Putera Sejati Tanah Air



1 September 2006, seorang putera sejati tanah air telah meninggalkan kita, kembali menemui Allah Yang Maha Esa. Beliau adalah Rashid Maidin, seorang pemimpin Rejimen Ke-10 TRM. Beliau pergi dengan tenang setelah menyaksikan 49 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Berikut adalah surat belasungkawa dari Abdullah C.D., Suriani Abdullah dan Abu Samah Moh. Kassim:

Sekalung Al Fatihah

1 September 2006 kita kehilangan seorang putera besar pejuang kemerdekaan bangsa dan tanah air Allahyarham Haji Rashid Maidin. Beliau pulang ke rahmatullah pada pukul 9.45 pagi dalam usia 89 tahun.

Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang. Pemergian Allahyarham telah meninggalkan suatu catatan sejarah besar bangsa Melayu dalam perjuangan anti-kolonial demi kemerdekaan bangsa dan tanah air. Seluruh jiwa raga beliau telah disumbangkan untuk usaha agung tersebut. Nama beliau sejajar dengan pahlawan terbilang bangsa kita seperti Datok Maharajelela dan Sagor di Perak, Datok Bahaman dan Mat Kilau di Pahang dan lain-lain. Sejarah sudah pasti akan mencatatkan bahawa kemerdekaan yang kita rayakan pada 31 Ogos semalam, diselit dengan pengorbanan beliau yang suci.

Kami menyeru kepada generasi baru supaya tidak lupa akan perjuangan dan pengorbanan Allahyarham Haji Rashid dalam perjuangan untuk kemerdekaan dan pembebasan tanah air.

Marilah kita menadah tangan berdoa ke hadrat Allah Taala memohon keampunan semoga roh Allahyarham diletakkan di golongan orang-orang yang dikasihi Allah.

Hj.Abdullah C.D.

Hjh. Suriani Abdullah

Hj. Abu Samah Mohd. Kassim

1.9.2006


Untuk mengenangi pemergian beliau, bahagian arkib Muzium Sejarah, Kampung Perdamaian Sukhirin telah menerbitkan sebuah Video bertajuk PUTERA SEJATI TANAH AIR.

Di sini, kami paparkan 4 klip petikan daripada video tersebut untuk dikungsi dengan semua.










Categories

Pengikut