ulasan dari "penpusaka"

ULASAN DARI “PENPUSAKA”


"Regimen 10 ditubuh untuk menarik sokongan orang melayu kepada perang gerilanya. PKM membantu British melalui Tentera Bintang 3 memberikan tentangan kepada Jepun. Setelah Jepun menyerah kalah dan British kembali, PKM menentang pula British untuk mengambil
Malaya sebagai Negara Taklukan Komunis."

penpusaka berkata...

Perjanjian perdamaian itu menamatkan secara muktamad keresahan rakyat Malaysia yang sentiasa diancam ketakutan menjadi mangsa kekejaman perang gerila oleh PKM terhadap Kerajaan dan Rakyat Malaysia.Kini akhirnya selepas 20 tahun PKM meletakkan senjata secara sukarela, Chin Peng telah memohon maaf kepada rakyat Malaysia diatas perbuatan mereka keatas rakyat Malaysia.


Chin Peng yg kini tinggal dalam buangan di Bangkok,semakin menerima hakikat yg dia tidak akan dapat menunaikan hasratnya untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya diMalaysia,khabarnya akan berpindah dari bangkok ke Kampung Syukirin tetapi sudah membuat hubungan dgn kawan2 untuk membawa abu mayatnya kelak untuk disemadikan disebelah kubur ayahnya.Apa-apalah, kita lihat nanti bila masanya tiba. Sementara itu, Chin Peng tetap orang yg tidak kita kehendakki dibumi Malaysia ini. Chin Peng telah gagal dalam usahanya menubuhkan Negara Komunis diMalaya yang akan berkiblat kepada Cina Komunis di Tanah Besar Cina. Regimen 10 hanyalah alat baginya demi mencapai cita-cita itu. Regimen 10 ditubuh untuk menarik sokongan orang melayu kepada perang gerilanya.PKM membantu British melalui Tentera Bintang 3 memberikan tentangan kepada Jepun. Setelah Jepun menyerah kalah dan British kembali, PKM menentang pula British untuk mengambil Malaya sebagai Negara Taklukan Komunis. Apabila masa yang sama UMNO berjaya mendapatkan Merdeka melalui kebangkitan politik dan kejayaan mendapatkan persetujuan British, PKM menentang Kerajaan Malaysia Merdeka. Kerana Apa? Untuk Merdeka? Merdeka dari siapa? Merdeka dari rakyat untuk dijajah oleh PKM. Itu sebenarnya. Jadi kalau diikut sejarah penjajahan Tanah Melayu, jelaslah bahawa perjuangan UMNO dan rakan-rakannya yang telah memerdekakan Tanah Melayu dari penjajah. Perjuangan PKM dan unit tentera melayunya Regimen 10 adalah untuk menjajah Tanah Melayu dari tangan British kepada PKM. Siapa PKM? Tanya Chin Peng!!! Kiblat dia ialah Tanah Besar Cina dan Pemimpin dia adalah Mao Ze Dong. Allah selamatkan Tanah Melayu dan masih sayang padanya, maka itulah ditakdirkan perjuangan melayu melalui UMNO diberikan kejayaan.Allah masih sayang juga kepada anggota Regimen 10, maka di takdirkan mereka berdamai dan kembali kejalan yang benar. Sesungguhnya kita semua telah di Rahmati dan di Lindungi oleh Nya. Bersyukurlah di Kampung Syukirin!!

2009 November 22 15:52



Salam Penpusaka.


Kesan bagiku ialah keseluruhan ulasan saudara dipenuhi berita palsu yang saudara reka sendiri dan juga putar belit sejarah. Rasanya tak layak saudara nak cakap pasal Chin Peng, kerana saudara langsung tak tahu soal dia. Aku lebih dekat dengan Chin Peng, dan aku tahu keadaan dia. Saudara tak perlu nak bertemberang di sini.

Sebagimana manusia, Chen Ping sudah pasti merindui tempat tumpah darahnya. Tapi ingatlah kita bahawa, dalam sejarah kita ramai pahlawan yang bersemadi di luar tanah airnya. Datok Bahaman yang kini baru diakui peranan sejarahnya bersemadi di negara Gajah Putih. Berkenaan perbicaraan mahkamah soal kepulangan Chin Peng, beliau menyebut "mungkin perbicaraan mahkamah kali ini adalah sumbangan terakhir saya kepada demokrasi dan sistem kehakiman Malaysia". Saudara fikir sendirilah apa maksud beliau.

