Jumaat, 9 Oktober 2009

pandangan marxis tentang agama

PANDANGAN MARXIS
TENTANG AGAMA
(Pacar Merah, 1 Oktober 2009)

Untuk memahami pandangan Marxis tentang agama, ada baiknya kita melihat pandangan 3 orang tokoh: Karl Marx, Engels dan Stalin, walaupun di sini tentunya secara sepintas lalu saja.

Marx memang pernah mengatakan dalam karyanya Toward the Critique of Hegel's Philosophy of Right, yang ditulisnya pada tahun 1844, bahawa "agama itu adalah candu rakyat". Ini ialah pendapat Marx muda.

Pendapat yang demikian dipercayai lahir dari pengalaman Marx yang melihat pemimpin dan institusi agama Kristian di Eropah sebagai sebahagian daripada oligarki yang menindas rakyat.

Pemimpin agama itu bukan saja merupakan penyokong kepada para penguasa, tetapi juga menguasai pemikiran rakyat supaya pasrah terhadap keadaan mereka yang tertindas, dan mempercayai bahawa mereka akan memperoleh kemakmuran selepas kematian berasaskan janji bahawa kebahagian itu ada di syurga.

Dalam keadaan demikian, rakyat menjadi pasif dan tidak mahu mengubah keadaan mereka yang buruk itu dengan berjuang untuk menciptakan nasib yang baik dengan kekuatan mereka sendiri.

Itulah sebabnya Marx menganggap agama sebagai candu rakyat.

Pandangan Marx tentang agama beralih dari ruang falsafah ke ruang sosial dalam karyanya yang kemudian, German Ideology (1846), apabila ia menyatakan bahawa agama adalah satu ideologi yang dibentuk oleh pengeluaran material dan mempunyai kaitan yang rapat dengan hubungan sosial yang ada dalam masyarakat.

Pandangan yang lebih progresif dan berasaskan sejarah tentang agama dikembangkan oleh Engels yang melihat adanya kesejajaran antara agama Kristian primitif dengan sosialisme moden. Engels melihat persamaan dalam pola penyokong gerakan, iaitu kedua-duanya menggunakan agama sebagai alat perjuangan golongan tertindas dan teraniaya untuk membebaskan manusia dari keadaan mereka yang tertindas. Cuma perbezaannya ialah Kristian primitif mengharapkan pembebasan dari penindasan itu akan tercapai dalam kehidupan di akhirat kelak, sementara sosialisme mahu pembebasan itu tercapai di dunia ini juga.

Mengenai Lenin yang dianggap sebagai Bapak Revolusi Kaum Sosialis, dalam karyanya Sosialisme dan Agama, ia bersikap tidak lebih daripada sebagai seorang sekular. Secara politik Lenin menolak hubungan agama dengan kekuasaan negara, tapi ia dapat menerima agama sebagai aktiviti atau urusan peribadi.

Dengan perkataan lain, Lenin tidak menolak cara hidup beragama, sekiranya ia merupakan urusan peribadi saja, dan tidak melibatkan urusan negara.

Bagi Lenin, surga itu sendiri harus diciptakan di dunia yang nyata ini, bukan di dunia lain.

"Persatuan dalam perjuangan revolusioner yang sesungguhnya dari kelas kaum tertindas untuk mencipta sebuah surgaloka di bumi lebih penting bagi kita berbanding dengan kesatuan pendapat kaum proletar di taman firdaus syurga,"ujar Lenin.

Pendapat Lenin ini tentu harus difahami dalam konteks pengalaman Russia dengan pemimpin Kristian Ortodoks yang sejak lama menjadi bahagian daripada oligarki Tsar dan feodalisme di kawasan desa Russia.

Dengan perkataan lain, sama seperti Marx, Lenin melihat pemimpin agama sebagai sebahagian daripada pihak penguasa atau pemerintah yang menindas rakyat. Dan dalam keadaan hidup tertindas itu, agama mengajar mereka supaya pasrah kerana dikatakan kebahagian sebenar ada di dunia lain, dan bukan di dunia yang nyata ini.

Jika demikian, bukankah agama itu telah menjadi candu rakyat?

artikel asal

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

agama yg mengajar manusia supaya pasrah kerana dikatakan kebahagian sebenar ada di dunia lain, dan bukan di dunia yang nyata ini

agama itu dilabel candu rakyat

agama yg mengajar manusia supaya bangkit mempertahan diri dan hak mereka yg tertindas menyuruh kepada makruf dan mencegah mungkar, dunia ini adalah jambatan ke dunia yg lain,

agama itu pulak dilabel agama para terorist, fundamentalist, extremist

mari sama-sama fikir-fikirkan

antara label-label manusia dan hakikat agama yg sebenar

CYC berkata...

Hakikatnya ialah kami masing masing bertanggungjawab terhadap kesepurnaan hidup di dunia yang nyata ini dan didunia lain kelak. Kesemua ini ditentukan oleh tingkah laku harian dan keikhlasn serta kemurnian fikiran/keinginan sebab kesemua ini akan sama sama membentuk sifat dan haluan masyarakat. Agama itu adalah sesuatu yang menghubungi peribadi dengan Tuhan yang sewajarnya tanpa dipengaruhi kuasa luar.

Pak, nampaknya para komunis lebih memahami lumrah dunia ini dari para politikus kini yang hanya hebat berpropanda sahaja. Fikiran dan fahaman ideologi politik atau sosilisme begitu cetek dan kolot sekali.

Tanpa Nama berkata...

Hari ini, UMNO - BN yang memerintah walaupun bercorak sekular, tetapi tetap menggunakan agama sebagai alat untuk menyekat kemajuan masyarakat, mengekang minda rakyat dan menekan perjuangan rakyat untuk keadilan.

Banyak institusi agama didirikan di bawah pentadbiran kerajaan untuk memesongkan minda rakyat. Di institusi2 ini berkhidmatlah pakar2 agama upahan untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat dalam masalah agama

Aku lihat memang tepat sekali pejuang Melayu mendirikan Rejimen Ke-10 untuk melancarkan perang terhadap penjajah British kerana ini adalah perintah Allah yang sudah diterangkan dalam Al-Quran.

Mat Indera memilih jalan perjuangan bersenjata
menentang penjajah British kerana kerana dia benar-benar dapat memahami perintah Allah.

Manakala pakar2 agama yang dapat menghafal ayat2 Al-Quran menyorokkan diri di saat2 tanah air memerlukan pengorbanannya. Malah membuntuti kaum penjajah atau penyokong penjajah.

Di sini memang amat jelas agama telah dipergunakan oleh kaum penjajah melalui tali barutnya para pemimpin UMNO. Tali barut ini tidak menentang penjajah yang merompak kekayaan tanah air, menzalimi rakyat dan melancarkan perang terhadap rakyat yang tegas menentang penjajahan.

PAS juga pada mulanya bersama puak penyokong penjajah dalam UMNO. Akan tetapi PAS telah berjaya di bawa ke haluan kiri setelah Dr. Burhanuddin menjadi pemimpinnya.

REJIMEN KE-10 TRM