siapa sebenarnya umno

SIAPA SEBENARNYA UMNO

UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 oleh Datok On bin Jaafar, seorang pegawai pentadbir penjajah Inggeris dengan semboyan Hidup Melayu. Ketika UMNO ditubuhkan, gelombang perjuangan rakyat untuk kemerdekaan sedang menggelora. Gelombang perjuangan ini dipelopori oleh gerakan kiri berbagai aliran berbagai kaum Malaya.

Kemunculan UMNO pada saat gerakan kemerdekaan rakyat sedang bermekaran itu tak lebih hanyalah sebagai penyokong kerajaan penjajah British yang sedang dilanda kebangkitan rakyat. Kerana masalah prinsip inilah PKMM yang pada awalnya tergabung dalam UMNO telah menarik diri dan membentuk fron persatuan Putera – Amcja. Dan kerana jasa besar UMNO kepada penjajah, ia tidak diharamkan dalam Undang-Undang Darurat 1948.

Itulah sejarah awal UMNO yang kononnya dikatakan “pejuang kemerdekaan”.

Untuk lebih jelas lagi mengenali siapa UMNO, marilah kita teliti tulisan Bapa Abdullah C.D. di bawah ini:

UMNO WAKIL KELAS KAPITALIS BIROKRAT

Kemerdekaan itu telah diterajui oleh Tunku Abdul Rahman, Presiden UMNO yang menjadi Ketua Menteri Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Setelah menjadi Perdana Menteri Malaya, Tunku telah mewarisi jubah penjajah British, mengkhianati rakyat berbagai kaum. Di satu segi ia meneruskan perang warisan penjajah terhadap PKM. Di segi lain, Tunku telah membentuk kelas kapitalis birokrat melakukan perompakan ke atas ekonomi negara dengan mengabaikan kebajikan rakyat. Tanah Simpanan Melayu yang telah dimaktubkan dalam perlembagaan telah dirampas dan dibahagikan kepada perbadanan modal birokrat.


Oleh kerana itu, kemerdekaan tahun 1957 tidak sempurna, hasil kemerdekaan tidak dapat dinikmati oleh majoriti rakyat semua lapisan, semua kaum negara kita. Dr. Burhanuddin pernah menyifatkan kemerdekaan itu sebagai "kemerdekaan setengah masak".



Di bawah keadaan tersebut perjuangan bersenjata TPNM tetap diteruskan. Di satu segi ia bertujuan untuk menuntut Kerajaan Malaysia mengadakan perundingan bagi menamatkan peperangan secara adil dan munasabah, di segi lain demi membela kepentingan rakyat berbagai lapisan semua kaum.


Walaupun perjuangan bersenjata pernah mengalami kemunduran serius pada akhir tahun-tahun 1950-an, akan tetapi ia diaktifkan semula mulai tahun 1962. Pasukan-pasukan TPNM yang bergerak di kawasan sempadan telah disusun semula dan diperkembangkan. Sejak tahun 1968, pasukan-pasukan penggempur telah dihantar bergerak ke tanah air. Api perjuangan bersenjata mulai merebak berkobar-kobar di kawasan luas di 5 buah negeri, iaitu Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan di Pulau Pinang.


Di dalam negeri, UMNO yang sebagai wakil kelas atasan Melayu atau wakil kelas kapitalis birokrat dan komprador Melayu melaksanakan dasar ekonomi kapitalis yang menyebabkan jurang antara yang kaya dan yang miskin semakin melebar. Tanah Simpanan Melayu dicipta oleh penjajah British pada tahun 1913 untuk meredakan kemarahan orang Melayu terhadapnya yang merompak tanah subur yang luas di Malaya telah dibolot oleh kaum kapitalis birokrat Melayu melalui perbadanan-perbadanan birokrat. Dengan itu lahirlah kelas kapitalis birokrat Melayu yang bersekongkol dengan kaum kapitalis besar Tionghua dan India mengaut kekayaan negara.


Pada tahun 1947, BTM telah didirikan untuk memimpin perjuangan kaum tani dan perjuangan untuk kemerdekaan tanah air. Selepas merdeka, gerakan itu berkembang dalam bentuk bebas meneroka seperti tercermin dalam gerakan tani di bawah pimpinan Saudara Hamid Tuah.


Orang Melayu yang asalnya sebagai petani telah berubah menjadi buruh di perusahaan-perusahaan modal birokrat atau di rancangan-rancangan tanah birokrat. Kaum kapitalis birokrat yang diwakili UMNO seperti Lembaga Kemajuan Tanah Melayu membolot 385,000 ekar, Syarikat Jengka 3 Segi menguasai ratusan ribu ekar di Pahang, Syarikat Permodalan dan Perusahaan Perak dan beberapa perusahaan lagi membolot 270,000 ekar tanah di Perak. Selain itu masih banyak lagi modal-modal birokrat yang menguasai tanah simpanan Melayu di seluruh negara. Ini telah mengubah keadaan ekonomi orang Melayu dari mengerjakan ekonomi tradisional kepada buruh di rancangan modal birokrat. Barisan tani sebenarnya telah berubah menjadi kesatuan buruh.


