mengapa perang masih berlangsung selepas merdeka

MENGAPA PERANG MASIH
BERLANGSUNG SELEPAS MERDEKA





Perwakilan PKM dalam Perundingan Baling



Ramai orang mengakui bahawa PKM melancarkan peperangan terhadap kerajaan penjajah British untuk kemerdekaan pada tahun 1948. Akan tetapi ada yang mempersoalkan mengapa PKM masih meneruskan peperangan setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Rundingan Baling diadakan atas inisiatif PKM. Akan tetapi rundingan itu gagal kerana Tunku telah memaksakan syarat-syarat yang tidak menasabah, dan tidak adil iaitu mengharuskan PKM menyerah diri dan harus ditahan terlebih dahulu. Sungguhpun begitu, PKM menganggap perundingan itu tidak dapat mencapai hasil kerana Malaya masih dikuasai penjajah British.



Untuk menjelaskan persoalan di atas, maka saya paparkan Surat Kenyataan Jawatankuasa Pusat PKM yang dikeluarkan pada 5 Mac 1956.



SURAT KENYATAAN PKM BERKENAAN DENGAN KEADAAN SEKARANG


PKM telah mengumumkan manifesto program pada 22 Disember 1955 dalam mana telah menjelaskan tujuan parti kami berjuang untuk melaksanakan kemerdekaan, demokrasi dan keamanan di Malaya serta mengemukakan jalan yang betul bagi melaksanakan tujuan itu.


Rundingan damai telah diadakan di Baling pada penghujung bulan Disember yang lalu. Di dalam pertemuan itu PKM telah mengambil sikap yang paling sabar dan bertolak ansur dan berikhtiar dengan sedaya upaya supaya rundingan itu boleh mencapai persetujuan supaya rakyat di seluruh negeri boleh bersatu lebih erat lagi dan berjuang untuk melaksnakan kemerdekaan tanah air.


Oleh itu, parti kami telah menyatakan dengan terus terang bahawa kami sanggup memberhentikan perlawanan-perlawanan dan menamatkan peperangan asal saja pihak yang berkuasa Malaya sanggup mengambil sikap yang munasabah, umpamanya membatalkan Undang-Undang Drurat, Memberikan hak-hak demokratik dan kebebasan politik kepada rakyat seluruh Malaya termasuk orang-orang komunis, menjamin tidak melakukan keaiban politik dan pembalasan ke atas batang tubuh orang-orang komunis dan anggota-anggota tentera kebebasan dan lain-lain. Tetapi sangatlah dikesalkan kerana pihak lawan di dalam perundingan itu menolak sama sekali kepada usulan-usulan kami yang munasabah, tetap berpegang kepada syarat-syaratnya yang tidak menasabah yang memaksa pihak kami supaya menyerah diri, sedangkan syarat-syarat yang kasar dan tidak munasabah itu tak dapat tidak kami tolak dengan tegas sehingga menyebabkan pertemuan itu tidak dapat mencapai persetujuan. Dari sini bolehlah nampak bahawa sebabnya pertemuan Baling itu tidak mencapai hasil adalah sama sekali kerana haluan yang telah lama sedia ditetapkan oleh British sebelum pertemuan itu lagi untuk mengkhianati rundingan damai tersebut.


Sesudah pertemuan Baling itu, British telah mengadakan rundingan London dengan pihak yang berkuasa Malaya. Hasil-hasil rundingan itu membuktikan bahawa British telah membuat sesetengah tolak ansur kepada pihak yang berkuasa Malaya, tetapi Malaya tidakpun mendapat kemerdekaan, Malaya masih tetap sebagai tanah jajahan British. Mesti ditegaskan bahawa tolak ansur itu telah dibuat oleh British juga kerana menerima tekanan-tekanan dari gerakan kemerdekaan rakyat negeri kita dan perjuangan parti kami. Apa yang lebih penting lagi ialah British masih mempunyai satu niat jahat yang baru iaiatu mencuba dengan menerusi sesetengah tolak ansur itu untuk mengumpan sebahagian anasir-anasir atasan Malaya supaya bekerjasama dengannya untuk meneruskan peperangan bagi mencapai tipu daya niat jahatnya “menggunakan orang-orang Malaya melawan orang-orang Malaya”.


