emel pembaca

EMEL PEMBACA

RE: [xxx] Re: sejarah‏
From:  xxx (xxx@yahoo.com)
Sent: Saturday, 12 Sep, 2009 8: 28 PM
To:  Mat Amin (matamin48@live.com)
as,kum

terima kasih atas kesudian sdr memberi respon atas email
saya berbesar hati jika saya dapat lagi maklumat mengenai pejuang kemerdekaan

--- On Fri, 9/11/09, Mat Amin wrote:

From: Mat Amin
Subject: RE: [xxx] Re: sejarah
To: xxx@yahoo.com
Date: Friday, September 11, 2009, 3:50 PM
Alaikumussalam,

Sdr xxx (maaf kalau silap sdr/sdri)

Berbanyak terima kasih kerana sudi meluangkan masa melihat blog saya dan berkongsi pandangan di sini.

Syabas saya ucapkan, saudara sebenarnya telah cuba keluar dari kongkogan minda penjajahan. Kerana hari ini minda penjajahan masih kuat mencengkam generasi kita, sudah pasti saudara akan menghadapi ujian2 tertentu. 


Blog saya, atas dukungan kawan-kawan bekas kader dan perajurit yang lain dan bantuan anak-anak muda blogger cuba memaparkan apa yang kami alami, yang telah disembunyikan dari pengetahuan umum dan untuk menyanggah fakta2 yang telah dikelirukan oleh kaum penjajah.

Malang sekali, sehingga hari ini, 50 tahun lebih negara kita merdeka, dan 20 tahun peperangan ditamatkan, kita masih dilebenggu oleh momokan "komunis" yang dikatakan amat kejam itu.

Pengganas sebenarnya adalah penjajah. Tak ada penjajah yang berhati mulia. Di zaman moden pun begitu, lihat Iran , Afghanistan dan Palestin sebagai contoh. Di Malaya (kini Malaysia ) pun sama saja. Sesiapa yang berjuang menentang penjajah akan dicap pengganas. Kerana itulah PKM telah dimomokkan. Dan dalam hal ini agama telah dijadikan "candu" untuk memomokkan PKM. Menggunakan agama, semua orang terhibur dan menerima bulat2 propaganda penjajah, walaupun yang disanjung sebagai ulama. Dalam hal ini sasaran sebenar penjajah bukan komunis, tetapi yang berjuang untuk kemerdekaan. Cuba kita lihat kenyataan sebenarnya. Semua yang berjuang untuk kemerdekaan diharamkan, bukan PKM sahaja. Jadi perkataan komunis itu hanya sebagai momokan.

Sungguh aneh bin ajaib, mengapa sehingga hari ini kita harus dengar propadanda yang diucapkan oleh penjajah. Kita lihat saja Dr. Burhanuddin, seorang ulama yang progresif dan berpandangan jauh. Kalau PKM itu benar2 pengganas mengapa beliau boleh bekerjasama, begitu juga dengan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Walau apapun, kami berasa amat gembira melihat anak-anak muda hari ini telah mula keluar dari tempurung sempit minda penjajahan. Sedikit fakta yang dibentangkan dalam blog KINI DAN SILAM diharap dapat membantu anak-anak muda kita membuat penilai sejarah yang lebih seimbang.