“Sehingga tahun 1970an, kaum kapitalis monopoli British merupakan tuan tanah yang terbesar dengan memiliki tanah yang paling luas dan subur di negara kita. Selain itu, muncul juga tuan-tuan tanah tempatan. Pada tahun 1920-an rumah-rumah agensi British yang terlibat dalam perusahaan getah telah menguasai 1 ½ juta ekar tanah, tidak termasuk tanah-tanah yang mereka telah rampas tetapi belum lagi dibuka. Penguasaan mereka ke atas tanah membolehkan mereka menempati kedudukan yang terpenting dalam ekonomi negara kita. Mengikut perangkaan yang tidak lengkap, pada tahun 1953 mereka telah memiliki 70 peratus dari semua estet di Malaya. Kedudukan British ke atas tanah tetap unggul sekalipun selepas kemerdekaan. Pada tahun 1961 kapital monopoli asing dari Eropah khasnya British menguasai 65 peratus estet getah, dan 9 tahun kemudian (tahun 1970) meningkat semula kepada 76 peratus. Mengikut sumber Zon dan Leight Hunt, pada tahun 1960 syarikat-syarikat monopoli asing memiliki 1,685,850 ekar. Dari jumlah ini, 1,351,200 ekar dikuasai oleh British.”


“Sekarang di bawah Dasar Ekonomi Baru yang mengembangkan modal birokrat dan modal komprador dalam berbagai bidang termasuk sektor perladangan, kita dapati lembaga-lembaga birokrat (yakni badan-badan berkanun) dan lain-lain modal tempatan dengan pesat menjadi tuan punya ladang yang terbesar di negara kita. Satu langkah penting ke arah ini ialah pengambil alihan Kumpulan Sime Darby (milik modal monopoli British) yang menguasai ladang-ladang oleh perbadanan modal birokrat serta pemindahan pendaftaran kumpulan itu ke Kuala Lumpur dari London pada tahun 1968. Pada tahun 1981 modal birokrat dan modal komprador tersebut mengambil alih pula ladang-ladang Guthrie dan Dunlop Estates - keluasan kedua-duanya berjumlah 250,000 ekar lebih. Ini disusuli dengan pengambil alihan Syarikat Harrison Estate (Malaysia) Berhad yang memiliki ladang seluas 180,000 ekar pada tahun 1982.”


Untuk membangun sebuah negara yang benar-benar merdeka dan adil baik segi politik, ekonomi, kebudayaan, bangsa dan agama, rakyat semua kaum haruslah bersatu padu membentuk front persatuan nasional yang luas serta melancarkan perjuangan melawan penguasaan kapitalis birokrat yang diwakili UMNO dan membangun kemerdekaan mengikut corak nasional yang mengutamakan kepentingan majoriti rakyat semua kaum. Prinsip yang dipegang PKMM iaitu menggembleng tenaga nasionalis, sosialis dan agama serta prinsip-prinsip yang digariskan oleh front Persatuan PUTERA-AMCJA tetap menjadi contoh utama perjuangan rakyat negara kita hari ini.

nota: catatan di atas dipetik dari Memoir Abdullah C.D. Bahagian Ketiga: Perjuangan Di Sempadan Dan Penamatan Terhormat

20 ulasan

Tanpa Nama mod

patutla versi resmi sejarah Malaysia British dianggap sebagai "penyelamat", "pelindung"....

Reply

Sdr ku Mat Amin,harap ulasan saya ini tidak dihalang dari disiarkan, baru adil dan benar.

Bayangkan senario ini:-

Ada dikalangan pegawai-pegawai Kerajaan BN pada masa ini juga menentang kerajaan dan menjadi pejuang pembangkang. Adakah mereka itu ajen kerajaan BN pimpinan UMNO?? Pada puak pembangkang, TIDAK!

Pasukan PKM Regimen 10 ditubuhkan oleh PKM yang jelas KOMUNIS yang berpusat diTanah Besar Cina dgn fahaman ANTI AGAMA. Adakah pejuang Melayu/Islam didalam Reg 10 itu ejen komunis dan berfahaman anti agama dan tidak beriman dan bertakwa kepada Islam??? Pada puak ini jawapannya TIDAK!!! Kami pejuang kemerdekaan dan kami bukan komunis!!

