berunding dengan ghafar baba

BERUNDING DENGAN GHAFAR BABA
– Abdullah C.D.

Saya mengenali Ghafar Baba ketika kami sama-sama bergerak dalam PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya). Beliau bergerak aktif dalam PKMM bahagian Melaka. Ketika saya menghadiri kongres KMM di Melaka pada tahun 1946, Ghafar Baba dan kawan-kawan PKMM Melaka menghadiahkan saya satu tongkat sebagai kenang-kenangan. Setelah PKMM diharamkan oleh penjajah, Ghafar Baba dan ramai kawan dalam PKMM memasuki UMNO untuk meneruskan perjuangan. Pada tahun 1981, Ghafar Baba dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sejak itu saya sebagai rakan seperjuangan lama selalu menghantar siaran-siaran terbitan PKMRM kepada beliau sebagai tatapan.

Pada tahun 1985, Haji Mokhtar datang berkunjung ke pangkalan Rejimen Ke-10 di Sukhirin untuk menemui kakak iparnya Abu Samah Mohd Kassim. Dalam pertemuan itu, Haji Mokhtar telah mengemukakan pendapatnya tentang menamatkan perang melalui cara ala-Baling, maksudnya menamatkan peperangan melalui perundingan damai. Berkenaan masalah itu, pimpinan Rejimen Ke-10 telah mengadakan pengkajian dan penelitian. Kami menyerahkan perkara itu kepada Abu Samah supaya membuat laporan dan minta petunjuk kepada Dewan Sentral Komiti Utara Malaya (DCCUM). Akan tetapi tiada perkembangan yang positif.

Pada bulan Jun 1985, saya mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Parti Rejimen Ke-10. Dalam mesyuarat itu, saya telah membentangkan masalah mencari cara menyelesaikan peperangan seperti cadangan yang telah dikemukakan oleh Haji Mokhtar. Saya ada cara sendiri kalau perkara itu dipersetujui iaitu menghubungi Ghafar Baba sebagai rakan seperjuangan lama. Mesyuarat sebulat suara menyetujui pandangan saya tersebut. Dengan itu, atas nama peribadi dan Rejimen Ke-10, saya mulai membuka hubungan dengan Ghafar Baba.

Surat pertama saya bertarikh 25 Jun 1986 telah dihantar kepada Ghafar Baba melalui Haji Mokhtar. Isinya agak panjang, hampir 3 muka huruf mesin taip roman di atas kertas bersaiz legal. Isi kandungannya hanyalah menyampaikan tahniah dan harapan kepada beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri atas nama rakan seperjuangan yang telah lama berpisah.

Ghafar Baba telah membalas surat itu dengan suratnya yang bertarikh 7 September 1987. Dalam suratnya Ghafar telah maju selangkah mengusulkan menghantar wakil mengadakan perjumpaan bagi mencari jalan menamatkan peperangan.

Setelah mendapat jawapan dari Ghafar Baba, saya segera membuat laporan dan memperolehi restu dari DCCUM. Lepas itu saya menghantar Majid menghubungi pegawai tentera Thai yang selalu mengadakan hubungan dengan kami. Apabila Majid memberitahu mereka bahawa kami akan mengadakan perundingan dengan pihak Malaysia, pegawai tentera Thai merasa terkejut, lantas mereka mengemukakan berbagai soalan. Majid menjelaskan satu persatu kepada mereka. Pada masa itu juga, mereka menelefon atasannya. Kesimpulannya pihak tentera Thai sudi memberikan sebesar-besar dukungan dan bantuan dan berharap perundingan itu berjaya menamatkan peperangan.

Mereka berkata, pihak tentera Ketumbukan Ke-4 sudah lama berusaha memujuk kami berunding dengan mereka secara baik-baik dan mendengar polisi pihak Ketumbukan Ke-4, akan tetapi semuanya ditolak dengan berbagai alasan. Sekarang kami bersetuju mengadakan perundingan dengan pihak Malaysia, mereka sangat gembira dan berharap akan berjaya menamatkan peperangan. Setelah itu, pihak tentera Ketumbukan Ke-4 telah mengeluarkan surat kebenaran untuk wakil kami keluar dari hutan.

Dengan kerjasama yang baik dari pihak tentera Thai, saya yakin kami boleh mengadakan perundingan dengan Ghafar Baba dan menjamin masalah keselamatan wakil-wakil saya.

Melalui perhubungan surat menyurat antara saya dan Ghafar Baba, akhirnya kami bersetuju menghantar wakil mengadakan perundingan. Ingin saya terangkan di sini bahawa perundingan ini adalah titik permulaan perundingan damai. Perundingan ini hanya mewakili saya dan Rejimen Ke-10 dengan Ghafar Baba yang mewakili kerajaan Malaysia. Selain itu juga pihak wakil tentera Thailand ikut serta dalam perundingan. Saudara Haji Mokhtar menjadi orang tengah yang mempertemukan wakil saya dan wakil Encik Ghafar.



