UMNO belum ditubuhkan, tetapi pembesar2 yang kemudiannya menjadi pemimpin UMNO mulanya menjadi tali barut British, kemudian jadi tali barut Jepun pula. Ketika British memburu pejuang2 Melayu, tokoh2 atasan dan pertengahan Melayu menyokong penjajah British. Begitu juga di abad 19. Bila penjajah British mengharamkan parti2 kiri, orang2 yang menjadi tulang belakang UMNO inilah yang menyokong British. Ketika British isytiharkan undang2 darurat, UMNOlah yang membuat jasa kepada penjajah British, menekan gerakan kiri termasuk PKM. Sebab itu yang ditangkap dalam darurat semuanya orang2 pergerakan kiri. Tidak sedikit mereka telah digantung.

Tok Bahaman, Datok Majarajalela dan lain2 (sekadar menyebut dua nama) menentang British demi tanah air. Tapi UMNO berkomplot dengan British untuk menumpaskan gerakan kemerdekaan. Walaupun namanya menentang “penjajahan komunis” tapi sebetulnya menekan gerakan kemerdekaan secara keseluruhannya. Yang berjuang untuk kemerdekaan bukan PKM sahaja, termasuk juga PKMM, API, AWAS dan lain-lain. Semua ini menjadi musuh ketat penjajah British.

Wahai Penpusaka. Perbuatan seperti UMNO inilah namanya mengkhianati tanah air dan bangsa, menjual tanah air, bangsa dan agama.

Berkenaan adu domba bangsa2 siapa sebenarnya dalangnya. Lupakah Penpusaka tentang perarakan kepala lembu baru2 ini? Komunis kah yang mengarak kepala lembu itu? Lupakah Penpusaka peristiwa 13 Mei. Bukankah askar Melayu diarahkan menembak orang Cina, tapi komunis yang jadi kambing hitam?

Kesimpulannya UMNOlah yang memecahbelahkan bangsa2.

kerja siapa ini... komunis atau UMNO?
Apa tujuannya kalau bukan untuk
menimbulkan
ketegangan antara kaum?

British mengisyiharkan darurat pada 1948 dalam usaha mengekang perang gerila oleh PKM. PKM mengatakan didalam artikel ini bahawa mereka diserang hendap oleh "ashkar upahan" sedangkan mereka diserang oleh ASHKAR MELAYU yang berkhidmat dengan pemerintah ketika itu, British untuk mempertahankan Tanah Air mereka daripada "PENJAJAHAN KOMUNIS" PKM yang ingin menjajah Tanah Melayu.

PKM melancarkan perjuangan bersenjata sebagai menjawab undang2 darurat penjajah untuk kemerdekaan tanah air. Kalau UMNO benar2 berjuang untuk kemerdekaan, UMNO tentu ikut berjuang walaupun bukan secara bersenjata. Sila baca Pidato Dr. Burhanuddin yang telah disiarkan Mat Amin dalam posting lepas. Itu kenyataan sebenarnya.


Takkanla jadi orang kuat UMNO pun tak boleh faham istilah askar upahan. Siapa jadi askar yang diberi gaji dan diperintah oleh British tu tak kira la Melayu ke, Cina ke, India ke, semuanya askar upahan penjajah.

Askar Melayu ketika itu berkhidmat kepada penjajah, melindungai kepentingan penjajah, melindungi modal penjajah kerana mereka diupah oleh penjajah.

Memang dakyah PKM tak habis-habis mahu menghalalkan kecurangan mereka dan mahu melabelkan anak watan yang berjuang mempertahankan Tanah Air sebagai upahan British.

Hakikat sebenarnya UMNOlah yang tak habis2 menekan perjuangan untuk kemerdekaan. Selepas penjajah British balik ke negerinya, UMNO pula meneruskan dasar penjajah British. UMNO menangkap Dr. Burhanuddin, Ahmad Boestamam dan ramai lagi yang hari ini sudahpun diakui umum bahawa pejuang kemerdekaan tanah air.

Di samping itu, UMNO telah meneruskan perang melawan PKM, walaupun PKM beberapa kali meminta diadakan perundingan untuk menamatkan perang selepas perundingan Baling.

