merdeka review: komunis cina disambut, chen ping pula dihalang?

KOMUNIS CINA DISAMBUT
CHEN PING PULA DIHALANG?
Merdeka Review Nov 12, 2009 05:46:44 pm
http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10438



Setiausaha Agung Gerakan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wong Ruen Yuan berasa kesal dan kecewa dengan jawapan "Chin Peng masih musuh (bayangan) negara", oleh Timbalan Menteri Pertahanan Abdul Latiff Ahmad, ketika menolak pemohonan Chin Peng untuk kembali ke tanah air.

Wong Ruen Yuan berkata, kerajaan kita menyambut secara besar-besaran ketibaan Setiausaha Agung Parti Komunis China, parti komunis terbesar di dunia, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Militari Pusat (Central Military Commission of CCP), Hu Jintao, tetapi mengapa tidak membenarkan seorang bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng untuk kembali ke tanah airnya?

Beliau berkata, Chin Peng kini ialah orang tua yang tidak bersenjata, dengan usia melebihi 80 tahun, boleh dikatakan tiada ancaman langsung. Takkan Kementerian Pertahanan negara kita yang dilengkapi dengan senjata moden perlu takut kepadanya? Ini tidak masuk akal langsung!

Wong berkata, kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian pendamaian dengan PKM pada tahun 1980-an. Malah, PKM telah pun menyerahkan senjata. Sesetengah anggota PKM telah kembali ke tanah air, sementara ada pula yang bermastautin di negara Thai. Bekas anggota PKM tidak berpengaruh, malah tidak memberi ancaman kepada negara kita sepanjang tahun-tahun ini. Nampaknya pemikiran pegawai dalam Kementerian Pertahanan masih berada di zaman 1970-an dan 1980-an, tidak maju langsung.

Wong berharap, kerajaan tidak harus sentiasa berada di tempat asal dan tidak maju ke depan. Sebaliknya, kerajaan harus membuka dada untuk menunjukkan bahawa kerajaan terbuka dan toleransi, dengan membenarkan Chin Peng (gambar kiri) kembali ke tanah air untuk hari-hari terakhirnya. Langkah ini akan meningkatkan imej negara tanpa mengundang sebarang keburukan.

Wong berkata, musuh utama kita ialah peragut, sindiket jenayah, pendatang asing tanpa izin yang berkelakuan jahat. Merekalah musuh rakyat dan sasaran polis atau tentera. Adalah tidak wajar, apabila kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap musuh yang sebenar, tetapi mengambil tindakan terhadap "musuh bayangan".

*Kenyataan media oleh Wong Ruen Yuan, Setiausaha Agung Gerakan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Diterjemah daripada edisi bahasa Cina.

nota: catatan di atas dipetik daripada Merdeka Review Bahasa Malaysia berdasarkan pandangan penulisnya. Satu fakta yang patut diperbetulkan ialah "Malah, PKM telah pun menyerahkan senjata." Sebetulnya pihak PKM tidak menyerahkan senjata mereka kepada mana-mana pihak tetapi memusnahkan senjata-senjata tersebut dengan disaksikan wakil Kerajaan Malaysia dan Wakil Kerajaan Diraja Thailand. Sila lihat http://matamin02.blogspot.com/2009/10/pemusnahan-senjata.html

2 ulasan

KALAULAH DIANTARA YANG MENYAMBUT ITU IALAH pAK aBDULLAH cd DAN iBU...

Reply

Categories

Pengikut