Kampung Perdamaian

KAMPUNG PERDAMAIAN

Sebagai menunaikan tanggungjawabnya yang termaktub dalam perjanjian perdamaian yang ditandatangani 3 pihak di Haadyai pada 2 Disember 1989, Kerajaan Diraja Thailand melalui Ketumbukan Ke-4 telah memperuntukkan perbelanjaan mendirikan 4 buah kampung perdamaian untuk bekas Tentera Rakyat Malaya. Difahamkan bahawa belanjawan ini diambil dari belanjawan perang melawan gerila TRM.

Pada awalnya pihak bekas perajurit menamakan kampung-kampung ini sebagai Kampung Perdamaian 1, 2, 3 dan 4. Akan tetapi pihak tentera Thai menamakannya sebagai Ban Rattanakiti 1,2,3,dan 4. Pada tahun 1993 4 buah kampung perdamaian ini secara rasmi dimasukkan dalam projek pembangunan Chulabhorn. Dengan itu keempat-empat kampung ini diberi nama baru Ban Chulabhorn Patana 9, 10, 11 dan 12.

Bagi menyempurnakan rancangan membangun kampung dan kehidupan baru untuk bekas perajurit TRM, satu unit yang diberi nama Unit Penghubung telah dihantar ke 4 buah kampung tersebut, memastikan semua perkara berkenaan pembangunan kampung dan bantuan kepada bekas perajurit berjalan lancar. Di samping itu satu unit pasukan meriam dari Tentera Diraja Thailand juga dihantar di tiap-tiap kampung untuk mengukur kawasan tanah tapak rumah dan tanah untuk bercucuk tanam.


Kapten Pricha Salipol dari Unit Penghubung
Ketumbukan Ke-4 yang berpakaian uniform TRM
menyampaikan ucapan terima kasih di majlis
menyambut kedatangan mereka

Berkat kerjasama kedua-dua pihak - bekas perajurit TRM dan Tentera Diraja Thailand, semua pekerjaan berjalan dengan baik dan terbentuklah 4 buah kampung perdamaian di Selatan Thai :

Kampung Perdamaian 1@Ban Rattanakiti 1 @ Ban Chulabhorn Patana 9 di Banlang, Daerah Banang Star Yala, untuk bekas perajurit Cina;

Kampung Perdamaian 2 @ Ban Rattanakitti 2 @ Ban Chulabhorn Patana 10 di Amphor Betong, Wilayah Yala untuk bekas perajurit Cina;

Kampung Perdamaian 3 @ Ban Rattanakiti 3 @ Ban Chulabhorn Patana 11 di Amphor Kabang, Wilayah Yala, untuk bekas perajurit Melayu;

Kampung Perdamaian 4 @ Ban Rattanakiti 4 @ Ban Chulabhorn Patana 12 di Amphor Sukhirin, Wilayah Narathiwat, untuk bekas perajurit Melayu.


jalan tanah merah untuk kemudahan
perhubungan dengan luar sedang dibina


rumah untuk bekas perajurit mula dibina

2 ulasan

ikut kaum jgk kg tu

Reply
AhliNujumNegara mod

Ya yang penting
Kerajaan Thailand
Menunaikan janji
Mengikut perjanjian
Haadyai 1989 !!!

Pihak Malaysia
"Bikin Dailog Sendiri"
Dun Perak
Royalti Minyak
Terengganu/Kelantan
Perjanjian Haadyai 1989 !!!

Reply

Categories

Pengikut