Maaf Zahir Batin

MAAF ZAHIR BATIN


Assalamualaikum,

Bersempena menyambut hari lebaran – Hari Raya Aidil Fitri tahun ini, saya bagi pihak KINI DAN SILAM menyampaikan Salam dan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada rakan-rakan bloger yang banyak memberikan bantuan teknikal terutama dalam bidang membina laman web.

Juga tak lupa kepada pembaca sekalian baik yang “pro” atau “kontra” yang pernah menghangatkan KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN – KINI DAN SILAM dengan dialog-dailog panas beranika warna.

Kepada semua, saya menyusun jari sepuluh memohon ampun maaf atas apa saja keterlanjuran, terkasar dan sebagainya.

Bersempena hari yang mulia ini, marilah kita rapatkan silatul rahim antara kita, bermaaf-maafan antara satu sama lain semoga hidup kita sentiasa diberkati Allah Yang Maha Esa.

Yang Ikhlas

Mat Amin

5 ulasan

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pak mat Amim sekeluarga dan warga penduduk Kampung Perdamaian Shukirin. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada pakcik sekeluarga dan semua orang kampung sepanjang tahun

Reply

Kpd K. Maju, Makcik dan seluruh kawan2 di Kg Perdamaian Sukhirin,

Kepada pimpinan dan kawan2
Tekad teguh bersatu hati
Walaupun kita tinggal berjauhan
Jasa kalian dikenang abadi.

Hari Raya menjelang tiba
Ampun dan maaf juga dipinta
Harap kawan-kawan sihat gembira
Membina kampung halaman & hari depan keluarga.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

Drpd bekas perajurit

Reply

Salam Aidilfitri untuk Pak Amin dan bekas-bekas perajurit kemerdekaan di sana...semoga sihat & sentiasa di dalam keberkatan...

Reply

Salam aidilfitri buat Pak Amin dan rakan-rakan....

teruskan perjuangan...dari Ratna

Reply

Salam Idul Fitri kepada saudara MatAmin dan keluarga seluruh pejuang kemerdekaan yang berada di Selatan Thai..

Semoga anda semua dirahmati Allah s.w.t...aminn

Reply

Categories

Pengikut