chin peng - antara realiti dan fantasi

CHIN PENG – ANTARA REALITI DAN FANTASI
http://greensocialis.blogspot.com/

Selasa, 2009 November 24



Mungkin semua di antara kita pernah beranggapan buruk kepada Chin Peng kerana termakan dengan momokan penjajah dan warisnya UMNO. Aku senditi Pertama kali aku dengar tentang komunis adalah ketika tayangan filem Bukit Kepung. Kebetulan aku bapa aku seorang anggota polis dan kami dapat menonton filem ini dengan tontonan tayangan perdana bersama yang Di Pertua kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika itu yang kalau tak silap aku Saadon Jubir. (masa tu akuorang panggil Gabenor).

**** Tun Saadun Jubir adalah salah seorang pejuang kemerdekaan yang bersama2 mengasaskan KMM dan PKMM tetapi akhirnya memilih uMNO dan setelah kemerdekaan tepuk belakang antara UMNO dan British beliau telah menjadi salah seorang Menteri Kerajaan perseketuan dan apabila sudah tidak lagi di perlukan beliau telah di hantar untuk makan Free di Pulau Pinang.

Siapalah yang tak menyokong pasukan polis pada filem itu pada ketika itu, sehinggakan masih aku ingat seorang anak muda bangsa cina menyerit memaki hamun dalam panggong itu marahkan komunis yang juga berbangsa cina itu. A Rahim yang sebelum berlakon filem ini terkenal dengan watak jahat dan di benci oleh peminat hanya kerana watak jahatnya dalam filem2 telah menjadi idola penonton dalam filem ini kerana membawa watak anggota polis yang habis habisan mempertahankan balai polis Bukit Kepung sehingga pecah perutnya. Apatah lagi Jins Shamsudin yang menjadi hero pada filem ini.

Walaupun di dalam filem Bukit Kepong ini tidak di sebut nama Chin Peng tetapi motif kepada filem ini adalah mahu menunjukan kekejaman komunis dan telah di gambarkan kepada umum bahawa komunis itu adalah cina. Itulah komunis yang berjaya di sumbatkan ke dalam pemikiran penonton pada ketika itu sehingga menjadikan penonton yang membiarkan saja pemikiran mereka di belenggu dengan propaganda itu begitu marah dengan komunis dalam filem itu.

Gambar aku dengan sarjan Bukit Kepung .... Senator Jins Shamsudin

Ketika aku tinggal di asrama (Asrama sekolah gangster) seorang kawan senior dorm sebelah selalu menyanyikan lagu Chin Peng... Senikatanya masih aku ingat sampai hari ini. Antaranya begini "Chin peng Chin Peng Hero Malaya... Aaa iaya iaya oooo Komunis Bintang Tiga" bermula dari sini aku mula tahu yang Chin Peng adalah seorang pemimpin komunis yang pada masa itu masih belum aku tahu bahawa komunis itu adalah sebuah parti pertama di Tanah Melayu.

Ketika aku tinggal di asrama (Asrama sekolah gangster) seorang kawan senior dorm sebelah selalu menyanyikan lagu Chin Peng... Senikatanya masih aku ingat sampai hari ini. Antaranya begini "Chin peng Chin Peng Hero Malaya... Aaa iaya iaya oooo Komunis Bintang Tiga" bermula dari sini aku mula tahu yang Chin Peng adalah seorang pemimpin komunis yang pada masa itu masih belum aku tahu bahawa komunis itu adalah sebuah parti pertama di Tanah Melayu.

** gambar Mat saleh di sebelah ni adalah Guru Besar pertama sekolah aku... saja la boh nak habaq kat hampa aku sekolah orang putih tapi tak reti cakap orang putih... Kah kah Kah

Pendekan cerita lagi tentang aku dan Chin Peng ialah semasa aku membaca buku Rundingan Baling yang aku sudah tidak ingat lagi tulisan siapa. Di dalam buku itu telah di siarkan dialoq hari rundingan Baling antara pihak PKM dengan pihak kerjaan boneka Malaya pada ketika itu. dari situ aku mula mencari buku2 berkenaan PKM. walaupun buku itu penuh dengan propaganda penulis tetapi aku yakin dialoq antara PKM dan Kerajaan Boneka British tidak di sunting. Di situlah aku dapat rasakan keiklasan Chin peng yang mewakili PKM dalam mahu berdamai dengan kerajaan Boneka British pimpinan Tengku Abdul Rahman.