Jadi mengapa Dato Onn yg berkerja dgn Kerajaan Penjajah masa itu, tidak boleh dikatakan pejuang kemerdekaan bangsa dgn slogan HIDUP MELAYU sehingga berjaya mengembeling lebih 40 persatuan melayu seluruh tanahair untuk bersatu hati mengangkat baiah perjuangan didalam satu wadah yg dimuafakatkan bagi melangsungkan perjuangan bernama UMNO????

Ya!! Sebelum UMNO tertubuh, ramai individu-individu sepanjang penjajahan telah berjuang dan terkorban. Begitu juga banyak persatuan dan organisasi yg juga berkorban dan berjuang. TETAPI mereka gagal mencapai matlamat atas berbagai sebab. MAKA salahkah UMNO yg berjaya sehingga membawa kepada Negara Bangsa yg bebas MERDEKA dihari ini???

PKM gagal. PKM telah mengaku kalah dan telah menyerah kepada KERAJAAN BN melalui persetujuan meletak senjata yg diaturkan diantara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. PKM telah akur kepada kehendak RAKYAT MALAYSIA yg menolak PKM dan menerima BN. Disebalik peperangan dan kegiatan-kegiatan subversif PKM terhadap rakyat dan Kerajaan Malaysia, adakah kerajaan BN membalas dendam dan membawa PKM kemahkamah dan menghukum mereka setelah menyerah kalah??? TIDAL! Kerajaan Malaysia dan Tahiland telah sepakat mengampunkan serta memberikan TANAH DIKAMPUNG PERDAMAIAN SYUKURIN untuk bekas anggota PKM dan kaum keluarga meneruskan sisa-sia kehidupan dengan bebas, aman dan makmur. BERSYUKUR DAN INSAF lah. Tidak perlu cuba menegakkan benang KUYUP yg sudah KERING dan terkulai. Hiduplah sebagai rakyat yg setia dan sebagai pihak yg tewas, akurlah dan hurmatilah rakyat ramai yg ramai telah merasa pedih dan korban mempertahankan Negara dari ancaman dan kegaganasan puak-puak KOMUNIS yg telah memerangi rakyat dan Negara ini untuk mencapai hasrat perjuangan KOMUNIS CINA ketika itu.

Syukurlah diKampung SYUKURIN, jgn sibuk hendak menidakkan wadah muafakat rakyat yg telah menewaskan anda!!! Syukurlah di KAMPUNG SYUKURIN untuk persediaan masa-masa mendatang untuk anak cucu dan untuk diri sendiri ke Alam Akhirat, destinasi akhir untuk kita semua. Sementara itu hargailah ketinggian budi Kerajaan BN dipimpin UMNO yg diasaskan oleh Dato Onn. Salam perjuangan dan terima kasih.

Reply

Salam saudaraku pen pusaka,

terima kasih sudi memberikan ulasan di blog ini.

Saya mengakui UMNO juga memperjuangkan kemerdekaan. Tapi setelah Tunku Abdul Rahman mengambil alih pucuk pimpinan UMNO.

Sebetulnya terdapat perbezaan yang hakiki antara UMNO dengan parti2 gerakan kiri.
Parti gerakan kiri menganggap British sebagai penjajah, tapi UMNO menganggap sebagai pelindung dan pembela – berkebalikan 100% bukan? Orang yang menentang penjajah itu dikatakan pengganas, pendurhaka, anasir subversive manakala orang yang berdiri di pihak penjajah (seperti Datok Onn) dikatakan pejuang bangsa.

1. Sebetulnya tidak salah makan gaji dengan penjajah. Yang menjadi masalah di sini ialah Datok Onn tidak membawa UMNO bergerak ke arah merdeka. Bukan setakat itu sahaja, UMNO pada masa pada masa Dok Onn menentang gerakan kemerdekaan. UMNO menjadi musuh kepada PKMM, API, AWAS, Barisan Tani, dan Kesatuan Buruh Melayu. Dr. Burhanuddin juga ada menyebut tentang perkara ini.

2. saudara menyatakan komunis tanpa agama atau menentang agama. Sebetulnya ini tidak tepat. Komunis tidak menentang agama bahkan mengamalkan kebebasan beragama. Begitulah halnya dengan Rejimen Ke-10 yang terdiri dari anak-anak bangsa Melayu dan beragama Islam.

3. Perjuangan golongan kiri sebenarnya tidak gagal. Mereka sebetulnya terus berjuang dan sedang berjuang untuk sebuah negara yang benar-benar dikuasai rakyat, semua kekayaan negara dinikmati oleh rakyat. Sekarang ekonomi negara kita dikontrol oleh sejemput segelintir manusia. (sila baca semula posting berkenaan bagaimana kaum kapitalis birokrat Melayu bersekongkol dengan kaum kapitalis monopoli asing membolot tanah negara)

Maaf jika jawapan saya ini menyinggung persasan. Tapi kita patut berlapang dada bila berdepan dengan masalah yang berkebalikan dengan hasrat kita.