Secara tak sedar saudara telah mengakui Chin Peng memang mempunyai kaliber. Walaupun sudah dihujung usia, tapi masih sangat digeruni oleh UMNO. Keengganan Kerajaan membenarkan Chin Peng pulang menunjukkan bahawa beliau masih mempunyai kewibawaan yang tinggi di kalangan rakyat. Parti saudara - "UMNO akan berada dalam bahaya jika Chen Ping kembali ke tanah airnya", memetik kata-kata di blog sesaudara.

Bermulanya Darurat 1948, kaum penjajah telah mendatangkan askar dari tanah-tanah jajahannya untuk membasmi Chin Peng, tetapi gagal. Kemudian disambung pula oleh parti saudara - UMNO selepas merdeka. Entah berapa ramai askar yang menjadi mangsa peperangan yang diwariskan UMNO daripada kaum penjajah British ini. Tapi Allah Yang Maha Kuasa telah menyelamatkan Chin Peng sehingga hari ini. Ringkas kata, perang ini dilancarkan kaum penjajah British dan diwarisi pula oleh UMNO.

Berkenaan sejarah yang saudara sebutkan, aku teringat kata-kata dari seorang Doktor Sarjana yang menyebutkan bahawa versi rasmi sejarah Malaysia ialah Inggeris penyelamat, pelindung orang Melayu. Ertinya Inggeris itu bukan penjajah, malah Inggeris adalah orang baik kerana "menyelamatkan" dan "melindungi" bangsa dan negara Malaysia. Sebab itulah UMNO bersekongkol dengan penjajah British menekan gerakan kemerdekaan – bukan saja terhadap PKM tetapi juga terhadap semua parti kiri lainnya seperti PKMM, API, AWAS, Barisan Tani, Kesatuan Buruh dan lain-lain organisasi progresif semua kaum Malaya yang berjuang untuk kemerdekaan tanah air. Walau bagaimanapun, aku setuju jika disebut Inggeris adalah menyelamat, pelindung UMNO, bukan orang Melayu.

Saudara Penpusaka, sekarang rakyat sudah sedar. Saudara tengoklah situasi perjuangan hari ini, Kapal Layar saudara sudah hampir tenggelam, Dacing saudara sudah senget sebelah. Gelombang perjuangan rakyat yang mahu mengisi kemerdekaan dengan corak rakyat semakin menggelora. Satu-satunya jalan jika mahu selamat ialah segera tinggalkan kapal layar yang hampir karam tu atau dacing yang dah senget tu, menyeberangi ke barisan rakyat.

19 ulasan

Salam tuan,

Saya telah membaca ulasan dari penpusaka dan ulasan dari tuan.Nampak kebenaran ada disebelah Tuan Zainal(penpusaka).Terima kasih Tuan Zainal kerana menjadi wira membela perasaan orang Melayu yang telah terguris hasil penulisan empunya blog "Kini Dan Silam".

Mengapa tuan dok puja sangat Chin Peng tu,seorang cina tua penjenayah perang yang menjadi kebencian kepada askar kita dan juga rakyat Malaysia.

Usahlah cari penyakit dan kebencian rakyat Malaysia pada tuan.Pemujaan tuan kepada Chin Peng adalah sia2.Banyak lagi yang tuan boleh perjuangkan.

Reply

Salam tuan, kawan sokong dan setuju benar dengan komen Nurimo.....

Maaf kalau kawan terlebih, mungkin tuan hanya dalam kelompok tuan, kawan yang berada dan merasai akibat dari perbuatan terhadap kerabat kami, walau pun waktu itu kawan mungkin tidak mengerti apa-apa, tapi mata melihat wajah-wajah ibu, datok dan nenek kami yang hanya mampu memerhatikan apa yang berlaku di depanmata........

Reply
MAU BETUL LAGI BENAR mod

SEMUA PIHAK KENA AKUR
KEPADA PERJANJIAN HAADYAI
PKM - MALAYSIA - THAILAND

SESIAPA PUN MAU BERCAKAP
INI HAL MESTILAH MERUJUK
KEPADA PERJANJIAN TERSEBUT
FASAL YANG MANA BOLEH
FASAL YANG MANA JANGAN

DIPIHAK MALAYSIA
TELAH DITANDA TANGANI
ATAS NAMA
DYMM SERI PADUKA BAGINDA
YANG DIPERTUAN AGONG !!!

