Dalam kehidupan manusia, sejarah memainkan peranan yang pentng. Melalui sejarah, manusia belajar dari kebaikan dan kesalahan untuk menghadapi kehidupan mendatang. Semenjak dari Malaya merdeka, banyak sejarah yang ditutup oleh pemerintah.

Sejarah ditutup sebagai percubaan kerajaan yang memerintah untuk “memonopoli” perkara-perkara yang penting dalam sejarah agar mereka dapat terus mengusai minda dan pemikiran rakyat. Contohnya seperti sejarah kemerdekaan negara. Kerajaan yang memerintah mahu rakyat fikirkan bahawa hanya Umno, MCA dan MIC yang berperanan dalam kemerdekaan negara.

Hari ini, dengan adanya internet, sedikit demi sedikit monopoli maklumat dan sejarah yang dilakukan pecah. Dalam propoganda kerajaan untuk terus berkuasa, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng terus dijadikan momok untuk menakut-nakutkan rakyat.

Setiap kali kerajaan memerintah berada dalam keadaan yang lemah, isu Chin Peng dan PKM ditimbulkan semula. Mujurlah ada seorang pemimpin politik Melayu/Islam berpengaruh yang masih waras. Mohammad Sabu bekas Naib Presiden PAS mengucapkan terima kasih kepada Chin Peng diatas jasa besarnya terhadap rakyat Malaysia. Apakah jasa besar Chin Peng? Klik disini untuk membacanya.

Perjanjian Damai Haadyai diantara kerajaan Malaysia dan PKM harus dihormati. Jika tidak ada perjanjian tersebut, pastinya Tentera Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) masih banyak kerja dan sentiasa hidup dalam ketakutan. Dengan adanya perjanjian tersebut, Malaysia mejadi aman dan damai.

Sebagai tanda menghormati perjanjian tersebut, benarkanlah Chin Peng pulang untuk menghabiskan sisa-sisa hari tuanya di tanah airnya yang tercinta. Janganlah terlalu bersikap “facist” dalam hal ini. Bayangkanlah satu hari nanti kerajaan yang memerintah pada hari ini kalah dalam pilihanraya atau ditumbangkan melalui demonstrasi jalanan.

Setelah kalah dan ditendang dari kekuasaan, kerajaan yang baru membicarakan kembali “penjenayah-penjenayah” politik dan ideologi politik perkauman pun diharamkan. Maka larilah pemimpin-pemimpin politik perkauman ke luar negara.

Setelah berpuluh tahun di luar negara sebelum meninggal dunia, pemimpin politik perkauman ingin pulang dan mati di negaranya. Akan tetapi hasrat pemimpin politik perkauman ini terhalang oleh kerana kerajaan pada ketika itu tidak membenarkan beliau pulang dengan alasan politik perkauman telah menyebabkan ramai rakyat terbunuh contohnya Peristiwa Memali pada tahun 1980an. Apakah perasaan pemimpin politik perkauman jika dihalang untuk pulang pada ketika itu? Fikir-fikirkanlah!

posting asal:

http://www.aminiskandar.com/?p=2436

3 ulasan

Chin Peng digelar pejuang,...orang yang menentang chin Peng juga digelar pejuang....~...Malaysian vs malaysian.... bila nak berakhir??...~

Reply

SATU MALAYSIA
DUA diPERAK
DUA PEMBUNUH
DUA TERBUNUH

Dato'Maharaja Lela
Membunuh JWW Birch
Manakala Chin Peng
Membunuh Sir Henrey Gurney

YB Bota Dua Kali Lompat
Di Ikut Dua Bebas dari PKR
Jadi dua MB dua Spekar
Ada Dua Bota Dua Lambor

Reply
Tanpa Nama mod

saya berasa sungguh bertuah kerana dapat melawat perkampungan syakirin..kampung penuh dengan ketenangan dan damai.. insyallah saya akan kesana lagi

Reply

Categories

Pengikut