Reply

Sdr Penpusaka,

Jangan risau, komen anda pasti disiarkan oleh Sdr Mat Amin, hanya di blog/siaran UMNO sahaja yang tidak akan menyiarkan tentang sejarah perjuangan Rejimen ke 10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM). Bukan hanya tidak menyiarkan malah UMNO-British memfitnah dan menokok tambah.

Say rasa anda kurang membaca, Dr Burhanuddin, Rashid Maidin dll adalah orang yang alim. Apakah mereka tidak percaya kepada agama? Ada sesetengah mereka yang telah menunaikan haji. Apakah mereka membelakangkan agama?

Tidak ada salahnya untuk saudara Penpusaka mengatakan SIR Dato Onn pejuang kemerdekaan. Itu pandangan saudara. Tapi kalau saudara banyak membaca, saudara akan nampak hampir kesemua pejuang yang menentang British dihukum bunuh , dibuang negeri dan dipenjarakan. Contohnya, Tok Janggut dan banyak lagi. Mungkin saudara tidak pernah mengenali Lai Raifel, beliau juga turut dihukum pancung oleh fasis Jepun pada usia yang sangat muda 21 tahun. Saudara boleh iktiraf SIR Dato Onn, walaupun beliau selalu duduk dibawah ketiak Tuan Britishnya.

Saudara amat salah dan jauh menyimpang jika saudara katakan perjuangan individu yang telah berkorban darah gagal. Saudara katakan mereka gagal atas berbagai sebab. Apa sebabnya? Perjuangan merekalah yang telah menghalau cengkaman British dan fasis Jepun keluar dari Malaya. Masih buntu? Saudara fikir kemerdekaan yang dicapai hari ini begitu mudah hanya dengan tandatangan Tunku di england sambil bertepuk bahu bergelak ketawa di England?

Sejak dari Rundingan Baling lagi PKM mahu berdamai, tetapi syarat yang UMNO-British telah kenakan ialah tahanan terhadap PKM dan menyerah diri. Tidak ada salahnya mereka berperang menentang Penjajah British. Mengapa mereka Perlu ditahan?

Saya rasa saudara Penpusaka ni tak baca sejarah atau tak pernah memiliki buku sejarah? Kalau ditanya budak umur 12 tahun pun dia faham perkatan "Berdamai'. Buka kamus, perkataan berdamai bukan bermaksud menyerah kalah. Bila kata berdamai, dan patuh pada perjanjian, kita tidak boleh mendakwa seseorang itu di mahkamah seperti yang saudara katakan. Saya sangat pasti saudara tidak membaca! memang melayu UMNO malas membaca!

Masih benggong? Pergilah membaca buku-buku sejarah perjuangan dengan darah.

1. Memoir Abdulah C.D Bahagian 1, 2 dan 3.( halaman setebal kira-kira 800helai)

2. Memoir Rashid Maidin

3. Memoir Suriani Abdullah

4. Chen Ping (My side of history) Setebal 500-600 halaman

dan bandingkan dengan buku Tunku

The Road to independence setebal 100 halaman. (penuh dengan perjuangan yang hebat!)

Selamat Membaca saudara Penpusaka!

Reply

Wah wah wah penpusaka, otak ko tu zaman inggeris lagi…

Reply

Salam Mat Amin, kawan bersetju serta menyokong sangat dengan komen dari Penpusaka.....

Kawan agak terkilan dengan komen Mat Amin, yang menyatakan PKM berjuang untuk sebuah negara yang benar-benar dikuasai rakyat, semua kekayaan negara dinikmati oleh rakyat. Tetapi dunia tahu fahaman komunis semua kekayaan negara milik pemerintah, rakyat bekerja dan dibahagi sama rata, di mana datangnya hak milik rakyat...

Sdr juga berkata, Komunis tidak menentang agama bahkan mengamalkan kebebasan beragama. Betul, itu dalam pemerintahan sekarang setelah rakyat dunia bangkit, sebelum itu komunis amat melarang sebarang aktiviti beragama, sebab itu wujudnya buku 'merah'. Tetapi, walau macam mana pun, ahli-ahli atau pengikut-pengikutnya yang tegar tetap meneruskan dengan ajaran 'buku merah'.

PKM dianggap musuh dan penderhaka oleh kerajaan UMNO-BN (dulu Perikatan) kerana setelah mencapai kemerdekaan melalui suara pilihanraya, PKM masih juga menentang kerajaan UMNO_BN, seolah-olah PKM tidak mahu kerajaan Melayu berkuasa dengan cara berkongsi kuasa bersama kaum Cina-MCA dan India-MIC. PKM mahu sendiri memerintah mengikut cara PKM yang didalangi Republik Cina.... waktu itu penjajah sudah tiada, tetapi PKM berterusan menentang askar-askar Melayu...