Bagi aku sebenarnya Tengku juga mempunyai keiklasan tetapi akibat pertemuan itu telah di kontrol oleh pihak British maka Tengku telah menjadi lebih British dari British. Aku dapati bahawa Tengku benar2 mahu pertemuan antara PKM dengan kerajaan Boneka British pada ketika itu menjadi kenyataan tetapi seringkali saja di bantah oleh pihak British yang menjadi Master Of Puppet kepada kerajaan boneka itu. walaupun begitu setelah Tengku tidak pernah jemu untuk memohon kepada masternya British maka pihak British akhirnya bersetuju dengan rancangan itu tetapi telah memberi beberapa syarat kepada Tengku dan syarat yang paling utama ialah Tengku tidak boleh membuat apa2 keputusan dalam perjumpaan itu. Hampa nak tau apa yang jadi pada rundingan itu? Pi cari buku baca sendiri la.. mampuih la aku nak tulis kat sini... dah pukui 2.30 pagi ni..

Begitulah hasil daripada bacaan pertama aku tentang komunis aku sudah dapat menilai siapa yang benar siapa yang kurang benar. (Sebenarnya PKM tidak pernah menidakkan perjuangan UMNO dalam menuntut kemerdekaan. inilah satu contoh jiwa yang besar. walaupun mereka mengorbankan segalanya untuk sebuah kemerdekaan tetapi sesekali tidak pernah sombong bila berhadapan dengan perkara yang benar. Sebab itu aku katakan perjuangan UMNO menuntut kemerdekaan pada ketika itu "kurang benar").

(Sebenarnya PKM tidak pernah menidakkan perjuangan UMNO dalam menuntut kemerdekaan. inilah satu contoh jiwa yang besar. walaupun mereka mengorbankan segalanya untuk sebuah kemerdekaan tetapi sesekali tidak pernah sombong bila berhadapan dengan perkara yang benar. Sebab itu aku katakan perjuangan UMNO menuntut kemerdekaan pada ketika itu "kurang benar").

***Kini aku sedang menghabiskan bacaan aku dalam bahagian ketiga Memoir Abdullah CD.

Belum sempat aku habiskan bacaan tiba2 muncul pulak cerita Chin Peng minta Maaf pada rakyat Malaysia. Lihatlah lagi betapa besarnya jiwa seorang pemimpin yang sanggup memohon maaf atas kesalahan yang yang belum pernah di adili oleh mana2 makamah di Malaysia ini. Peperangan adalah kecalaruan. cedera dan mati adalah lumrah peperangan. Menyerang dan bertahan adalah resam peperangan. Di buru dan memburu adalah adat peperangan. Oleh itu untuk meletakan kesalahan kepada satu pihak bila berlakunya kematian dan kecederaan adalah sesuatu yang tidak patut. Peperangan tidak akan terjadi jika tidak ada 2 pihak atau lebih yang berperang. Apakah andayang menuduh pihak komunis bersalah akan membuka dada menunggu musuh anda menikam anda sedangkan di tangan anda juga mempunyai senjata? Jika anda mengatakan kesalahan hasil peperangan ini hanyalah terletak kepada sebelah pihak sahaja anda patut merelakan dada anda di tikam oleh musuh anda tanpa melawan. Barulah ini di namakan kesalahan sebelah pihak. Tetapi peperangan yang di pimpin Chin peng dan rakan2nya ini adakalanya menyerang dan adakalanya di serang. Maka meletakan kesalahan di sebelah pihak adalah tidak adil. Apabila Chin peng memohon maaf maka ini menunjukan bahwa beliau adalah seorang yang cukup berjiwa besar. Sepatutnya kerajaan Malayasia @ rakyatnya juga perlu memohon maaf kepad keluarga magsa pembunuhan operasi "Kepung dan Basmi" yang di jalankan sejak dari awal darurat sehinggalah kepada terjadinya perjanjian damai di Hanyai. Jika pun tidak meminta maaf apakah salahnya jika memaafkan perkara yang telah berlaku.

