Masjid Darul Aman

MASJID DARUL AMAN


Masjid Darul Aman

Masjid Darul Aman berasal dari Madrasah Darul Aman, didirikan pada penghujung tahun 1989, setelah perundingan tingkat tinggi 3 pihak mencapai 2 persetujuan bersama iaitu persetujuan antara Kerajaan Malaysia dengan PKM dan persetujuan antara Kerajaan Diraja Thailand dengan PKM. Ketika itu ketiga-tiga pihak sedang membuat draf perjanjian bersama. Selepas penandatanganan damai Haadyai, Abdullah C.D. mengutus Ibrahim Chik mengetuai satu rombongan menemui Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat memohon kebenaran rasmi bagi mendirikan solat Jumaat dan lain-lain aktiviti agama di Madrasah tersebut.


Madrasah Darul Aman


Sesuai dengan kedudukan sebagai sebuah kampung yang mantap. Madrasah ini telah dinaik taraf menjadi masjid. Sebuah bangunan baru masjid didirikan atas sumbangan berbagai pihak terutamanya kerajaan Diraja Thailand melalui Institute Pengkajian Chulabhorn, Badan Pimpinan Rejimen Ke-10, seluruh penduduk kampung dan massa rakyat dari berbagai tempat termasuk di Thailand dan Malaysia.


Pada tahun 1998 Masjid Darul Aman dibuka dengan rasminya dengan disaksikan oleh wakil dari berbagai pihak, terutamanya wakil dari pihak kerajaan Thailand dan wakil Majlis Agama wilayah Narathiwat.


Kini, walaupun bangunan masjid ini tidak sempurna sepenuhnya, tetapi ia boleh menampung seluruh anggota kampung untuk beramal ibadat. Sebuah Jawatankuasa Masjid telah didirikan untuk mengurus berbagai hal ehwal agama dalam Kampung Perdamaian Sukhirin.


Di samping itu, sebuah sekolah tadika dengan nama Madrasah Darul Aman diwujudkan untuk memberikan pendidikan agama, akhlak dan lain-lain kepada anak-anak generai baru. Guru-guru dipilih dari siswa yang mempunyai kelulusan tertentu dan disahkah oleh Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat. Pembinaan bangunan sekolah ini dibiayai sepenuhnya oleh Pimpinan kehormat Kampung yang terdiri dari Abdullah C.D., Suriani Abdullah, Abu Samah Mohd Kassim (Allahyarham) dan Abdullah Sudin (Allahyarham).



Sekolah tadika yang juga dinamakan Madrasah Darul Aman
untuk mengasuh pengetahuan agama dan akhlak
amak-anak generasi baru

5 ulasan

Salam Hari Raya Aidilfitri, dengan ingatan tulus ikhlas,maaf zahir dan batin dari saya,

zainalabidinahmad
pusaka bangsa merdeka

Reply

Bro,
Gua nak ajak lu dtg lepak blog gua.Rilek rilek beb.

Selambe..

Reply

Salam,

Kewujudan masjid ini saya kira penting sebagai lambang dan juga bukti bahawa "komunis Melayu" sebenarnya tidak anti-agama dan tidak anti-Islam, malah mereka tetap Islam, sekalipun mereka jadi ahli PKM dan jadi gerila PKM.

Reply

Lia, setuju kerana tak silap
pembacaan saya, sekali sesiapa sudah mengucap dua kalimah syahadah dia kekal Islam kecuali dia melafazkan keluar Islam atau Murtad. Namun dlm Islam ada tahap2 dan tindak tanduk yg bawa dosa, kufur, munafik, murtad dan sebagainya. Tentang pejuang PKM yg beragama Islam ini, eloklah sekarang mereka sudah tinggalkan fahaman komunis yg jelas doktrinnya tidak percaya adanya tuhan, jadi selama mereka berada didalam komunis, kita doakanlah kebaikan untuk mereka dan taubat yg dilakukan hanya Allah yg Maha Mengampun yg Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Kalau komen saya kurang tepat atau salah, mungkin ada Ustaz yg berilmu boleh membetulkan kita.

Reply

Salam buat saudaraku PenPusaka,

Berpandulah kita kepada Al-Quran, janganlah kita mendengar kata-kata dari pihak penjajah.

“Dan janganlah mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati – semua itu ditanya”. (Q17:36)

“Wahai orang-orang yang percaya, jika orang fasiq datang kepada kamu dengan satu berita, maka telitilah supaya kamu tidak menimpa satu kaum dalam kejahilan, dan kemudian menjadi menyesal daripada apa yang kamu buat”. (Q49:6)

Tok Jahil

Reply

Categories

Pengikut