Dari segi akidah, orang-orang Melayu dalam PKM pada waktu itu, kawan agak keberatan hendak sebut, salah seorang saudara kawan (sudah meninggal) telah menceritakan segalanya......

Maaf, kalau kawan tidak dapat menerima penjelasan perjuangan komunis, tetapi kawan kagumi dan hurmati semangat Melayu dalam PKM yang berjuang, mungkin tanpa disedari mereka adalah hanya barisan hadapan kaum Cina komunis sahaja....

Reply

Jawapan buat penpusaka (1)

Penpusaka: Pasukan PKM Regimen 10 ditubuhkan oleh PKM yang jelas KOMUNIS yang berpusat diTanah Besar Cina dgn fahaman ANTI AGAMA. Adakah pejuang Melayu/Islam didalam Reg 10 itu ejen komunis dan berfahaman anti agama dan tidak beriman dan bertakwa kepada Islam??? Pada puak ini jawapannya TIDAK!!! Kami pejuang kemerdekaan dan kami bukan komunis!!

Jawab: kaum komunis tak kira tanah besar cina, USA atau Tanah Melayu semua sama saja. Mereka adalah kelas proletariat yang memajukan industi kapitalis. Sila lihat Manifesto Parti Komunis dalam siaran lepas.
Komunis tidak menentang agama, tapi mengamalkan dasar kebebasan beragama. Sebetulnya UMNO sekadar menggunakan agama sebagai topeng sahaja. Contohnya sekarang tersebar di internet Dr. Asri menjawab tuduhan JAKIM. JAKIM pun buat fitnah. Islam apa namanya kalau bukan Islam cap UMNO.

Penpusaka: Jadi mengapa Dato Onn yg berkerja dgn Kerajaan Penjajah masa itu, tidak boleh dikatakan pejuang kemerdekaan bangsa dgn slogan HIDUP MELAYU sehingga berjaya mengembeling lebih 40 persatuan melayu seluruh tanahair untuk bersatu hati mengangkat baiah perjuangan didalam satu wadah yg dimuafakatkan bagi melangsungkan perjuangan bernama UMNO????

Jawab: Datok Onn tidak patut disebut pejuang kemerdekaan kerana tak pernah berjuang pun, hanya melaungkan Hidup Melayu sahaja. Walaupun 40 lebih pertubuhan Melayu, tapi pucuk pimpinan kesatuan itu semuanya menyokong penjajah British dan menentang PKMM, API/PETA, AWAS dll. Jadi di manakah perjuangan Datok Onn?

Penpusaka: Ya!! Sebelum UMNO tertubuh, ramai individu-individu sepanjang penjajahan telah berjuang dan terkorban. Begitu juga banyak persatuan dan organisasi yg juga berkorban dan berjuang. TETAPI mereka gagal mencapai matlamat atas berbagai sebab. MAKA salahkah UMNO yg berjaya sehingga membawa kepada Negara Bangsa yg bebas MERDEKA dihari ini???

Jawab: Sebetulnya mereka tidak gagal. Perjuangan mereka sebenarnya telah memaksa kaum penjajah British memberikan kemerdekaan. Tapi kemerdekaan itu diserahkah British kepada UMNO. Bukan UMNO yang berjuang untuk kemerdekaan itu. Tanpa perjuangan mereka penjajah British tidak akan memberikan kemerdekaan begitu mudah kepada UMNO.

Penpusaka: PKM gagal. PKM telah mengaku kalah dan telah menyerah kepada KERAJAAN BN melalui persetujuan meletak senjata yg diaturkan diantara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand.

Jawab: Dalam perundingan Haadyai tidak ada istilah mengaku kalah, baik dokumen rasmi ataupun dalam persidangan.

Penpusaka: PKM telah akur kepada kehendak RAKYAT MALAYSIA yg menolak PKM dan menerima BN. Disebalik peperangan dan kegiatan-kegiatan subversif PKM terhadap rakyat dan Kerajaan Malaysia,

Reply

Jawapan buat penpusaka (2)

Penpusaka: PKM telah akur kepada kehendak RAKYAT MALAYSIA yg menolak PKM dan menerima BN. Disebalik peperangan dan kegiatan-kegiatan subversif PKM terhadap rakyat dan Kerajaan Malaysia,

Jawab: PKM sentiasa akur dengan kehendak rakyat. Pada tahun 1955 PKM secara inisiatif menulis surat kepada Tunku untuk menamatkan peperangan. Jika PKM mahu terus melancarkan perang, buat apa PKM menulis surat kepada Tunku? Tapi dalam perundingan Baling Tunku telah memaksakan PKM menyerah diri. Kalau nak menyerah diri tak perlu ada rundingan. Tapi PKM bukanlah orang lembik tulang, sekali berjuang terus berjuang.

