ishak hj. muhammad sasterawan berjiwa rakyat

ABDULLAH C.D.: ISHAK HAJI MUHAMAD

SASTERAWAN BERJIWA RAKYAT



Pak Sako, atau nama sebenarnya Ishak Haji Muhamad, dilahirkan pada 24 September 1909 di Kampung Buntut Pulau, Mukim Perak, Temerloh, Pahang - negeri yang pernah melahirkan pahlawan bangsa yang agung - Datuk Bahaman.


Beliau adalah seorang pejuang kemerdekaan yang besar dan sekali gus juga seorang sasterawan rakyat yang progresif dan bercita-cita tinggi. Seumur hidup beliau telah disebatikan dengan cita-cita untuk kemerdekaan tanah air.


Beliau pernah menyertai KMM dan kemudiannya mengambil bahagian dalam menubuhkan PKMM. Saya menemui beliau apabila PKMM berpindah ke Kuala Lumpur dan menerbitkan akhbar Pelita dan majalah Suluh. Pak Sako telah dijemput menjadi salah seorang anggota sidang pengarangnya. Walaupun elaun penulis amat kecil, beliau bukanlah bekerja untuk mengejar keuntungan peribadi, malah untuk mempropagandakan cita-cita merdeka, untuk menyedarkan seluruh rakyat mengenai apa itu merdeka dan bangun berjuang untuk merdeka.


Dengan menggunakan kemahirannya di bidang kesusasteraan, beliau telah membangkitkan hati nurani rakyat untuk cita-cita merdeka. Pena beliau ibarat keris tajam yang sentiasa menikam jantung penjajah, membela keadilan dan membela rakyat jelata.


Beliau adalah seorang pemimpin penting PKMM. Bersama-sama dengan pejuang kemerdekaan lainnya dari pelbagai kaum dan aliran, beliau pernah ikut merasai pahit maung liku-liku jalan perjuangan untuk kemerdekaan, dan pernah ditangkap dan dipenjarakan oleh penjajah British di bawah Undang-undang Darurat.


Selepas keluar penjara, beliau bersama Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam dan lain-lain aktif dalam Partai Rakyat dan Partai Buruh.


Pak Sako telah meninggal dunia pada 8 November 1999. Pemergiannya merupakan satu kerugian besar negara. Sumbangannya yang besar untuk cita-cita kemerdekaan kekal abadi dalam sejarah.


nota: tarikh lahir dan tarikh pemergian Pak Sako terdapat perbezaan antara tulisan Abdullah C.D. dengan Khairil Abdul Rahim. Kepada sesiapa yang tahu mengenainya sila jelaskan agar kesilapan dapat diperbetulkan.


---------------------------------------------
Blogger ahmadnizamhamid berkata...

sebenarnya ada 3 tarikh lahir pak sako iaitu yang satu lagi ialah 9.11.1909.semakan saya kepada beberapa buku,adik almarhum serta penulisan beberapa orang sarjana termasuk tulisan almarhum dharmala ns menyebut antara 9.11 dan 14.11 .saya sendiri berpandangan almarhum pak sako lahir di bulan november 1909.dan insyAllah kami akan merayakan sambutan 100 tahun pemimpin besar ini dalam sedikit masa lagi di temerloh,tentunya dengan cara sederhana.

2009 Disember 7 16:26


5 ulasan

TAHNIAH PAK AMIN :
TELAH MEMBUKA LAMAN SUPAYA DAPAT MENGINGATI SEMULA PEJUANG RAKYAT, DAPAT KENAL DAN DAPAT BEZAKAN PEJUANG RAKYAT YANG SEJATI......

APA KATA JIKAKALAU PAK SAKO DIJADIKAN "DATUM" PEJUANG BERJIWA RAKYAT !!!

Reply

PUTERAGUNONG TAHAN TU REGMEN KE10 KAH ?

Reply

sebenarnya ada 3 tarikh lahir pak sako iaitu yang satu lagi ialah 9.11.1909.semakan saya kepada beberapa buku,adik almarhum serta penulisan beberapa orang sarjana termasuk tulisan almarhum dharmala ns menyebut antara 9.11 dan 14.11 .saya sendiri berpandangan almarhum pak sako lahir di bulan november 1909.dan insyAllah kami akan merayakan sambutan 100 tahun pemimpin besar ini dalam sedikit masa lagi di temerloh,tentunya dengan cara sederhana.

Reply

terima kasih sdr. ahmadnizamhamid

ulasan saudara saya letakkan di kaki posting agar sesiapa yang copy bahan ini dapat jadikan rujukan

Reply

Sanjungan ke atas seorang pejuang yang dilupakan..sejarah hidupnya layak dijadikan contoh bagi semua anak muda tidak kira bangsa dan agama agar jati diri sebagai anak Malaysia itu tumbuh dan menyubur..

Reply

Categories

Pengikut