inikah ertinya kemerdekaan?

INIKAH ERTINYA KEMERDEKAAN?

Ketika ditanya kepadanya pengertian dan nikmat kemerdekaan, Norazizi berkata, tak ada apa-apa nikmat yang dia dapat…saya cuma hidup dalam rumah kecil ni saja. “Inilah rumah kami tiga beranak sejak 4 tahun lalu. Tak ada duit nak besarkan rumah. Api (elektrik) tak ada..guna pelita saja. Air minuman dan mandi ….menumpang dari rumah jiran-jiran terdekat, katanya. Norazizi berkata, wakil rakyat tak pernah datang menjenguk, kecuali musim pilihanraya ramailah yang datang”.

Beberapa hari ini hujan mencurah. Bagi mereka yang memotong getah terpaksa memerap di rumah. Mencuri peluang ini, satu persatu website ku jelajahi. Akhirnya aku terhenti di suatu blog yang memaparkan gambar yang mencuit hati. Benarlah kata orang, sekeping gambar seribu makna.

Apakah di zaman teknologi yang serba canggih ini masih ada insan yang hidup dengan menggunakan pelita minyak tanah. Lebih-lebih lagi di zaman merdeka dengan pelbagai kemajuan dan kemegahan yang sebahagiannya dikatakan mencapai taraf dunia. Bagaimana agaknya keluarga ini menyambut hari raya yang akan menjelma tak lama lagi? Terbayang di fikiranku seolah-alah anak-anak mereka menuntut baju baru, kuih muih dan sebagainya.

Sebagai seorang anak tani miskin, aku juga pernah merasai masa seperti itu, masa ayah membajak sawah dengan lembu / kerbau, masa warga kampung mencangkung di tepi sungai atau atas titi untuk membuang kotoran. Itu semua cerita puluhan tahun dahulu. Masa sekarang, anak-anak tani terpaksa pergi ke muzium untuk melihat peralatan membajak, lembu dan kerbau tidak perlu bekerja lagi, mereka cuma perlu cepat besar untuk mendapatkan daging.

Apakah ini ertinya kemerdekaan?
Apakah ini ertinya membela rakyat?
Apakah ini hadiah Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat?

5 ulasan

Salam, sayang tuan tidak sebut dimana tempatnya ? rasa-rasa macam di Kelantan atau Kedah...... mana perginya wakil-wakil rakyatnya....

Zaman Malaysia gemilang sekarang, kalau seseorang itu hanya tahu meminta subsidi tidak mahu berusaha dan bekerja.... dia akan ketinggalan...

Reply

kesuhahan berada dimana2
mmg amt dikesalkan
tp yg pastinya bkn mereka shj yg susah
malah ramai lg yg kita masih xketahui

menyalahkan mmg mudah
sng sj kita hina BN krn kegagalan mereka
tp kita sbg bangsa melayu
apa sumbngn kita pd bangsa?

sekadar ingin mengungkit kisah lama
wira yg xdidendang
kejahatan UMNO yg tidak berkesudahan

adakah jika PR memerintah segalanya akan berubah?
pasti ada kelemahan

setelah sekian lama sy perhatikan blog ini,
ternyata mmg ada unsur politik sebenarnya blog ini
bertopengkan utk membongkar sejarah
sebenarnya ia lbh pro pembangkang

yg lps biarlah lepas
jikalau mat amin hidup aman disana
maka teruskanlah kehidupan di sana
usah dicampur urusan rakyat m'sia

biarkan politik berhadapan politik
usah dipinta belas ikhsan simpati
dari perjuangan yg terpinggir
jikalau dahulu sudah gagal
jgn diikut emosi gagal
kelak yg bersimpati
akan bertukar benci

mudah saja utk dijwb persoalan diberikan
tp dlm nada politik,belum pasti bila penyudah akan dicapai

musuh kepada musuh kita adalah rakan perjuangan
tp sebelum menyokong musuh kepada musuh kita,
ada lbh baik dikaji tindak tanduk
mereka
kelak tersilap, gagal utk kesekian kalinya
anak bangsa jua menjadi mangsa

lg kesekian kali muncul golongan meraih simpati
dari perjuangan yg xdidendang
lg kesekian kali
sedih ku melihat bangsa sendiri bertelagah sesama sendiri
utk mencapai matlamat yg sama
berbunuhan kita sesama
cuma utk memilih siapa berada di persada kuasa

Reply

Benar saudara Mohd.

KMM, PKMM. API, AWAS, Barisan Tani yang menjadi teras Rejimen Ke-10 adalah organisasi politik.

Berjuang untuk kemerdekaan tanah air semoga semua rakyat dapat menikmatinya. Semoga golongan yang terdapat dalam gambar itu juga merasai manisnya kemerdekaan.

Sekarang hanya kaum kapitalis yang memegang kekuasaan yang mengecapi kenikmatan itu. Sedangkan rakyat hanya mendapat "remah-remah roti" sahaja.

Parti mana pun, ideologi apapun, jika tidak dapat menyelesaikan masalah yang terpapar dalam gambar itu akan dihumbankan oleh rakyat.

Reply

tapi yg pelik nyr ,kenapa pendatang asing bolih senang hidup di malaysia ni,atau kerana org malaysia tu malas pak,kepada yang nak menyalahkan kerajaan tu pegi lah berhijrah ke indonesia ke indiake....

Reply

Apa yang Pak Amin paparkan
mungkin tidak akan berlaku
dalam sistem kominis/sosialis.

Tetapi tidak dalam sistem kapitalis
dimana rakyat perlu bayar
termasuk infrastruktur.
Yang Berkuasa membeli seberapa murah,
menjual seberapa mahal. Pertolongan mesti ada komisen/persen....dll

Reply

Categories

Pengikut