Penpusaka: adakah kerajaan BN membalas dendam dan membawa PKM kemahkamah dan menghukum mereka setelah menyerah kalah??? TIDAL!

jawab: Kerajaan Malaysia tidak dapat membawa hal2 yang silam di mahkamah kerana sudah termaktub dalam perjanjian damai. Akan tetapi, Kerajaan telah mengerahkan seluruh jentera propagandanya spt TV, Suratkhabat dll mengobarkan semula peristiwa dalam masa darurat dulu. Ini jelas Kerajaan pimpinan UMNO tidak ikhlas.

Penpusaka: Kerajaan Malaysia dan Tahiland telah sepakat mengampunkan serta memberikan TANAH DIKAMPUNG PERDAMAIAN SYUKURIN untuk bekas anggota PKM dan kaum keluarga meneruskan sisa-sia kehidupan dengan bebas, aman dan makmur.

Jawab: Kampung Perdamaian Sukhirin tidak ada sangkut pautnya dengan kerajaan UMNO. Setengah sen pun mereka tak hulur untuk kebajikan bekas perajurit di sini. Hanya kerajaan Thailand sahaja yang ikhlas. Nampaknya, dalam soal ini lbh baik kerajaan Buddha dari kerajaan Islam cap UMNO.

Penpusaka: Tidak perlu cuba menegakkan benang KUYUP yg sudah KERING dan terkulai. Hiduplah sebagai rakyat yg setia dan sebagai pihak yg tewas, akurlah dan hurmatilah rakyat ramai yg ramai telah merasa pedih dan korban mempertahankan Negara dari ancaman dan kegaganasan puak-puak KOMUNIS yg telah memerangi rakyat dan Negara ini untuk mencapai hasrat perjuangan KOMUNIS CINA ketika itu.

Jawab: Sekali lagi saudara memutarbelitkan fakta. Perjuangan PKM bukan menentang penduduk Negara ini. Perjuangan PKM adalah menentang penjajah Inggeris. Siapa yang berpihak kepada penjajah Inggeris memang merasakan perit maung itu.
Apa yang dicatat dalam blog Kini Dan Silam adalah satu pengalaman yang dilalui para kader dan perajurit Rejimen Ke-10, bukan "benang kuyup".

Reply

Terima kasih sdr ku Mat Amin, kerana membuat pengakuan bahawasanya UMNO adalah pejuang kemerdekaan. Itulah kebenaran dan saya amat berterima kasih diatas pengakuan itu supaya tidak mengelirukan.

Komen-komen dari rakan yg lain itu tak payah saya ulas sebab saya takut mereka nanti jadi bengong pula.

Reply

Mengarot lah kau penpusaka....
zaman orang macam ko ni hidup lagi rupanya

Reply

Wah...orang kuat UMNO ini sudah lembut semangat rupanya. Mungkin sedang membaca buku sejarah.

Komen-komen dari rakan yg lain itu tak payah saya ulas sebab saya pun tak tau nak kata apa dah. kahkahakahak lemah semangat rupanya. Samalah macam partinya.

*lemah semangat tak apa lagi, tapi pendek akal yang bahaya tu.

Reply

kah kah kah...

penpusaka nih dah bukak kamus. dia dh jmpa pkataan berdamai dalam kamus kot. sebelum nih dia confuse pkm ni menyerah diri or bedamai. la ni dia dah jumpa dia slow down la skit.

Reply
cucu awang pekan mod

hari ini dr asri bekas mufti perlis ditahan dengan alasan ceramah tanpa permit. operasi lalang 1987 tokoh agama juga ditahan dibawah ISA. 1948 penentang inggeris direwad, dihantar ke tg beruas,(sekarang kemunting) semuanya sama sahaja, cuma zaman nya berbeza iaitu Inggeris, Perikatan, Barisan Nasional.....

Reply

Salam sejahtera Mat Amin.
Apa khabar Bapak Abdullah C.D.,Ibu Suriani dan penduduk kampung Sukhirin ?
Semoga sejahtera dan di lindungi Allah s.w.t sentiasa.

Di mulakan dengan bidalan/peribahasa melayu......

"Ikat boleh diubah,takuk bagaimana mengubahnya"

"Gaharu dibakar kemenyan berbau"

"Bau cekur jerangau tak hilang lagi"

"Empat ganjil lima genap,kendur berdenting-denting,tegang berjela-jela"

Begitulah hakikatnya,seputar tangan menaip di persembahkan pekung di dada.
Memohon satu pihak mengaku kebenaran tetapi di sebaliknya tidak mahu mengaku kebejatan tuannya.