Terima Kasih

Reply

Jangan dihairankan Pak Amin, penpusaka umurnya 50 tahun, namun mungkin kerana kurang membaca dan mengkaji, lebih memikirkan projek mana nak ku cari, komisyen mana nak ku sapu, dan Allah telah mematikan hatinya.
Betul kata Pak Amin, Inggeris adalah penyelamat dan pembela tanahair, itulah pemikiran yang ditanam hingga hari ini dan masih ramai spesis yang begini. Itu sebab pasukan bola British disanjung hingga hari ini. Sanggup berabis ribuan ringgit demi jersi kesayangan tetapi untuk berkorban RM10 untuk agama pun dikatakan mahal dan membazir.
Pada pendapat saya, UMNO berjaya menanam sesiapa yang memberikan gaji, mereka itulah yang benar. Itu sebab jika dilihat Askar dan Polis menganggap Bristish sebagai Tuan dan Tuhan kerana memberikan mereka gaji. Di zaman ini pula rakyat disogokkan UMNO sebagai Tuan dan Tuhan kerana memberikan kesenangan serta materialistik.
Bagi mereka, jika tidak dapat dijadikan duit semuanya adalah salahkerana tiada keuntungan untuk mereka.
Di dunia golongan ini akan terpinggir kerana dunia makin luas dan global, tetapi mereka masih di takuk lama. Seperti semua maklum, pimpinan mereka pun dah banyak yang menyiapkan harta di luar negara. Mudah nak berhijrah kot nanti.

Reply
Melayu jangan bodoh mod

Nampak cina tua kepala kominis masih ada taring walaupun tubuh tak larat nak berjalan.Kerana apa?.Sebab ada kalangan orang Melayu sendiri menjadi barua dan sedia memapah dia balik sambil bertokat.

Reply
The Revolutionist mod

ramai orang macam penpusaka ni pak amin... tapi tak payah layan lah. yang dah berkarat tu biarkan jek berkarat. kita suntik kesedaran pada generasi baru.

Reply

kepada nurimo, yang gambi dan lain2.

Rasanya anda intelek. Anda semua barua Inggeris. Barua penjajah.

hanya itu sahaj kata-kata yang sesuai untuk barua inggeris. Pengkianat bangsa sebenarnya.

Reply

Salam semua

Saya tak nampak kebenaran pada ulasan penpusaka.

Bolehlah dinilai sebagai wira pembela warisan penjajahan

Dol Alang

Reply

Lebih baik pak Amin tulis sejarah nabi-nabi disenangi oleh semua orang islam.

Chin peng bukan wali Allah,mengapa kita nak puja sangat.

Reply

Terima kasih kepada penpusaka,

Pak Amin,kami tidak mahu luka lama berdarah kembali.Tak payah buat balik chin peng tu.

Usah sebut namanya lagi walau abu mayat sekali pun kami rela ditabur dibumiku.

Saya nasihatkan sebagai islam banyak bermuhsabah diri kepada Allah.

Reply

Kepada patriot1930,

Apa faedah yang anda dapat nak wat balik ketua kominis.

Mengapa anda mencela blogers nurimo dan Gambi serta blogers anti kominis.

Sedangkan dia adalah sebangsa seugama dengan anda.Serdankan chin peng kafir zalim,anda puja pula.

Usah menjadi tukang sapu buntuk kafir.

Reply

Salam saudara ku Mat Amin.

Saya tidak akan mengulas lanjut diruangan ini. Penjelasan lanjut akan ditulis di blog saya penpusaka.blogspot.com. Sila layari dan komen.

Selamat menunaikan ibadah korban.

Reply

Saya rasa saudara "anti komunis" tak faham perkataan puja. Tidak timbul soal puja disini. paparan disini hanyalah sejarah yang sebenar.

Saya rasa adalah tidak logik dan mungkir janji jika chin peng tidak dibenarkan pulang kerana semasa perjanjian damai semua anggota PKM dibenarkan pulang di Malaysia. Jadi bila Chin Peng tidak dibenarkan kembali maka anda (terutama orang melayu) telah memungkiri janji. Memungkir janji adalah perkara yang berdosa.