Salam

Mat Amin

(memandangkan perbincangan di sini amat menarik, saya bercadang untuk menerbitkan perbincangan ini diblog Kini Dan Silam. Tapi untuk keselamatan semua, nama dan  alamat emel akan dipadamkan)
________________________________________
Date: Thu, 10 Sep 2009 21:46:05 -0700
From: xxx@yahoo.com
Subject: Fw: [xxx] Re: sejarah
To: matamin48@live.com
as,kum
terimakasih kepada saudara tak tahu sama ada bapak atau berpangkat datuk kepada saya. namun sedikit fakta yang saya ambil dari blog anda dan saya fowardkan saya dapat ia sungguh menari sampaikan ada yang menyatakan saya kominis dan tiada agama
sesunnguhnya sedikit fakta yang saya ambil hanyalah untuk mengingatkan kita ada fakta dan sekarang yang kita lupakan
saya juga melihat apa mereka masih mengikut cara penjajah . sekiranya kita tak sehaluan kita di cap pengkianat. Dan saya lihat dimana presidan  nuj (kesatuan sekerja utusan malaysia) dibuang kerja dan dituduh mengkianati majikan hanya mebuat laporan kpd sprm tentang harga tiang gol yang terlalu tinngi
saya telah terima hemtaman yang bergitu banyak tetapi dalam masa yang sama mereka membaca apa yang saya fakta keluar. saya rasa mereka hanya yesman walau dikala tanah orang melayu digadai dengan harga rm3 dan di jual rm 25 tetapi sekarang pkfz kerugian 4.6 b mereka masih kata yes. dan tak boleh kita nak pertikaikan
saya berharap kita dapat bersama-sama meyedarkan rakyat tetang pengkianat yang sebenar. mereka yang mempunyai kuasa dan meropak harta rakyat
sampai kan salam saya kepada penduduk kampung pendamaian sukirin

--- On Thu, 9/10/09, xxx wrote:

From: xxx
Subject: [xxx] Re: sejarah
To: xxx@yxxxroups.com
Date: Thursday, September 10, 2009, 6:39 PM

Salam Uncle,

Senang saja... Cuba kita kira berapa askar dan rakyat Melayu yang dibunuh komunis...

Lepas tu kita tanya keluarga para perajurit yang terbunuh itu... Apa perasaan mereka...

Tak perlu nak debat panjang lebar...

Dalam memoir Chin Peng ataupun Abdullah CD ataupun Rashid Mydin... Rasanya tak ada pun mereka mohon maaf atas segala kekejaman dan pembunuhan yang mereka lakukan...

Pernah tak Chin Peng mohon maaf secara terbuka kepada semua keluarga perajurit yang terkorban??? Pernah tak?

