studio tv rejimen ke-10

STUDIO TV REJIMEN KE-10

Studio TV Rejimen Ke-10 didirikan pada tahun 1981. Ia adalah sebuah unit yang merakam dan menyimpan gambar video di Rejimen Ke-10 sebagai bahan sejarah. Unit ini didirikan oleh Abdullah C.D. sesuai keadaan semasa di mana Video Cassete mula digunakan secara meluas.

Dalam Memoir Bahagian Ketiga, Abdullah C.D. mencatatkan:

"Seiring dengan kemajuan alat-alat media elektronik, saya mengikhtiarkan komponen alat video untuk pasukan Rejimen Ke-10. Kemudian kami membentuk Studio TV Rejimen Ke-10. Beberapa filem video yang diterbitkan ialah BINTANG MERAH DI REJIMEN KE-10, PAHLAWAN KEMERDEKAAN, MERAYAKAN KEMERDEKAAN KITA, BUNGA RAMPAI 8 MAC dan lain-lain. Bersempena ulang tahun ke-40 berdirinya Rejimen Ke-10, diterbitkan sebuah filem PERAYAAN BERSEJARAH yang mengandungi 3 bahagian iaitu Pasukan Pahlawan, Percikan Api dan Puspaseni. Bersempena Penandatanganan Hadyai tahun 1989, Studio TV ini menerbitkan 2 filem bertajuk DETIK-DETIK BERSEJARAH dan MEWUJUDKAN PERDAMAIAN. Selain itu, Studio TV ini menerbitkan filem-filem dokumentari seperti latihan-latihan militer, acara kesenian pasukan dan lain-lain. Peralatan video ini juga dihantar ke Kompeni Ke-22 untuk merakam kehidupan kawan-kawan di situ. Filem-filem ini diedarkan di kawasan-kawasan basis, bahagian bawah tanah, dalam negeri dan lain-lain."




Categories

Pengikut