Kita semua kenali dan tahu British itu penjajah, begitu juga kita tahu dan sedar Jepun juga mahu menjajah dan kita juga tahu dan sedar bahawa PKM juga mahu menjajah. Jadi kita telah bersama-sama British mempertahankan Tanah Jajahan British dari terlepas ketangan KOMUNIS. Dalam masa yang sama NASIONALIS anak watan berpolitik untuk mendapatkan KEMERDEKAAN dari jajahan British yang akhirnya tercapai secara beransur-ansur, bermula dengan pemerintahan British melaksanakan pilihanraya Kerajaan Tempatan pada 1955 yang dimenangi oleh PERIKATAN (UMNO+MCA) lalu Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai KETUA MENTERI KERAJAAN BRITISH diTanah Jajahannya. Bermula dari situ,UMNO+MCA+MIC meneruskan perjuangan menuntut kemerdekaan hingga akhirnya tercapai pada 1957. Dimana PKM sepanjang waktu ini dan selepas kemerdekaan?? Masih didalam hutan dan berperang terus pula dengan KERAJAAN TANAH MELAYU MERDEKA menyebabkan darurat berterusan hingga 1960.

Rupa-rupanya Penpusaka mengakui juga yang dia mempertahankan penjajah. "Jadi kita telah bersama-sama British mempertahankan Tanah Jajahan British dari terlepas ketangan KOMUNIS." Jadi jelaslah Penpusaka bertegang leher demi kepentingan penjajah.

PKM berjuang untuk kemerdekaan tanah air dari cengkaman penjajah British. Parti2 kiri lain juga berjuang untuk kemerdekaan tanah air dari cengkaman penjajah British. Hanya UMNO yang nak mempertahankan penjajah British. Sebab itulah UMNO bukan pejuang kemerdekaan. sebenarnya. UMNO adalah pahlawan mempertahankan penjajah British.

Kemerdekaan Malaya dicapai kerana perjuangan berbagai aliran semua kaum yang anti-penjajah untuk kemerdekaan tanah air, termasuk PKM secara bersenjata. Penjajah menyerahkan kemerdekaan kepada UMNO kerana penjajah menganggap UMNO sebagai anasir "merah jambu" yang hanya menentang sistem pemerintahannya sahaja tapi rela menjadi budak suruhan British. Dengan cara ini, UMNO telah menjaga kepentingan penjajah British di Malaya.

Memetik dari posting M.A.

Setiausaha Tanah Jajahan British dalam sebuah petunjuknya kepada Templer berkata: Malaya harus dijadikan sebuah Negara yang mewujudkan pemerintahan sendiri sepenuhnya pada masa yang dianggap sesuai….” “Pemberontakan komunis sedang menghambat kemajuan politik negara ini”.

Victor Purcell, Pengarah Besar Penerangan dan Penasihat Untuk Hal Ehwal Orang-orang Cina bagi pentadbiran tentera British di Malaya berkata: "Masanya sudah terlambat dan sudah tidak ada waktu lagi untuk beransur-ansur seperti apa yang dilakukan di India dan Ceylon, mesti mempercepat langkah Malaya ke arah pemerintahan sendiri, kerana semakin lama Malaya tinggal dalam kedudukan tergantung maka semakin besarlah komunisme. Sebab itu polisi yang cuba hendak memelihara penguasaan langsung ke atas Malaya dengan cara menangguhkan pemerintahan sendiri atau melambat-lambatkannya secara tidak layak adalah polisi yang cetek pandangannya bahkan membunuh diri”

Kemerdekaan secara beransur2 yang saudara sebutkan itu sebetulnya pertukaran taktik / strategi dari tanah jajahan ke new colonial sahaja. Negera kita bukan merdeka sepenuhnya. (Baca ucapan Dr. Burhanuddin lagi.) dan baca juga catatan di bawah:

Syarikat2 besar British masih dengan megahnya memunggah kekayaan tanah air kita, tentera komanwelth masih bercokol di negera kita. Dalam masa ini UMNO telah memutarbelitkan sejarah sebenar tentang perjuangan kemerdekaan. Seolah2 UMNOlah jagohnya. Sedangkan ketika pejuang2 sejati (sekadar menyebut dalam abad 19) seperti Ibrahim Hj. Yaacob, Mustapha Hussein, Dr. burhanuddin, Boestamam, Pak Sako, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Abullah C.D. Kamaurlzaman Teh dan lain2 sudah mulai berjuang pada tahun 30-an lagi. Ketika itu orang2 yang menjadi latar belakang UMNO sedang "bercumbu-cumbuan" dengan penjajah British.


Selepas itu, masih juga meneruskan peperang gerila hingga lah akhirnya, PKM meletakkan senjata dengan perjanjian perdamaian 1989.
Bermakna, PKM berperang dengan anak watan yang menyokong British kerana tidak mahu kepada Komunis, dan selepas merdeka dari British, PKM masih berhajat untuk menjajah Tanah Melayu dari Kerajaan Anak Watan.