Benarlah bagai di kata :
"Sejarah ditulis oleh mereka yang menang"

Namun bagaimana kebenaran ?
Kebenaran tidak dapat di sembunyi selama-lamanya.
Itulah hakikat atas sifat Kemalat Allah S.W.T.

Soalannya,bagaimana kebenaran versi Umno pula ?
Menidakkan perjuangan Bahaman,TPNM,PKMM, API/PETA, AWAS,Rejimen ke-10 dll......???

Begitulah sifat anak-anak didik British ini.

Di umapamakan peribahasa :
"Dibakar tidak hangus,direndam tak basah,dijemur tak lekang dan dipancung tak putus"

Tidak juga aneh apabila bidalan menyebut :
"Dihujankan kering,dijemur basah"

Di hati dan fikiran mereka telah terpasak sebagaimana tuannya mengajar sebutan selamat pagi walaupun hari larut malam.

Yang melawan rasuah,merompak harta rakyat,merampas tanah rakyat,mencuri harta rakyat....propaganda mereka amat mudah,iaitu komunis.

Sudah dikatakan bagaikan burung kakaktua di ajar menyebut selamat malam walau pun hari telah siang.

Sedetik pun tidak ada rasa keinsafan atas perbuatan menghina dan menjual maruah atas arahan tuannya.
Begitu agung ciptaanNYA mempelbagaikan sifat.

Akhirnya benarlah pusaka tinggalan nenek-moyang kita dengan peribahasa :

"Ekor anjing bagaimana diurut pun tidak akan betul "

Sudah memang tabiat mereka begitu.



Kalas.

Reply
Tanpa Nama mod

salam semua,

Aku setuju benar ulasan sdr aman dan sdr cucu awang pekan menyebut soal dr. asri.

Umno tu "Islam cap itik", pasal tu rasuah halal, fitnah halal, rompak tanah rakyat halal, runtuh masjid/surau halal.... Kitab apa agaknya mereka pakai. Kalau nak tahu sila download jawapan dr. asri kat utube.

Dol

Reply

Salam Sdr. YG,

YG: Salam Mat Amin, kawan bersetju serta menyokong sangat dengan komen dari Penpusaka.....

YG: Kawan agak terkilan dengan komen Mat Amin, yang menyatakan PKM berjuang untuk sebuah negara yang benar-benar dikuasai rakyat, semua kekayaan negara dinikmati oleh rakyat. Tetapi dunia tahu fahaman komunis semua kekayaan negara milik pemerintah, rakyat bekerja dan dibahagi sama rata, di mana datangnya hak milik rakyat...

JB: Sistem sosialis / komunis tidak menafikan milik perseorangan. Yang dinafikan ialah milik kapitalis birokrat dalam negeri dan kapitalis monopoli asing. Merekalah yang mengaut kekayaan Negara menjadi hak milik individu. Cuba saudara tengok angka yang dipaparkan oleh Pak Abdullah C.D., dalam posting ini, saudara boleh lihat betapa besarnya tanah yang dimiliki oleh sejemput kaum kapitalis birokrat itu. Tanah2 itu patutnya diberikan kepada kaum tani, kaum setinggan.
Sistem yang saudara sokong sekarang ialah system yang merampas tanah rakyat untuk dijadikan milik modal birokrat. Lihat, berapa banyak tanah rakyat dirampas untuk menggemukkan kaum kapitalis ini dengan berbagai helah, undang2 mahkamah dan sebagainya.

YG: Sdr juga berkata, Komunis tidak menentang agama bahkan mengamalkan kebebasan beragama. Betul, itu dalam pemerintahan sekarang setelah rakyat dunia bangkit, sebelum itu komunis amat melarang sebarang aktiviti beragama, sebab itu wujudnya buku 'merah'. Tetapi, walau macam mana pun, ahli-ahli atau pengikut-pengikutnya yang tegar tetap meneruskan dengan ajaran 'buku merah'.

JB: Harap saudara membaca siaran berkenaan hari raya aidiladha tak lama lagi

YG: PKM dianggap musuh dan penderhaka oleh kerajaan UMNO-BN (dulu Perikatan) kerana setelah mencapai kemerdekaan melalui suara pilihanraya, PKM masih juga menentang kerajaan UMNO_BN, seolah-olah PKM tidak mahu kerajaan Melayu berkuasa dengan cara berkongsi kuasa bersama kaum Cina-MCA dan India-MIC. PKM mahu sendiri memerintah mengikut cara PKM yang didalangi Republik Cina.... waktu itu penjajah sudah tiada, tetapi PKM berterusan menentang askar-askar Melayu...

