berkenaan video selamat hari raya


BERKENAAN VIDEO SELAMAT HARI RAYA


Salam dan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat saudara saudari pembaca budiman.

Kami telah memaparkan 4 clip video menyambut hari raya aidiladha yang diadakan dipasukan Rejimen Ke-10 pada tahun 1985. Bagaimanapun kami mendapat tahu bahawa ada sahabat tak dapat menonton kerana network yang lemah. Oleh itu saya paparkan suara latar dan sedikit gambar tetap dari video tersebut.

Klip 1

Bulan Zulhijjah, adalah bulan umat Islam menunaikan fardhu haji di Mekah.
Selain itu, apabila tibanya 10 Zulhijjah, umat Islam di seluruh jagat menyambutnya dengan penuh khusuk dan tawadhuk.

Di hutan rimba tanah air kita, perajurit-perajurit Tentera Rakyat Malaya mengangkat senjata berjihat melawan perang warisan penjajah yang dipaksakan kaum reaksioner.
Bagaimanakah mereka di segi agama dan berhari raya?



Dasar PKM soal agama sangat jelas. Dalam TRM di bawah pimpinan PKM para komander dan perajurit mempunyai kebebasan beragama, melakukan kegiatan agama serta beramal ibadat.
Oleh itu sama seperti umat Islam lainnya, perajurit-perajurit tentera kita, khasnya Rejimen Ke-10 menyambut hari raya setiap tahun mengikut keadaannya.

Di pagi hari raya yang shahdu, kawan-kawan bertakhbir dan bertahmid serta bersembahyang sunat hari raya.


Klip 2


Setelah bersembahyang dan mendengar khutbah, kawan-kawan bersalam-salaman dan bermaa-maafan antara satu sama lain.











Kawan-kawan juga mengucapkan Selamat Hari Raya Minal Aidin Walfa Izin kepada seluruh umat Islam di tanah air termasuk para askar dan polis yang patriotik Kerajaan Kuala Lumpur.

Tentera kita berada dalam keadaan perang. Oleh sebab itu, setakat mana kawan-kawan dapat berhari raya sudah tentu dipengaruhi oleh keadaan perang. Namun berkat usaha parti dan kawan-kawan serta sokongan dan bantuan tak putus-putus daripada orang ramai, tentera kita khasnya Rejimen Ke-10 tidak ketinggalan dalam menyambut hari raya setiap tahun.

Sempena menyambut hari raya aidil adha yang mulia 10 Zulhijjah tahun ini, kawan-kawan amat gembira kerana mereka dapat berkorban dengan menyembelih lembu.

Pada malam hari raya, kawan-kawan mendengar perutusan khas Hari Raya Aidiladha daripada Kawan Abdullah C.D. yang disiarkan melalui Suara Demokrasi Malaya. Dalam perutusan itu, Kawan Abdullah C.D. menyampaikan salam dan mengucapkan selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam di tanah air serta menyeru mereka agar bersatulah melawan kemunafikan kaum berkuasa reaksioner Negara kita

Klip 3:












Sempena Hari Raya Aidiladha kawan-kawan sibuk membuat persiapan-persiapan yang yang perlu, membelah dan memesin kelapa, membuat lemang, ketupat, kuih muih serta lauk pauk dan lain2 lagi.

Tentera kita mempunyai 3 tugas utama, berperang, menyusun orang ramai serta melakukan kerja produksi, iaitu bercucuk tanam dan berternak, termasuk mencari buah-buahan hutan.











Bercucuk tanam dan berternak mendatangkan banyak faedah kerana ia menjamin tentera kita boleh berdikari di segi perbekalan. Tentera kita dapat memecahkan berbagai kesukaran dengan bersandar pada pengalaman-pengalaman yang dihimpunnya selama puluhan tahun, bersandar pada bantuan orang ramai serta usaha-usaha berdikari kawan-kawan sendiri.










Berkat usaha berdikari tentera kita, apabila tiba hari raya, kawan-kawan bukan saja dapat menikmati sayur mayur bahkan dapat menyembelih ayam dan itik serta menikmati telur merah dan lain-lain.

Klip 4











Berkorban dan bersembahyang selesailah sudah. Untuk memeriahkah lagi suasana hari raya kali ini, pada sebelah malamnya, kawan-kawan mengadakan pula majlis kesenian. Selain mendeklamasikan sajak dan berkhasidah terdapat juga persembahan lagu-lagu nasyid daripada kumpulan nasyid pasukan.


1 ulasan:

SELAMAT HARI RAYA KORBAN
SELAMAT ULANGTAHUN 20 PERDAMAIAN

Buat rakan seperjuangan yang berada di Sukhirin, di Balok, Kabang dan di mana jua mereka berada.

Teristimewa ku doakan semoga kawan pimpinan kita iaitu Kawan Maju (Abdullah C.D.) Kawan Merah (Ibu Suriani), Kawan Semangat (Ketua Kampung), Kawan Sukur, Kawan Rahim, Kawan Hatta, Kawan Waiming, Kawan Tun Minah, Kawan Tun Tabah, Kawan Asmat, Kawan Tuah (Mat Amin) dan kawan-kawan bekas perajurit lainnya sentiasa mendapat rahmat Allah dan dikurniakan kesejahteraan.

Salam dariku

Reply

Categories

Pengikut