4 ulasan

SELAMAT 20 TAHUN PERDAMAIAN

DIDOAKAN SEMUA PEJUANG KEMERDEKAAN SENTIASA DIBERKATI ALLAH

Dol

Reply

Perjanjian perdamaian itu menamatkan secara muktamad keresahan rakyat Malaysia yang sentiasa diancam ketakutan menjadi mangsa kekejaman perang gerila oleh PKM terhadap Kerajaan dan Rakyat Malaysia.Kini akhirnya selepas 20 tahun PKM meletakkan senjata secara sukarela, Chin Peng telah memohon maaf kepada rakyat Malaysia diatas perbuatan mereka keatas rakyat Malaysia.

Chin Peng yg kini tinggal dalam buangan di Bangkok,semakin menerima hakikat yg dia tidak akan dapat menunaikan hasratnya untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya diMalaysia,khabarnya akan berpindah dari bangkok ke Kampung Syukirin tetapi sudah membuat hubungan dgn kawan2 untuk membawa abu mayatnya kelak untuk disemadikan disebelah kubur ayahnya.Apa-apalah, kita lihat nanti bila masanya tiba. Sementara itu, Chin Peng tetap orang yg tidak kita kehendakki dibumi Malaysia ini. Chin Peng telah gagal dalam usahanya menubuhkan Negara Komunis diMalaya yang akan berkiblat kepada Cina Komunis di Tanah Besar Cina. Regimen 10 hanyalah alat baginya demi mencapai cita-cita itu. Regimen 10 ditubuh untuk menarik sokongan orang melayu kepada perang gerilanya.PKM membantu British melalui Tentera Bintang 3 memberikan tentangan kepada Jepun. Setelah Jepun menyerah kalah dan British kembali, PKM menentang pula British untuk mengambil Malaya sebagai Negara Taklukan Komunis. Apabila masa yang sama UMNO berjaya mendapatkan Merdeka melalui kebangkitan politik dan kejayaan mendapatkan persetujuan British, PKM menentang Kerajaan Malaysia Merdeka. Kerana Apa? Untuk Merdeka? Merdeka dari siapa? Merdeka dari rakyat untuk dijajah oleh PKM. Itu sebenarnya. Jadi kalau diikut sejarah penjajahan Tanah Melayu, jelaslah bahawa perjuangan UMNO dan rakan-rakannya yang telah memerdekakan Tanah Melayu dari penjajah. Perjuangan PKM dan unit tentera melayunya Regimen 10 adalah untuk menjajah Tanah Melayu dari tangan British kepada PKM. Siapa PKM? Tanya Chin Peng!!! Kiblat dia ialah Tanah Besar Cina dan Pemimpin dia adalah Mao Ze Dong. Allah selamatkan Tanah Melayu dan masih sayang padanya, maka itulah ditakdirkan perjuangan melayu melalui UMNO diberikan kejayaan.Allah masih sayang juga kepada anggota Regimen 10, maka di takdirkan mereka berdamai dan kembali kejalan yang benar. Sesungguhnya kita semua telah di Rahmati dan di Lindungi oleh Nya. Bersyukurlah di Kampung Syukirin!!

Reply
MAU BETUL LAGI BENAR mod

SDR PENPUSAKA,

MARI KITA TAFAKUR SEJENAK
KITA KENA MULA DARIPADA MANA ???
SAYA CADANGKAN :
DARIPADA PERJANJIAN HAADYAI DIMETERAI PKM- MALAYSIA -THAILAND

PERKARA PERKARA LALU
DAN HALATUJU SELANJUTNYA
TELAH DIPUTUSKAN
DALAM PERJANJIAN TERSEBUT !!!

Reply

saudara penpusaka, tak perlu kalau tulis panjang tapi kosong.

untuk pengetahuan saudara, PKM adalah orang malaya. Inggeris orang british. Fikirkanlah wahai si barua inggeris siapa yang menjajah siapa.

saya ad satu soalan untuk saudara jawab. Apakah cara UMNO berjuang mendapatkan kemerdekaan? dengan cara bertepuk bahu dengan Penjajah British? dengan Tunku pergi minum kopi dan isap cigar di england dengan pegawi british di sana? dengan hanya tandatangan di atas sekeping kertas dan ketawa berdekah-dekah dengan pegawai British? kenapa perkara sedemikian tidak berlaku sejak zaman tok janggut, dato bahaman, dato maharajalela?

Reply

Categories

Pengikut