perjanjian damai kerajaan malaysia - pkm

PENGATURAN PENTADBIRAN DI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN PARTI KOMUNIS MALAYA SELARAS DENGAN PERSETUJUAN MENAMATKAN PERMUSUHAN



Pengaturan Pentadbiran Kerajaan Malaysia - PKM

6 ulasan

Salam, Mat Amin. Kita patut berterima kasih kepada Chin Peng. Baca lagi di sini http://reformisjalanan.blogspot.com/2009/11/terima-kasih-chin-peng.html

Reply

Terima kasih. Apa saja posting di dalam blog saya dibenarkan disiarkan di mana2 webpage dgn syarat tidak ada tokok tambah. Tak beritahu pun tak apa. Jika sdr Mat Amin mahu menyiarkannya, saya amat berbesar hati.

Reply

Terima Kasih Pak Amin
Paparan Tuan Adalah Fakta
Semoga Mendapat Perhatian
Dalam Silibus Sekolah & Universiti

Reply
Pelayar Di Ufuk mod

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kebanyakkan tulisan yang di buat oleh Saudara Mat Amin adalah berkisar mengenai gerakan komunis semasa pasca merdeka dalam usaha pihak berhaluan kiri untuk melawan penjajah. Itu memang tidak di nafikan sumbangan pihak berhaluan kiri dalam menuntut kemerdekaan.

Tetapi..

walaupun Persekutuan Tanah Melayu telah merdeka pd 31/08/1957 diikuti dengan kemasukan Sabah,Sarawak dan Singapura pada 16 Sept 1961 dan dikenali sebagai Malaysia, mengapa pihak komunis masih meneruskan serangan bersenjata terhadap negara yg di pilih secara demokrasi.

Ini dapat di lihat melalui aktiviti sabotaj landasan KTM dan serangan-serangan pihak komunis keatas org awam dan angggota keselamatan. Jangan ingat kami lupa dengan perbuatan komunis apabila menyerang Lapangan Terbang Persekutuan Sungai Besi (sekarang dikenali sbg TUDM Sg Besi) dan cubaan meletupkan Tugu Negara di Kuala Lumpur. Tidak lupa juga gangguan pihak komunis keatas pekerja2 pembinaan Empangan Temenggor Perak dan beberapa cubaan sabotaj keatas empangan tersebut.

Mengapa komunis masih melakukan serangan pada masa itu walaupun negara kita Malaysia telah lebih 20 tahun merdeka..???

sekitar 1970 - 1980...Saudara Mat Amin jangan buat lupa pula mengenai pertempuran antara komunis dengan ATM/PDRM di kawasan2 ini..

1. Kawasan Gubir Kedah: TUDM kehilangan heli Nuri,pilot serta anggota akibat ditembak oleh komunis semasa heli tersebut menghantar bantuan kepada anggota keselamatan.

2. kaw. Gopeng -Sg Siput- Chemor - ulu kinta : berapa banyak nyawa org awam dan pasukan keselamtan yang di ragut oleh komunis akibat dari serangan2 hendap yg di jalankan oleh rakan2 seperjuangan saudara.

Masih terngiang di cuping telinga kami jeritan rakan2 yang cedera akibat booby trap yg di pasang oleh rakan2 seperjuangan saudara Mat Amin. Kami juga msih ingat nyaringan peluru meriam/artileri yg terbang mencari rakan2 saudara yang sedang bersembunyi dalam kegelapan hutan di kawasn itu.

3. tapah-cameron highlands-gua musang : Jangan nak putarkan sejarah dengan mengatakan tiada pertempuran sengit di kawasan ini sehingga memaksa pihak komunis berundur ke Gua Musang. kawasan ini dikenali sebagai kawasan hitam kerana banyaknya aktiviti komunis di kawaan Cameron Highlands yg mengunjur ke Banjaran Titiwangsa.

kita pergi ke tahun 1981 - 1989 pula.

Kebanyakkan rakan2 kepada saudara Mat Amin mula melarikan diri dan berkumpul di Hulu Perak agar lebih mudah melarikan diri ke sempadan Thai-Malaysia sehinggalah perjanjian perdamaian berlansung di Thailand.

Untuk pengetahuan saudara Mat Amin. kesemua operasi dan pertempuran di atas berlaku setelah 20 tahun Malaysia merdeka.

