reformasi jalanan: terima kasih chin peng

REFORMASI JALANAN:
TERIMA KASIH CHIN PENG

reformisjalanan Friday, November 20, 2009





Saya bersetuju dengan Mohamad Sabu seperti yang dilaporkan dalam Merdeka Review. Memang kita patut berterima kasih kepada Chin Peng (Ong Boon Hua). Secara tak langsung, Chin Peng telah berjasa kepada negara ini dan juga umat Islam. (sapa nak marah, marahlah).

Parti Komunis Malaya (PKM) yang turut dikenali sebagai Bintang Tiga bertanggungjawab atas pembunuhan Henry Gurney di Bukit Fraser. Sungguh sial dan malang nasib askar Melayu yang bodoh pergi menyokong Henry Gurney dan penjajah British tanpa mengetahui bahawa Henry Gurney itulah yang bertanggungjawab membawa masuk orang Yahudi Zionis secara haram ke Palestin pada 1948. Dia membuka penempatan baru orang Yahudi Zionis di Palestin dan menghalau orang-orang Arab. Kerana jasa Henry Gurney itu, dia dipindahkan ke Tanah Melayu.

Kerana terbunuhnya Henry Gurney itu (musuh umat Islam), Bintang Tiga dan Ong Boon Hua layak diberikan merit. Lebih baik menyokong sebuah pergerakan yang diketuai oleh penduduk Tanah Melayu daripada menyokong orang-orang Melayu bodoh yang menjadi barua British. Barua seperti Leftenan Adnan dan Sarjan Hasan pula diberi pujian, bahkan dibuat filem lagi! Apa mulianya berkerja kepada penjajah? Kenapa menjadi hamba kepada penjajah British? Saya sesekali tak pernah hormat mana-mana askar Melayu di bawah British. Taraf mereka disisi penjajah British tak lebih dari sekadar anjing suruhan.

Sejarah mengenai Bintang Tiga harus diterangkan, jangan biarkan generasi akan datang menganggap mereka ini pengganas. Sejarah mereka bersama Rejimen Ke-10 telah digelapkan. Jasa mereka tidak dipandang, bahkan mereka pula dianggap pengganas. Yang sepatutnya dilabelkan sebagai pengganas ialah UMNO. UMNO ini jahat, lebih teruk daripada komunis Kuomintang.


klik sini untuk baca artikel asal

lihat juga:

mat sabu: berterima kasih kepada chin peng


1 ulasan:

Assalamualaikum, aku nak beri sedikit komen, harap2 boleh kita kongsi dengan hati dan fikiran yang lebih terbuka,...baiklah, bapak aku adalah seorang polis, pesara polis, dia pun sebenarnya polis zaman merdeka jek,...jadi, pencen dia brapa ratus la sangat,..bukan aku nak citer pasal pencen ke hape, ...dulu, aku penah tanya ayah aku, komunis ada tak kat kawansan rumah aku(aku duduk kampung kat kuala Pilah),...bapak aku cakap ada, tuh Shamsiah Fakeh, orang Juasseh tu la ketua dia, ..lagi sorang zaiton(zaiton mane satu aku xbrape pasti), pas tu ada la dia sebut beberapa lelaki melayu lain,...dia cerita, komunis melayu ni tak sentuh orang melayu, yang sentuh(bunuh) orang melayu tuh komunis cina...dia kata dia penah follow(cover) lori bawak barang2 keperluan lalu ikut bukit tangga(satu kawasan kat negeri sembilan ni), bapak aku punya la takut lalu situ(sebab kawasan tu kawasan komunis),...sebab pernah kawan2 dia sebelum tuh lalu situ lepas tu kena baling bom , bom masuk trak polis, then, xder sorang pun yang hidup...kalau aku, tak la terasa sangat, tapi dia(bapak aku) dah hilang kawan2 baik dia, sedih dia aje tahu sorang,...

kemudian aku tanya dia lagi, komusnis ni lawan ape? pas tu dia jawab, komunis ni lawan british??..aku cakap la, kalau diorang lawan british, kenapa melayu pun lawan komunis? bukan sepatutnya kita kena lawan british?....kemudian dia cakap, melayu ketika itu dijajah british, dia(ayah aku ni polis british, askar melayu tu askar british, pekerja kerajaan tuh pekerja british...semua jabatan kerajaan adalah di bawah penguasaan british)...so, aku nampak la satu situasi dimana british tak pernah berperang dengan kita, padahal kita berperang sesama sendiri...cuma sebelah pihak mahu menentang, sebelah pihak pulak mahu bertahan(ikut cakap british), bertahan pun atas dasar sesuap nasi....macam bapak aku, dulu mana ada kelulusan atau apa-apa, nak kerja, tak boleh nak memilih, itu sebab dia kerja dengan kerajaan, sebab nak bagi kami semua makan,..masa tu siapa rajin kerja, boleh la teruskan hidup...

bapak aku kata, dulu british janji dengan komunis, jika diorang berjaya halau jepun, maka tanah melayu ni akan diberi kepada komunis, dan akhirnya komunis berjaya,..bukan la berjaya sebenarnya, jepun yang menyerah kalah,....setelah diorang berjaya, diorang meraikan kejayaan diorang, orang-orang cina turun ke jalan raya,..membuat keraian menyambut kemenangan komunis,...dalam peristiwa ni, bapak aku cakap ada sedikit pergaduhan antara melayu dan cina,...kira masa tuh suasana agak tegang, urmm,..bapak aku cakap memang tegang...!!..disebab kan itu, british amik semula tanah melayu,...!!!!...komunis baru sahaja beberapa hari memerintah, british dah amik balik...bila british memerintah semula, komunis marah sebab british mungkir janji,...jadi, british haramkan gerakan komunis dan cari mereka2 yang cuba lawan british....sesiapa sahaja lawan british, akan ditangkap...

pas tu ayah aku citer lagi, Tunku nak merdeka, tunku kata Melayu nak merdeka, kemudian british kata, tak boleh melayu sahaja, kena cina dan india juga merdeka, jadi tunku terus panggil wakil dari kaum india dan cina, pegi UK...pohon merdeka....

ini cerita aku tak rujuk mana-mana buku, dan aku tak bercerita melalui sumber yang lebih ilmiah...ini hanya cerita ayah aku,sekadar mendengar dari seorang lelaki tua yang pernah lalui zaman itu...

yang aku nak bagitau adalah, macam mana atau apa yang rakyat melayu faham ketika zaman itu...apa yang difikirkan oleh remaja atau kebanyakan orang2 melayu zaman itu, dimana zaman itu mereka hanya makan ubi kayu rebus... ayah aku cakap best lagi kayu ubi tuh dapat cecah gula...

bagi golongan orang macam ayah aku nih, yang merasa keperitan di zaman darurat,mungkin takkan setuju chin peng di bawa ke Malaysia,....kalau kat kampung aku ni, ramai orang yang dituduh, termasuk atuk2 kawan2 aku, bersekongkol dengan jepun habis di bunuh oleh komunis cina,..orang2 melayu masa tuh mana ada senjata, tak boleh nak buat apa-apa...itu lah sedikit cerita ayah aku....

sekadar berkongsi cerita....

Reply

Categories

Pengikut