peristiwa memali: warisan kezaliman penjajah kepada umno

PERISTIWA MEMALI:

WARISAN KEZALIMAN PENJAJAH KEPADA UMNO

(Sosialis Hijau - http://greensocialis.blogspot.com/)


Kemarin tanggal 19 november genaplah 24 tahun mengikut kiraan kelender masihi berlakunya tragedy berdarah Memali. Sebenarnya tragedy Memali adalah kesinambungan kezaliman kerajaan warisan penjajah terhadap rakyat marhaen yang telah sekian lama di tindas dan di zalimi. Kg. Memali, terletak di Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).


Artikal ini bukan bermaksud untuk mencerita kembali peristiwa tersebut kerana cerita2 tragedi ini boleh kita dapati di mana2 saja bloq pro perjuangan Islam di Malaysia ini. Artikal ini adalah bertujuan untuk menyingkap kembali kezaliman2 yang telah di lakukan oleh pihak penguasa sejak dari zaman darurat sehinggalah pada hari ini. Perlu di ingatkan di sini Ustaz ibrahim Libya adalah seorang yang amat menentang kuat akta ISA yang telah di luluskan oleh parlimen Malaysia pada tahun 1960 mengantikan undang2 darurat yang di kuatkuasakan pada 1948.


Undang2 darurat telah di wujudkan oleh pihak penjajah apabila merasakan kesedaran nasionalisme rakyat pada ketika itu bisa mendatangkan mudarat kepada pihak British. Parti-parti dan pertubuhan berhaluan kiri seperti KMM, PETA, BTM, PKMM, API, AWAS, Hisbul Muslimin PKM dan lain2 lagi telah di haramkan untuk bergerak secara sah di Malaya. Pihak British hanya membenarkan parti-parti berhaluan kanan iaitu parti yang terus menyokong penjajahan seperti UMNO bergerak dengan tiada ganguan. Pemimpin2 kesatuan dan parti2 politik kiri kebanyakannya telah di tahan di bawah akta darurat ini. Antaranya adalah Amad Boestamam, Rashid Maiden Kamarudin Teh, Ishak Mahmod, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Taharudin, Bizar Ahmad dan lain-lain lagi.


Namun begitu pemimpin2 yang berjaya mengelakkan diri dari di tahan oleh pihak British yang di sokong UMNO pada ketika itu telah mengambil jalan mengangkat senjata seperti Abdullah CD, Shamsiah Fakeh, Taharudin dan beberapa orang lagi. Dr Burhanudin Al Helmy yang memimpin PKMM di waktu itu telah berjaya meloloskan diri ke Singapura untuk mengelakan diri dari menjadi mangsa tangkapan ini.


Di sinilah telah bermulanya perjuangan menentang penjajahan secara terbuka oleh rakyat terhadap penjajahan British pada ketika itu. Golongan yang masuk ke hutan telah mengunakan penentangan secara bersenjata dan golongan yang terselamat dari tangkapan itu mengunakan saluran politik bagi meneruskan perjuangan menentang penjajah British.


Pihak British telah melancarkan perang secara besar-besaran terhadap perjuangan bersenjata ini dan bagi mereka-mereka yang di tangkap kerana bersubahat dengan gerakan gerila ini akan di buang negeri atau di hukum gantung sampai mati.


Seperti apa yang terjadi kepada Ustaz Ibrahim Libya dan anak muridnya, pihak British juga telah menjalankan perang saraf terhadap anggota pejuang kemerdekan Ini dengan segala momokan bagi menjauhkan sokongan rakyat terhadap perjuangan ini. Istilah ajaran sesat yang di tujukan kepada Ustaz Ibrahim Libya sebenarnya telah lama di semburkan kepada pejuang2 kemerdekaan ini. Ulama2 atau mereka yang di anggap sebagai orang agama pada ketika itu telah bersekongkol dengan pihak British mengeluarkan fatwa demi fatwa bahawa komunis tidak percayakan Tuhan atau lebih tepat lagi anti agama. Sehinggakan dalam satu peristiwa yang telah di ceritakan oleh Abdullah Cd dalam memoirnya, pada suatu ketika sewaktu darurat masih belum berkuatkuasa beliau di datangi oleh bapanya dan pada besoknya mereka telah sama2 bersembahyang di Masjid Ipoh. Setelah keluar dari masjid itu datang sekumpulan manusia yang meminta beliau agar masuk kembali Melayu. Mereka menyuruh beliau agar bersembahyang semula dan mengigatkan beliau bahawa komunis itu perosak agama.


Peristiwa yang berlaku terhadap Ustaz Ibrahim ini hanyalah sebagai ulang tayang kepada generasi yang mahu memikirkannya. Apakah yang di hairankan dengan kepungan oleh pihak polis ketika mahu menahan beliau dan penduduk Memali jika anda kenangkan apa yang telah berlaku terhadap rejimen ke 10. Apakah ada yang lebih dasyat lagi jika hendak di bandingkan dengan operasi kepung dan basmi yang di lancarkan oleh pihak penjajah dan di sokong oleh pemimpin melayu terhadap perjuangan Parti Komunis Malaya?


artikel asal:

PERISTIWA MEMALI: WARISAN KEZALIMAN PENJAJAH KEPADA UMNO.



1 ulasan:

mat jamin mat saman mod

SELEPAS PERISTIWA MEMALI
BERLAKU OPERASI LALANG 1987

Reply

Categories

Pengikut