Saudara Mat Amin tidak usahlah mengatakan bahawa Kerajaan Malaysia ini kejam kerana tidak menerima anggota-anggota komunis untuk pulang ke tanah air.

Sebelum perjanjian Damai di meterai, telah beribu2 pucuk surat yg di jatuhkan dari pesawat DC-4 Carribou TUDM yang menawarkan pengampunan di tempat2 yang di syaki ada aktiviti komunis. Adakah saudara tidak perasan risalah yang di gugurkan itu ataupun saudara Mat Amin tidak mengendahkan risalah tersebut kerana semangat juang saudara masih menebal walaupun saudara tahu yang Malaysia ketika itu telah 30 tahun mengecapi kemerdekaan?

Saudara Mat Amin hendaklah berfikir sedalam dalamnya mengapa Malaysia memerangi kegiatan subversif dari komunis ini sehabis-habisan.

" walaupun 10 kali kita membuat kebaikan...tiada sesiapa yg akan menghargai kita, tetapi kesalahan kita walaupun hanya sekali, mereka pasti akan ingat setiap masa"

"sepuloh kebaikan yang kita lakukan tidak mampu untuk menutup satu kesalahan"

saya rasa 2 rangkap di atas itu mungkin sesuai dengan delima yg di hadapi oleh bekas anggota komunis masa kini.

salam hormat dari saya
Veteran Malaysia

Assalamualaikum...

Reply

Salam Veteran Malaysia.
Terima kasih kerana Veteran Malaysia sudi meluahkan perasaan di blog ini.

1. Mengapa komunis masih melakukan serangan pada masa itu walaupun negara kita Malaysia telah lebih 20 tahun merdeka..???

Saya rasa Memoir Said Zahari sudah menjawab persoalan mengapa “komunis masih melakukan serangan pada masa itu walaupun negara kita Malaysia telah lebih 20 tahun merdeka”. Tunku terang-terang menyebut dia tak mahu perundingan itu Berjaya. Dalam erti kata lain Tunku mahu perang diteruskan, Tunku mahu menjadikan Malaya sebagai tanah jajahan bentuk baru bagi penjajah British, Tunku mahu memelihara kepentingan British di Malaya.

Sila baca juga:

http://matamin02.blogspot.com/2009/11/sikap-pkm-terhadap-perundingan-baling.html
http://matamin02.blogspot.com/2009/11/mengapa-perang-masih-berlangsung.html

2. sekitar 1970 - 1980...Saudara Mat Amin jangan buat lupa pula mengenai pertempuran antara komunis dengan ATM/PDRM di kawasan2 ini..

Sekitar tahun-tahun 60an sehingga 1988 Kerajaan Malaysia terus menerus melancarkan kempen kepung basmi ke atas kami. Mengapa Veteran Malaysia tidak menanyakan ini? Apakah kami hanya perlu menadah kepada supaya senang dipukul? Begitu bodohnya kami? Bukan sahaja ATM yang kami rasa, malah Gurkha, Australia, Fiji, askar British dan macam-macam.

3. Saudara Mat Amin tidak usahlah mengatakan bahawa Kerajaan Malaysia ini kejam kerana tidak menerima anggota-anggota komunis untuk pulang ke tanah air.

Memangpun kerajaan ini kejam. Mereka berkempen masalah perang melawan komunis di TV, radio, surat khbar, cermah dan macam-macam… semua boleh. Tapi sedikit saja saya menjawab soal ini tak boleh. Mengapa?

Saudara lihat dalam perjanjian di posting ini… setiap bekas PKM boleh masuk ke Malaysia asalkan secara sah. Tetapi Chen Ping tak boleh. Mengapa?

Saudaraku Veteran Malaysia… mahkamah itu sebenarnya alat pemerintah sahaja. Kita lihat dalam banyak kes… kes perak umpamanya, hakim itu kata ini, hakim ini kata itu… Hakikatnya hakim memihak kerajaan akan menang… hakim tak memihak kerajaan akan dipecat… Semua rakyat sedar hal ini.

Reply

Sdr. Pelayar DiUfuk,
Persoalan Yang Saudara Bangkitkan Telah DiBincangkan Dan DiRumuskan DiDalam PERJANJIAN HAADYAI.
Halatuju Selanjutnya Ialah Mematuhi Dan Melaksanakan Perjanjian Tersebut...!!!

Reply

Categories

Pengikut