--- In xxx@xxxroup s.com, xxx wrote:
>
> Assalamualaikum Semua,
>
> Izinkan saya mencelah sedikit untuk membetulkan sedikit catatan sejarah di zaman Pemerintahan Jepun diantara tahun-tahun 1942-1945 dan selepas British mungundurkan diri dan ketika di dalam zaman Pemerintahan BMA (British Malaya Administration) .Â
>
> Zaman itu era semangat orang Melayu dibakar dan sedang berkobar-kobar dengan keinginan untuk bebas dari cengkaman penjajah British.
>
> Jepunlah yang telah membakar semangat Melayu dengan melaung-laungkan kata-kata "Asia untuk Orang-orang Asia".
>
> (Dalam hal ini sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut ada seorang wanita, kini berusia lebih 80 tahun, yang pernah di bawa Jepun ke negarinya dan dijadikan "anak angkat" kepada mantan suku sakat raja Jepun kumpulan Shiogun ketika itu yang kini bermastautin di Kuantan. Beliau isteri kepada seorang doktor yang berasal dari Singapura. Aruwah abang beliau juga seorang doktor kelulusan University of Tokyo).
>
> Ramai anak-anak Melayu di Semanjung dan Singapura yang telah dilatih sebagai askar atau tentera dan tentera simpanannya, sebagai Ghiougun dam Hei Ho (?).
>
> Tidak kurang juga ramainya para intelek Melayu ketika itu yang telah dilatih di dalam beberapa "maktab" mereka yang dikenal sebagai Koa Korinsyo, di Melaka dan Singapura (yang dikenal sebagai Syonan-to)..
>
> Para propagandist Jepun memberitahu para pelajar ini bahawa mereka adalah dari golongan yang "terpilih" dan mempunyai kecerdasan otak/minda, kalau tidak sama, lebih baik daripada orang-orang British yang menjajah mereka. Hanya mereka tidak punya peluang untuk memerintah negara sendiri.
>
> Diantara para pelajar tersbut,  termasuklah Allahyarham Tan Sri Muhammad Yaacob , yang  meninggal dunia baru-baru ini dan Tan Sri Mohd Ghazali Shafie (Mantan Menteri Penerangan dan Menteri Dalam Negeri),  Allahyarham Tun Ghafar Baba (?) mantan TPM, (xxxxx), Haji Mohd Akbar dan Haji Salleh Haji Ahmad, yang pernah menceritakan hal ini kepada saya semasa hayatnya. (Al-Fateha untuk mereka yang telah pergi).
>
> Ramai lagi nama-nama yang telah disebut aruwah abang saya, yang saya tidak berapa ingat. Ramai juga yang kini dah jadi aruwah.
>
> Saya pernah membawa (xxx), Haji Salleh bertemu dengan Tan Sri Muhamad Yacab ketika Tan Sri memegang jawatan sebagai Speaker Parlimen dulu.Â
>
> Di masa yang sama, ketika itu berbagai jenis "Parti" dan kumpulan "pembebasan" negara telah ditubuhkan
>
> Maka terdapatlah sebuah Parti politik marhean sayap kiri Melayu yang terbesar iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang sayap pemudanya dikenal sebagai API (dipimpin oleh Allahyarham Ahmad Boestamam, ayah kepada Allahyarham Sdr Rustam Sani mantan Pensyarah UKM) dan pemudinya SEBERKAS, yang dipimpin oleh Syamsiah Fakir (Istri Rashid Mydin(?)).dan ibu Khatijah Sidik, yang kemudiannya masuk UMNO.Â
>
> Ketika itu UMNO belum lagi wujud.
>
> PKMM bergerak aktif di Singapura dan Malaya. Di Singapura diterajui Dr Burhanuddin Helmi (?), dan Ahmad Boestaman; juga Abdullah CD sebagai pempin API (Angkatan Pemuda Insaf).
>
> Di Malaysia, kalau tak silap saya, PKMM dipimpin oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) bekas Majistrate dan wartawan, dan Ibrahim Yaakob, seorang bekas penuntut Maktab Perguruan Tanjung Malim (SITC) yang menetap di Indonesia, dengan nama Iskandar (juga saya kira sudah meninggal dunia)..
>
> Kebanyakan para pemimpin PKMM dan API terdiri daripada kaum guru dari Maktab tersebut dan para pemuda kampung dan desa dari seluruh Malaya, khsusnya dari Pahang, termasuk Allahyarham Roomainor, ayahnda Anita Sarawak dan Noorkumalasari.Â
>
> Mereka ini telah memperjuangkan kemerdekaan dan inginkan pergabungan dalam sebuah gagasan besar Malaya-Indonesia, yang dikenal sebagai Malayu Raya (?) (Soekarno pernah datang ke Taiping untuk membincangkan hal ini dengan para pemimpin tersebut).
>
