generasi baru era perdamaian

GENERASI BARU ERA PERDAMAIAN


Abdullah C.D. menyampaikan hadiah kepada anak-anak

yang mencapai kejayaan dalam sukan


Memupuk generasi baru yang berakhlak mulia dan berpendidikan merupakan tugas berat warga Kampung Perdamaian Sukhirin. Sejumlah anak generasi pertama sudahpun menuntut di beberapa universiti manakala sejumlah besar sedang menuntut di sekolah menengah luar kampung. Anak yang berumur di bawah 12 tahun masih menerima pendidikan di sekolah dasar yang dibangunkan di kampung perdamaian.


Untuk memberi bimbingan dan ilmu yang kukuh kepada anak-anak, dalam Kampung Perdamaian Sukhirin telah didirikan 4 jenis sekolah:


  1. pusat asuhan kanak-kanak khusus untuk anak-anak 3 – 5 tahun. Sekolah ini disediakan oleh pihak kerajaan, peralatan sekolah dan makan minum disediakan secara percuma.

  1. Kelas Pra Sekolah khusus untuk anak-anak berusia 5 – 6 tahun, dikelola oleh pihak sekolah dasar Kampung Perdamaian sebagai kelas tambahan persiapan memasuki darjah 1. Makan minum dan buku2 disediakan secara percuma.

  1. Sekolah Tadika – khusus mengajar asas agama, bahasa Arab dan bahasa Melayu untuk anak-anak dari 7 - 12 tahun. Sekolah ini menyediakan pelajaran sehingga kelas 5 bahasa Arab. Guru-guru di gaji oleh Majlis Agama Islam manakala bangunan sekolah ditanggung oleh pihak kampung atau jawatankuasa masjid.

  1. Sekolah Dasar disediakan oleh pihak kerajaan dari kelas 1 – kelas 6 dengan bahasa Thai sebagai bahasa Pengantar. Peralatan sekolah termasuk buku dan makanan disediakan secara percuma. Anak-anak yang tamat sekolah ini akan menyambung pelajaran di Sekolah menengah di luar kampung. Di sekolah ini disediakan seorang Ustaz yang khusus mengajar mata pelajaran agama Islam serta sebuah surau untuk anak-anak belajar sembahyang dan lain-lain berkaitan agama Islam.



bangunan sekolah dasar

Anak-anak kelas 6 bergambar sebagai kenang-kenangan



bangunan pusat asuhan kanak-kanak



wajah anak-anak di pusat asuhan kanak-kanak

sekolah tadika (Madrasah Darul Aman)


kanak-kanak dari sekolah tadika

Categories

Pengikut