Sememangnya PKM tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan semasa berlakunya perang saudara ini. Apabila segala kepandaian propaganda dan segala kecangihan peralatan tentera di gunakan untuk memburu mereka adakalanya akan pasti akan hilang pertimbangan akal. Itulah namanya manusia yang sentiasa lemah dan melakukan kesilapan. namun segalanya sepatutnya sudah berakhir apabila temeterinya perjanjian damai antara kerajaan Malaysia dan PKM. Ramai tokoh2 pejuang dalam PKM telah pergi. Rashid Maidin, shamsiah fakeh, Abu Samah dan lain2 lagi telah pergi. Begitulah juga sahabat2 seperjuangan mereka sebelumnya darurat seperti Ghafar Baba, Saadon Jubir A Samad Said, Pak Sako, Asri Hj Muda, Dr Burhanuddin, Boestamam, Asyah Ghani, Sasterawan negara Usman Awang dan lain2 telah pun pergi dan tidak akan kembali lagi. Mereka2 ini semuanya telah memilih jalan demokrasi untuk perjuangan kemerdekaan. Antara mereka mereka ada yang bersama UMNO malah ada yang telah pun menjawat jawatan no 2 dalam negara ini. Ingatlah walau antara mereka tidak mempunyai kesamaan di dalam membuat keputusan untuk meneruskanperjuangan kemerdekaan tetapi yakinlah kasih sayang antara mereka sentiasa bertaut hingga ke akhir hayat.

Oleh itu kita sebagai generasi muda yang di lahirkan dalam negara yang sudah merdeka walaupun masih terjajah pemikiran sepatutnya bersikap lebih terbuka dalam perkara ini. Kemerdekaan yang ada pada hari ini bukanlah dengan bertupuk belakang antara pemimpin UMNO dengan Orang Putih sahaja tyetapi kemerdekaan pada hari ini adalah juga hasil daripada darah, keringatdan air mata saudara2 kita yang telah memilih jalan gerila untuk menentang penjajah. Jika keputusan mereka ini untuk memilih jalan mengankat senjata sebagai satu kesalahan bagi kita maka kita juga seolah-olah mengatakan bahwa pahlawan2 melayu sejak dari kejatuhan Kerajaan melaka itu salah dan tidak boleh di maafkan kerana merekalah pejuang kemerdekaan yang pertama memilih jalah gerila untuk membebaskan Melaka dari penjajah Portugis. Dan ingatlah wahai generasiku yang masih di jajah pemikirannya bahawa pahlawan2 melayu seperti Tok Janggut, Mat kilau, Dato Bahaman, abdul Rahman Limbung, Maharaja lela dan banyak lagi telah pun mula mengankat senjata menentang British sebelum PKM mengenal apa itu senapang dan apa itu bom tangan. Apkah mereka2 itu juga hendak kita salahkan kerana menumpahkan darah membunuh orang2 melayu yang menjadi pengawal pegai british? Terpulanglah........


Siapakah yang menjadi dalang dalam peristiwa pembunuhan Tok janggut ini? tahukah anda bagaimanakah pahlawan melayu ini di bunuh? tahukah anda juga bahawa Tok Janggut di tangkap dan di siksa dalam keadaan beliau tidak mampu melawan kerana faktor usia dan tercedera. Komunis atau Askar melayu yang bunuh Tok Janggut?

2 ulasan

Chen Ping minta maaf jika ada kesilapan,

Kes Memali bagaimana?

heh...heh...heh...

Reply

Salam,

Chin Peng berjuang untuk membebaskan Malaya dari cengkaman penjajah British.

Askar dan polis Melayu berjuang bersama penjajah pada hakikatnya untuk mempertahankan pemerintahan penjajah dan mengekalkan pemerintahan penjajah.

Perjuangan siapakah yang lebih mulia?

Reply

Categories

Pengikut