> Selain daripada para pemimpin PKMM/API dan SEBERKAS tersebut, terdapat juga bebeapa tokoh pemimpin lain yang ketika itu nampaknya tidak begitu aktif menuntut kemerdekaan negara ketika itu, seperti Allahyarham Dato' Onn Ja'afar. Za'aba, Dato Penglima Bukit Gantang, Abdul Wahab, Tun Razak Hussein, Tan Sri Kamil Ahmad, Tun Dr Ismail, TS Abdul Rahman Yassin, Tun Sar'don Zubir, TS Ja'afar Albar, TS Syed Nasir Ismail, Ibu Zain Sulaiman, dan beberapa tokoh lain lagi.
>
> Para pemimpin PKMM sayap "kiri" yang aktif itu kebanyakannya telah dididik oleh Pemerintah Jepun.
>
> Ketika itu nampaknya tidak timbul masalah Parti Komunis atau ahli Komunis. Semua rata-rata ingin berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan atau kebebasan negara daripada penjajah British yang dipandang mereka lemah dan telah gagal mempertahankan Malaysia dan Singapura.
>
> Para pejuang ini mendapati bahawa British sebenarnya tidak sekuat mana seperti mana yang digembargemburkan mereka. Kelemahan British ini telah terbukti apabila mereka menyerah kalah kepada askar Jepun pada 15 Disember 1942.
>
> Semangat perjuangan yang diapi-apikan Jepun itu telah menyemarakkan lagi keinginan para pejuang sayap kiri Melayu ini uuntuk menuntut kemerdekaan dan kebebasan dari British secepat mungkin dan bergabung dengan Indonesia dalam sebuah gagasan nusantara yang dikenal sebagai Malayu Raya itu.
>
> UMNO yang ditubuhkan pada 29 Mei 1946 dipimpin oleh Allahyarham Dato' Onn itu mula muncul di Tanah Melayu hasil gabungan dari berbagai pertubuhan Melayu dari seluruh Malaysia, termasuk Singapura, di Sultan Sulaiman Club.
>
> UMNO, yang kemudian dikemudi oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj, tidak bersetuju dengan pendekatan dan cara yang diambil PKMM untuk menutut kemerdekaan, dan menubuhkan gagasan gabungan Malaya-Indonesia itu.
>
> Bahana ramai para pemimpin berhaluan "kiri" PKMM ini telah diburu, ditangkap dan dipenjara penjajah British, maka ramailah dari mereka yang telah masuk ke dalam hutan dan sesetengahnya bergabung dengan Komunis yang dipimpin Chin Peng dan gerombolannya. .
>
> Sebelum itu, Komunis telah bergabung dengan British menentang Jepun. Apabila Jepun meninggalkan Tanah Melayu, Komunis telah mula menunjukkan taring dan belangnya ingin memerintah negara ini. Maka itulah timbulnya perbalahan diantara Komunis dan orang-orang tempatan, khususnya orang-orang Melayu.
>
> Semasa itulah juga lahirnya satu kumpulan di Batu Pahat, di pimpin oleh Kiayi Haji Salleh Selempang Merah, yang berjuang bersama para pejuang Melayu tempatan menentang Komunis, yang berakhir setelah campur tangan Dato' Onn dan beberapa pemimpin lain.
>
> Komunis dan Chin Peng tetap berada di dalam hutan. Menakala beberapa orang pemimpin Melayu berhaluan kiri yang menentang penjajah Inggeris juga tetap tinggal di dalam hutan bersama mereka.
>
> Bolehkah mereka ini ditafsirkan sebagai "Komunis" juga, walaupun perjuangan mereka sebenarnya untuk menyambung menuntut kemerdekan dan kebebasan untu negara?
>
> Mereka ini sebenarnya "terperangkap" di dalam kancah menuntut kebebasan, tetapi terpaksa melarikan diri berlindung sama gerombolan Komunis untuk mengelakkan daripada diburu dan ditangkap oleh pihak British, tentera dan polis tempatan yang menganggap mereka "menyebelahi" Komunis.
>
> Persoalan pentafsiran inilah yang menjadi rumit untuk kita merongkainya; kerana masing-masing mempunya perspective yang berbeza melihatnya, bergantung siapa kita dan di mana kita berada.
>
> Mereka boleh dianggap sebagai "Komunis" dan juga "Bukan Komunis."
>
> Yang nyata selepas mereka kembali ke "pangkal jalan" mereka meninggal sebagai orang "Islam" dan di kebumikan di perkuburan Islam.
>
> Memang benar Kepung merupakan sejarah hitam kepada negara, tetapi ramai yang terlibat dalam menyerang pondok polis itu adalah dikatakan terdiri daripada bukan Islam.
>
> Mereka "terlibat" dengan Komunis secara "kebetulan" dalam keadaan yang terdesak dan tidak menyebelahi pihak mereka. Mereka, sepertimana yang saya katakan, terpaksa mengikut grombolan Chin Peng kerana keselamatan diri mereka.