JB: Ini fakta terbalik. Siapa yang memulai menulis surat kepada Tunku untuk mengadakan perundingan? Jawabnya Chen Ping. Ini bererti PKM mahu memberhentikan perjuangan untuk mewujudkan perdamaian dalam negeri. Akan tetapi dalam perundingan Baling Tunku telah memaksakan PKM menyerah diri. Selepas merdeka, Chen Ping mengunggu Tunku untuk berunding lagi, tapi Tunku menolak. Yang dibuat Tunku ialah melancarkan kempen kepung basmi besar2an. Ertinya UMNO yang tak mahu memberhentikan perang. Jadi pengganas sebenarnya adalah UMNO yang memaksa perang itu dieruskan. UMNO harus bertanggungjawab ke atas peperangan yang berlangsung dari 1957 – 1989 itu.


YG: Dari segi akidah, orang-orang Melayu dalam PKM pada waktu itu, kawan agak keberatan hendak sebut, salah seorang saudara kawan (sudah meninggal) telah menceritakan segalanya......

JB: Orang2 Melayu yang berjuang menentang Inggeris bersama PKM adalah mereka yang sedar hakikat perjuagan, yang benar-benar memahami perintah Al-Quran. Ketika Negara ditindas oleh Inggeris dengan kejam di bawah undang2 darurat, tok2 lebai dalam UMNO hanyalah membuntuti kaum penjajah. Apakah ini ajaran Islam sebenar?

YG: Maaf, kalau kawan tidak dapat menerima penjelasan perjuangan komunis, tetapi kawan kagumi dan hurmati semangat Melayu dalam PKM yang berjuang, mungkin tanpa disedari mereka adalah hanya barisan hadapan kaum Cina komunis sahaja....

JB: Propaganda memomokkan komunis hanyalah propaganda kaum penjajah untuk menutupi penjajahannya sahaja. Dengan momokan ini, habis golongan kiri disapu Inggeris dalam Darurat 1948. Golongan komunis adalah salah satu aliran kiri dalam masyarakat yang ikut serta berjuang untuk kemerdekaan tanah air untuk kemerdekaan nasional. Sayangnya kerana otak telah dibungkus oleh kaum penjajah, momokan itu masih laku untuk masa kini.
Maaf jua jika ada yang tersinggung. Di sini kita berbahas mengenai suatu sejarah yang telah dilalui oleh bangsa kita.

Reply

UMNO yang disebut itu ditubuhkan pada Mei 1946.UMNO yang ada hari ini di reincarnation dalam tahun 1987.UMNO tahun 1946 telah menjadi jenazah yg dikuburkan tanpa pusara.ini hakikat dan fakta sejarah yg cuba dipesongkan.
jd penpusaka merujuk kepada UMNO yg mana satu?jika yang ada hari ini riwayatnya baru bermula kelmarin,jika yg ditahun 1946 telah pun berkubur.
jg sila baca buku tulisan ramlah adam sedikit sebanyak dpt difahami bagaimana UMNO 1946 sesungguhnya menjadi 'anak didik' british.banyak lagi buku yg saya boleh cadangkan tetapi cukup baca yg tulisan pengarang itu dulu.
apakah jika kita anuti fahaman atau idealogi yg kebetulan dengan komunis China maka kita pun terus menjadi alat Cina?dangkal dan jelas leceh minda jika berkesimpulan sedemikian!

Reply

pen pusaka penulis upahan ke wakakaka... ada lagi manusia berfikiran mcm tu rupanya ... ni nk habaq mai pen pusaka skrg ni kebykkan rakyat malaysia sudah celik tentang sejarah sebenar negara... termasuklah sy yg muda mentah ni... tunggulahh kalau PR dpt memerintah malaysia kita akan tulis semula sejarah... nk bg rakyat malaysia tau sapa sebenarnya pejuang sapa sebenarnya pembelot dan agen penjajahh... UMNO cuma parti warisan yg direstui penjajah...

Reply

Hehehe...renzo..renzo..kalau tak reti erti perjuangan yg dibayar menggunakan nyawa dan darah...jangan berlagak untuk menjadi wira....adakah anda pernah bersama kami mengangat senjata untuk mempertahankan ideologi masing2 sama ada anda dari pihak PKM mahupun anggota keselamatan..??

anak2 sebaya anda ini bertempik bagaikan guroh tapi mencicit lari bila ternampak lipan di kaki.

Reply

Ramai hanya starting berkobar2 berhujah...tapi tak kaji, tak mengaji, tak selidiki....akhir nya dah tak tahu apa nak di hujah, di bentang,di kupas....maka untuk mengelakan diri nampak bodoh & tolol....mulalah ckp & belitkan/ putarkan hujah orang lain sbg modal selamatkan diri...mmmp

Reply

Categories

Pengikut