Kenapa orang Jepun dan British kita sambut sebagai tetamu bila datang ke Malaysia sedangkan mereka telah menjajah kita, telah merompak hasil bumi kita, telah membunuh, menyiksa dan merogol nenek moyang kita, memaki hamun kita, memenjarakan pejuang2 kemerdekaan yang tulen, membunuh dan terlalu banyak dosanya mereka. Kenapa kita berbuat demikian kepada mereka? Apakah mereka tidak mempunyai dosa di bumi ini setelah menjajah kita selama 446 tahun?

Jika kita dengar cakap Inggeris, mereka mengatakan komunis ini sebagai pengganas. Apakah kamu semua setuju apabila mereka mengecap ISLAM itu sebagai pengganas? Masih rabunkah kalian semua dengan tipu helah inggeris? Kecaman terhadap komunis ini datangnya dari Penjajah British, jadi jika kamu percaya bahawa Komunis ini adalah pengganas maka kamu percaya bahawa ISLAM itu pengganas.

Reply

Jika kita benarkan beliau pulang bermakna kita memenuhi janji kita. Sebagai orang yang beragama Islam, tidak menunaikan janji adalah sesuatu yang berdosa.

Soal kafir atau tidak itu urusan beliau dengan Tuhan. Kita hidup didunia ini tidak perlu untuk menjadi hakim atau mengecap seseorang itu. Biarlah Tuhan yang menentukan.

*Jika orang yang seagama melakukan kesalahan/penipuan dll, maka adakah salah bila ditegur?

Saya rasa saudara mungkin setuju dengan Inggeris bila Inggeris mengecap ISLAM itu sebagai pengganas. Saudara tak sapu bontot Inggeris ka? Mereka tak kafir ka?

Reply
Melayu janganbodoh mod

salam mat amin dan para bloger penyokong kominis,saya telah terbaca penulis blog En.zainal telah jawab berkenaan sejarah sebenar dgn lebih lanjut dalam blognya

http://penpusaka.blogspot.com/

http://penpusaka.blogspot.com/

Jadi kita jumpa disana.Nak tahu juga hujahan tuan yang mengatakan chin pen pejuang sebenar .

Reply

patriot1930,

Minta maaf kami rakyat Malaysia tidak dapat menerima pandangan tuan.

Lebih baik tuan perjuangkan agama islam dari perjungkan chin peng tak laku gadai di bumi Melayu.

Sekiranya dia mati lebih hanyutkan abunya ke laut cina selantan atau awak simpan dalam poket seluar tuan.Tak payah buat balik Malaysia.

Reply

eh ...eh!!!

Puak2 UMNO ini.... Komunis jadi mangsa kecaman.... pembunuhan... kekejaman....

Kejam komunis pun tak gunakan bom C4....
Tapi UMNO gunakan bom C4.... bom tercanggih...

komunis tu kafir pulak konon....
lihat sini http://drmaza.com/home/?p=808

tengok komunis kafir atau UMNO yang kafir

Sedarlah diri kamu wahai penyanggak2 UMNO
Pemimpin2 UMNO tu berapa persen islamnya....

Reply

Komunis ikut Karl Marx.... Kafir
UMNO ikut Henry Gurney..... tak kafir ke

Karl Marx kafir.... sosialisme....
Henry Gurney .... kapitalisme....

Sosialisme...hak sama rata semua rakyat....
kapitalisme... menimbun harta peribadi....

Ketua UMNO.... harta tak habis makan berkurun-kurun.... Mahathir bersedia lari ke luar negeri kalau Anwar jadi PM .... kerana hartanya banyak.... harta dari penggelapan wang negera.... keringat rakyat pekerja....

Rakyat ada lagi yang tak dapat elektriik...
Masih ada tinggal di bawah jambatan....
Ada tanah dikatakan tanah haram....
syarikat UMNO yang rampas... bagi kat tauke cina.....
sekarang Melayu gaduh.....
itu hak cina.... ini hak cina.... kaum tani hidup melarat....


UMNO pengganas sebenarnya
mengganas kepada bangsa sendiri......
UMNO pengkhianat sebenarnya
mengkhianati bangsa dan tanahir sendiri....

Reply

ha..ha...ha...ha...ha...ha.........

Aku hantu Altantuya menjelma........
rindu kekasih aku.....

Anak seorang "pejuang kemerdekaan"


ha..ha...ha...ha...ha...ha.........

aku rindumu Bang Jib....
ha..ha...ha...ha...ha...ha...ha..ha...ha...ha...ha...ha.........

Reply

Categories

Pengikut