PKM yang bertanggungjawab untuk menyedarkan rakyat seluruh negeri, menuntut kepada rakyat seluruh negeri supaya mengambil pengertian yang waras kepada tipu daya kaum kolonial British yang jahat itu. Boleh dipastikan, jika sekiranya tipu daya British itu berhasil dan peperangan di Malaya terus menerus berkepanjangan, maka bukan saja segala bangsa-bangsa yang berpersaudaraan di negeri kita akan saling membunuh dan kesengsaraan rakyat di negeri kita akan semakin bertambah-tambah, tetapi juga ada kemungkinan bagi kaum kolonial menggunakan kelanjutan peperangan dan perpecahan di dalam Malaya untuk mengetatkan lagi penguasaannya kepada Malaya, melambatkan kemerdekaan Malaya, bahkan menghampakan sama sekali segala penyerahannya kepada Malaya dahulu.

Oleh itu, PKM berpendapat bahawa kewajipan mustahak bagi segala bangsa, segala lapisan dan segala parti dan perkumpulan-perkumpulan di negeri kita sekarang ini ialah untuk mencegah perpecahan, meneguhkan perpaduan, meleburkan tipu daya yang jahat dan bisa dari British iaitu tipu daya “menggunakan orang-orang Malaya melawan orang-orang Malaya” dan berjuang untuk kemerdekaan, demokrasi dan keamanan negeri kita.


PKM berpendapat bahawa kemerdekaan, demokrasi dan keamanan Malaya adalah saling berkaitan dan tak boleh dibelah bagi. Parti kami sedang dan akan berjuang terus menerus dengan tidak sayang menggunakan segala tenaga untuk memulihkan keamanan. Parti kami menyatakan sekali lagi dengan tegasnya bahawa sebarang percubaan untuk memaksa parti kami menyerah diri itu semestinya akan gagal, tetapi kalau pihak yang berkuasa Malaya sanggup menamatkan peperangan dengan bersendikan syarat-syarat yang adil dan menasabah sebagaimana yang kami sebutkan di atas itu, maka kami adalah mengalu-alukan supaya rundingan-rundingan diadakan semula.


Dengan ikhlasnya kami menasihati lagi kepada pihak yang berkuasa Malaya bahawa orang-orang yang menumpahkan taat setianya kepada usaha kemerdekaan negeri kita hendaklah dan tidak pula susah dengan penuh kesanggupan meninggalkan sikap yang dipertahankan oleh British untuk memaksa pihak kami menyerah diri itu, dan mengadakan semula rundingan-rundingan dengan parti kami di bawah syarat-syarat yang adil dan menasabah, kalau tetap berpegang kepada haluan yang salah untuk memaksa orang-orang komunis menyerah diri sehingga peperangan tak dapat ditamatkan dan keamanan tak dapat dipulihkan dengan segera, nescaya akan jatuh ke dalam perangkap British dan merosakkan usaha kemerdekaan negeri kita, bahkan tidak akan dapat terelakkan daripada tanggungjawab meneruskan peperangan, tidak syak lagi, bahawa di dalam keadaan yang demikian itu pihak kami akan terpaksa meneruskan penentangan bersenjata yang semestinya bagi membela kepentingan kemerdekaan bangsa dan tanah air.


Saudara-saudara di seluruh negeri! Bersatu padulah lebih erat lagi, mencegah perpecahan, meleburkan niat jahat British “menggunakan orang-orang Malaya melawan orang-orang Malaya” dan berjuang dengan sekeras-kerasnya untuk kemerdekaan, demokrasi dan keamanan negeri kita! Kita pasti mencapai kemenangan asal saja kita bersama-sama berusaha.


Jawatankuasa Pusat

Parti Komunis Malaya

5 Mac 1956

nota: dokumen surat kenyataan PKM ini disiarkan atas kerjasama Muzium Sejarah, Kampung Perdamaian Sukhirin


8 ulasan

Siapa yang bertanggungjawab ke atas perang selepas merdeka? Jawapannya amat jelas. UMNO lah yang bertanggungjawab kerana UMNO yang tidah mahu perang diberhentikan atas arahan tuannya penjajah British.

Jadi Umnolah pengganas sebenarnya!
Juak-juak UMNO tak perlu "menegakkan benang basah" bagi

Sekarang sudah masanya rakyat bangkit menolak UMNO!!