PKM adalah parti politik. Apakah patut kalau saya katakan Malaysia dijajah oleh UMNO, atau dijajah oleh nasionalisme palsu.

Komunis Antarabangsa lebur,PKM nak buat apa duduk lagi dalam hutan, nak keluar takut, diburu Ashkar Melayu, jadi cari jalan hulurkan perdamaian agar dapat keluar cara terhurmat.Mana Chin Peng waktu itu? Sudah selamat dan berbahagia duduk di Tanah Besar Cina sedang kader-kader upahan duduk dalam hutan sempadan mengadu nasib.
Nak tipu siapa???

PKM meneruskan perang kerana UMNO mahu meneruskan perang. Sila baca pernyataan JKP PKM yang telah disiarkan.

Mulai pada tahun 1955, PKM sudah mengemukakan untuk mengadakan perundingan dengan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Ini justeru kerana PKM tak mahu berperang sama sendiri. Begitu juga selepas merdeka, PKM berkali-kali mengemukakan masalah tersebut. Akan tetapi semua ditolak oleh Kerajaan Persekutuan kemudian Kerajaan BN. Dalam erti kata lurus, Kerajaan Malaysialah yang mahukan perang kerana mahu menghapuskan komunis, tak mahu berdamai dengan komunis, sedangkan komunis nak berdamai dan terus menerus mengemukakan rayuan perundingan.

Apabila persetujuan menamatkan perang sedara adil dan menasabah di tandatangani di Haadyai pada tahun 1989 bererti polisi PKM telah menang dan polisi UMNO yang mahu meneruskan perang telah gagal. Bukankah begitu?

Ini menunjukkan Kerajaan Malaysia yang haus perang.

untuk jelas lagi sila baca ini:

PKM tidak menipu siapa. Yang nyata UMNOlah yang menipu memutarbelitkan sejarah sebenar. Generasi hari ini sudah bebas mindanya, sudah keluar dari kepompong sempit propaganda penjajah yang diwarisi UMNO. Suatu hari, UMNO mesti ditumbangkan oleh kekuatan rakyat. Saudara boleh lihat sendiri, betapa jahatnya bos saudara di puncak singgahsana. Walaupun dalam keadaan aman mereka melakukan pembunuhan ke atas rakyat yang bertangan hampa. Bahkan Bom C4 juga digunakan untuk melakukan pembunuhan. Ini tak termasuk lagi kecurangan dan rasuah yang maha besar sehingga bos2 UMNO boleh hidup beberapa keturunan, boleh hidup di mana sahaja yang mereka mahu di atas alam yang luas ini kerana mereka banyak wang hasil dari rasuah dan penyelewengan wang rakyat.

Anak melayu yang telah terjerat kedalam Regimen 10 PKM, usah mahu menagih simpati agar diiktiraf sebagai sebahagian dari perjuangan Tanah Air. YA! Anda semua telah berjuang!! Tetapi berjuang untuk menegakkan NEGARA KOMUNIS di Tanah Melayu dan anda GAGAL kerana ditentang oleh pejuang tulen Tanahair yang menolak Komunism.

Gunalah pengalaman pahit itu untuk membantu secara positif pembangunan negarabangsa, usah sampai kemati mahu cuba menegak benang basah. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.

Saudara Penpusaka patut lebih insaf. Masih berkhidmat kepada kerajaan yang menyokong penjajah, kerajaan yang rasuah dan sudah ditolak rakyat kerana rakyat sudah sedar. Saudara lihat sahaja, sekarang UMNO memang takut mengadakan pilihanraya. Berbagai putar belit dilakukan untuk mengelakkan pilihanraya. Rasanya pen pusaka lebih tahu dari aku.

Pemikiran rakyat semakin matang kini. Mereka mahukan Negara benar2 bebas dan merdeka, mahu mengisi kemerdekaan mengikut corak rakyat. Untuk kepentingan rakyat semua kaum berbagai lapisan. UMNO tidak dapat berbuat begitu. Lihat contoh hasil minyak di Kelantan, masih banyak putar belit dilakukan oleh Kerajaan UMNO untuk membolot kekayaan Kelantan. Itu adalah hak rakyat Kelantan, mereka patut menikmatinya. Oleh itu tidak berlebihan kalau saya katakan UMNO perompak harta rakyat.

Penpusaka mungkin mendapat ganjaran dari atasannya kerana usahanya menulis ulasan di sini. Harap berbaloi!

