askar patriotik menyokong perjuangan kemerdekaan

ASKAR PATRIOTIK MENYOKONG

PERJUANGAN KEMERDEKAAN


Dalam perjuangan bersenjata menentang penjajah British, Rejimen Ke-10 tidak hanya mendapat sokongan sekuat tenaga dari massa rakyat, tetapi juga mendapat sokongan dan kerjasama dari askar dan pasukan kawalan kampung yang patriotik. Mereka mencintai tanah air dan membenci penjajah British. Dalam tahun-tahun 1948 – 1953, askar patriotik dan pasukan kawalan kampung yang didirikan penjajah memberikan sokongan kepada Rejimen Ke-10.


  1. Masa awal Darurat, Abdullah C.D. ketika menyusun lasykar rakyat di Benta pernah menghubungi askar patriotik yang bertugas di Estet Kinta. Mereka bersedia melakukan pemberontakan terhadap dan menyertai perjuangan bersenjata. Akan tetapi rancangan itu tak berjaya kerana AbdullahC.D. ditangkap.

  1. Serangan ke atas Tekai Estet pada 7 November 1948 mendapat kerjasama dari SC patriotik. Seorang SC bernama Bakar telah melukis plan perkubuannya kepada Pasukan Asas, kemudian menghubungi rakan-rakannya yang untuk menyerahkan semua senjata mereka. Beberapa orang SC patriotik ikut serta dalam perjuangan menentang penjajah Brtish bersama Rejimen Ke-10.

  1. Pertempuran menyerang Tekai Estet pada 15 November 1948 juga mendapat kerjasama dari SC patriotik. Mereka menyerahkan semua senjata tanpa melalui tumpah darah.

  1. Setelah penubuhan Rejimen Ke-10 diisytiharkan, penjajah British menghantar 2 kali Rejimen Askar Melayu ke Temerloh. Akan tetapi mereka telah disusun oleh BB, adik Manap Jepun sehingga mereka memberikan kerjasama kepada Rejimen Ke-10.

  1. Ketika melakukan rondaan di hutan, mereka membuat kesan-kesan atau tanda-tanda supaya mudah dikenali oleh Rejimen Ke-10. Sebab itu pertempuran jarang berlaku dengan mereka.

  1. Kebanyakan askar Melayu yang diorganais pandai menyanyi lagu Barisan Gerila Malaya.

  1. Pasukan kawalan kampung yang didirikan penjajah British di Kampung Tanjung Lalang dan Kampung Bukit Pak Silat Temerloh memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Rejimen Ke-10. Di malam hari, regu penyusun massa Rejimen Ke-10 boleh masuk ke dalam kampung kurungan mengadakan berbagai aktiviti massa seperti perhimpunan, perayaan dan lain-lain. Uniform tentera pembebasan dijahit di dalam kampung berkurung tersebut. Keselamatan regu penyusun massa Rejimen Ke-10 dijaga sepenuhnya oleh pasukan kawalan kampung.

  1. Askar Melayu patriotik membantu Rejimen Ke-10 membeli peralatan militer, ada antara mereka mendermakan peluru dan bom tangan kepada pasukan.

  1. Regu-regu askar patriotik selalu datang berhubung dengan unit penyusun massa Rejimen Ke-10. Mereka memberikan maklumat dan lain-lain bantuan.

  1. Ketika Rejimen Ke-10 berpangkalan di kawasan Weang, kawasan sempadan Kelantan - Narathiwat, satu platun askar Melayu lengkap dengan senjata mahu menyertai Rejimen Ke-10. Akan tetapi, Musa Ahmad tidak bersetuju menerima mereka dengan alasan “melanggar polisi parti”.

Categories

Pengikut