Dol

Reply

Salam, janganlah terlalu jauh menghina perjuangan UMNO, UMNO sedaya upaya tidak mahu melihat rakyat berperang bertumpah darah, sebab itu sentiasa menjaga keamanan negara supaya orang-orang Melayu dapat hidup harmoni sampai sekarang, dapat memberi pendidikan dan ilmu kepada anak cucu, berusaha memajukan diri..... kalau cara berperang, siapakah yang susah ?

Melayu tida tempat hendak lari, kaum Cina dan India akan balik ke negara mereka atau mana-mana sahaja...... sebab itu lepas merdeka, pemimpin UMNO mengutamakan pendidikan, kerana dengan ilmu orang Melayu boleh mengubah corak hidup, tidak sentiasa menjadi hamba-hamba Cina di estet-estet, kebun-kebun mereka macam pendatang asing sekarang....

Kalau pemimpin UMNO terdahulu tidak menetapkan dalam perlembagaan hak-hak Melayu-Bumiputera, maka siapakah akan dulu menguassai negara, lihat sahajalah Indonesia, walau pun bukan bumi hanya 20 juta dari 200 juta, siapa yang menguasai ekonomi negara, peribumi hindup merempat mencara makan di negara orang, mujur ada Malaysia, bersimpati sesama bangsa serumpun....

Anda yakin, puak-puak Cina komunis ini akan menjaga kebajikan Melayu kalau mereka memerintah ? Lihat sahaja di Singapura.....

Reply

Saudara yanggambi,

Tiada maksud menghina di sini. Yang dibentangkan ialah fakta2 sejarah.

Saya rasa posting ini menjawab ulasan saudara. Saya "paste" di sini ulasan tersebut:

PKM dianggap musuh dan penderhaka oleh kerajaan UMNO-BN (dulu Perikatan) kerana setelah mencapai kemerdekaan melalui suara pilihanraya, PKM masih juga menentang kerajaan UMNO_BN, seolah-olah PKM tidak mahu kerajaan Melayu berkuasa dengan cara berkongsi kuasa bersama kaum Cina-MCA dan India-MIC. PKM mahu sendiri memerintah mengikut cara PKM yang didalangi Republik Cina.... waktu itu penjajah sudah tiada, tetapi PKM berterusan menentang askar-askar Melayu..

Nah.... siapa sebenarnya yang mahukan perang? PKM atau UMNO....

jelaskan... UMNO yang berdegil mahukan perang?

Reply

Teringat kat Hamid Karzai. Penjajahan zaman baru. Pejuang sebenar digelar pengkhianat. Mungkin spesis UMNO sama macam Hamid Karzai je kot.

Reply

Bungkus je la umno tu bersama bendera Union Jack

Reply

Sdr yang gambi,

pendek sahaja jawabnya. UMNO yang tidak mahu berdamai. UMNO tidak mahu hentikan perang. Setuju?

Reply

Ko orang budak2 muda mudah lupa diri. Ada mak bapak ko orang yang mampos di bunuh komunis, ada nenek moyang ko yang mampos disembelih komunis. Jaangan jadi barua komunis bangkai.

Ko tanya siapa bunuh semua pegawai2 polis di bukit kepong. Ko tanya mana dia mamat british di bukit kepong. Ko orang jangan terpedaya dengan komunis bangsat sial durjana ni. Kenapa setelah sekian lama , setelah Tunku tiada baru sekarang nak bukak cerita. Kenapa tidak dari dulu.. Kenapa? Sebab takut, tunku pula bukak mulut dengan segala fakta.

Aku anak Malaysia dan aku tahu komunis akan sentiasa mengucar kacirkan negara aku yang tercinta.

So cuba la, cuba la ko orang bakar semangat pejuang-pejuang tanahair. Aku akan pastikan bukan sahaja komunis malah semua penyokong komunis akan aku sembelih. Itu sumpah aku.

Bangsat punya blogger.

Reply
MEMANG ITU MACAM mod

DULU DULU
DATO MAHARAJA LELA
YANG BUNUH
JWW BIRCH
DIBUANG DAERAH
KAT PULAU
DILAUTAN HINDI

BARU BARU NI
CHIN PENG NAMANYA
YANG BUNUH
SIR HENRY GURNEY
TERBUANG DAERAH
KAT THAILAND
TAK BOLEH BALIK

Reply

Categories

Pengikut