Salam dan jumpa lagi

7 ulasan

Anda kali ini nampak jelas menuduh dan membenci UMNO:-

1. Tuduhan C4 itu adalah tidak berasas sedangkan kes telah dibicara diMahkamah.

2. Tuduhan UMNO takut p/raya adalah satu pembohongan. Kita baru lepas P/raya 12 dan selama Merdeka TIDAK PERNAH kita menidakkan pilihanraya.MAGERAN dulupun dengan segera dikembalikan demokrasi pada 1971.Kalau anda merujuk p/raya kecil Kedah, ia belum diselesaikan diperingkat rayuan diMahkamah, jadi jangan buat fitnah.

3. Tuduhan rakyat tidak menerima UMNO/BN. Ini satu propaganda untuk menghasut orang sedangkan kerajaan BN/UMNO baru menang p/raya secara demokrasi dan kalau tidak disukai rakyat, dia tidak menang.

Hujah anda tidak samasekali boleh memadamkan sejarah dari sudut yang sebenar, tetapi penuh tipu helah untuk meletakkan diri anda sebaris dengan perjuangan orang lain. Kenapa tidak diceritakan perjuangan PKM dan Reg 10 untuk menegakkan fahaman komunisma a'bangsa selari dgn Komunis di Cambodia, Vietnam, Indonesia, India dll.?

Jangan asyik nak kaitkan kerja dosa anda dengan pejuang-pejuang tanah air yang menentang penjajah, asal saja mereka bukan bersama UMNO, maka mereka dikait dengan PKM?? Ini adalah cubaan mengelirukan PKM yang sebenar dan kerja dosa anda itu mahu ditutupi dengan argumen bahawa mereka yg lain itu juga menentang atau tidak bersama UMNO?

Perdamaian 1989 itu mungkin cara kerajaan menguburkan anasir-anasir yg boleh menghalang kerja-kerja lain yg lebih penting untuk membangun Negara. Jadi kalau nak kata ianya menunjukkan pengiktirafan, suka hati andalah asal anda bahagia. Sebab bila anda bahgia kami juga gembira.

Akhir sekali, anda menuduh saya dibayar oleh pihak atasan. Apa anda hendak membayar saya lebih kah? Pejuang apakah anda jika anda perlu mendapatkan bayaran? Inikah pejuang komunis? Anda silap, sebagaimana dahulu juga anda silap. Atau British yang silap sebab tidak membayar anda untuk membeloti PKM???

Reply

sdr penpusaka,

PEN YANG SDR GUNAKAN ITU
"PEN PUSAKA" SIAPA???

Reply

Salam Seman Tan,

Pusaka pejuang-pejuang terdahulu yang berkorban jiwa dan raga, dan yang terkorban didalam perjuangan yang tulus untuk agama,bangsa dan tanahair.

Semangat itulah yang mendakwati penpusaka dan tidak sekali gentar mempertahankan pesaka warisan dari dicemari sekali lagi oleh musang berbulu ayam berupa PKM dan Reg.10 yang menjadi kuda tunggangannya!

Reply

Pusaka warisan dari Pahlawan J.W.W. Birch, Henry Gurney dan banyak lagi (termasuk pahlawan Gurkha dll) yang gugur dalam perjuangan mempertahankan "tanah air" dari "penderhaka" dan "pengganas"

Reply

kagum dengan semangat Penpusaka ni...
kesetiaannya tak berbelah bagi.... sudah 52 tahun tuannya kembali ke negeri asalnya, tapi dia masih setia...

yes Sir!!!

Dol

Reply

Baru aku tahu yang Datok Onn pernah ditangkap oleh komunis. Kalau benar-benar komunis tu kejam, riwayat Datok Onn sudah ditamatkan. Hishamuddin Hussein patut berterima kasih kepada komunis kerana telah menyelamatkan nyawa Datok Onn.

Reply
Tanpa Nama mod

Tok Gajah, Mat Kilau, Datuk Bahaman menentang British...kenapa?. Terus terang, saya juga punya saudara yg berjuang bersama rejimen ke 10 (TRM)dan saya di sogok dgn kekejaman komunis semasa kecil. Namun membaca sejarah tanahair dari berbagai sumber membuka mata saya tentang perjuangan TRM. Bagi saya mereka ini semua adalah pejuang tulen, yg sanggup bersusah payah meredah hutan rimba mengangkat senjata menentang penjajah. Tidak seperti UMNO, yg bersenang lenang bersama penjajah, tiba2 di anggap perjuang kemederkaan?. Saya harap, saudara penpusaka satu hari nanti dengan izsin Allah dpt berjumpa sendiri dengan para perjuang ini di selatan Thai. Dengar sendiri dari mulut mereka. Dengar dengan minda yg terbuka bukan dengan dendam kesumat.

Reply

Categories

Pengikut