>
> Justru, bolehkah mereka itu dianggap sebagai "Komunis" juga? It is debatable. Wallahu'alam. .
>
> Hakikatnya, ternyata sepertimana yang saya katakan, apabila mereka ini kembali "ke pangkal jalan", mereka telah menjadi orang Islam sebenarnya, sehinggalah mereka menghembuskan nafas terakhir tidak berapa lama dulu. Â (Diataranya termasuklah Musa Mohammad, Rasyid Mydin, dan Syamsiah Fakir),
>
> Saya rasa pernah bertemu dengan Abdullah C.D. ini semasa saya kecil di Singapura dulu (Saya tak pasti). Ketika itu, selepas saja Jepun tinggalkan Singapura, dalam zaman BMA -  saya pernah menuntut di sebuah institusi swasta belajar dalam bidang elektrik, yang para pelajarnya datang hampir dari seluruh Semenanjung. .
>
> Di Institusi inilah Abdullah C.D. pernah berlegar dan kerap kelihatan berbual mesra dengan para pelajar di Institusi tersebut. Kekadang Abdullah kelihatan berkunjung ke Geylang Serai, sebuah kawasan perkumpulan dan perkampunan orang Melayu yang terbesar dan terramai di Singapura ketika itu.
>
> Ketika itu saya dalam lingkungan umur tiga belasan. Tak tahu dan tak faham sangat apa yang sedang mereka bual dan bincangkan.
>
> Pendek kata, saya tak tahulah sama ada para pejuang kumpulan "kiri" menentang penjajah itu harus dianggap sebagai "Komunis" atau "tidak beragama", ataupun sebenarnya mereka telah "terpedaya/terpaksa mengikut kumpula Komunis itu, demi untuk mencapai cita-cita membebas dan memerdekan negara, dan yang penting keselamatan mereka.Â
>
> Semangat mereka berkobar-kobar dan ghairah inginkan kemerdekan untuk negara - mungkin samalah seperti kita, pihak haluan "kanan" menginginkan tercapainya kebebasan dan kemerdekaan daripada penjajah Inggeris seberapa segera.
>
> Saya menulis ini semua dari segi ingatan dan pengalaman sendiri. Bukan dari segi cakap-cakap atau membaca buku-buku sejarah tertentu.
>
> Mudah-mudahan apa yang ingin saya sampaikan ini sebagai secebis maklumat dan catatan sejarah berguna untuk semua. Kalau tidak anggaplah sebagai bahan renungan kita bersama.
>
> Uncle MÂ
>
> ____________ _________ _________ __
> From: xxx
> To: xxx@yxxxgroup s.com
> Cc: xxx@. ..
> Sent: Thursday, September 10, 2009 3:01:15 PM
> Subject: Re: [xxx] sejarah
>
> Â
> as'kum
> saya tak faham dan kenapa kita tak boleh berbeza pandangan. Ini silapnya kita hanya boleh menerima yang kita suka saja sekiranya tidak sehaluan kita boleh tuduh mereka kominis, pendehaka ,pengkianat tak ada agama . Adakah Adullah C.D. tak bukan islam .saya tak napikan ia salah seorang ahli kominis tapi ia tetap orang islam dan mereka dah meletak sejata . maka bila saya menceritakan sedikit kisah beliau saya kominis dan telah tiada agama .
>
> --- On Wed, 9/9/09, xxx wrote:
>
>
> >From: xxx
> >Subject: Re: [XXX] sejarah
> >To: xxx@xxxroup s.com
> >Date: Wednesday, September 9, 2009, 11:43 PM
> >
> >
> >Â
> >Minta maaf...Bagi yang buta sejarah...
> >
> >
> >Kalau mana-mana ahli dalam group ini yang BUKAN MELAYU saya mohon mereka KELUAR dari group secara terhormat. Group ini hanya untuk orang MELAYU dan bukan UNTUK orang KOMUNIS yang atheist(Tidak bertuhan)!
> >Amaran  (...) jangan sesekali INSULT para pejuang MELAYU yang terkorban demi untuk mempertahankan negara yang tercinta ini. Kita tidak mahu ada ejen komunis yang atheist dalam group ini.
> >
> >
> >Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950..
> >>Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.
> >>Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.
> >
> >
> >
> >
> >
> >2009/9/10 xxxx
> >
> >Â
> >>
> >>Soalan: Apakah peranan Bapak dalam PKMM?
> >>
> >>Abdullah C.D.: Dalam kongres kedua PKMM di Melaka, saya dipilih menjadi anggota Jawatankuasa Pusat dan juga Biro Politiknya. Dr. Burhanuddin menjadi Yang Dipertua, Ishak Naib Yang Dipertua. Saya juga bertanggungjawab atas pergerakan buruh Melayu dan kemudian menyatukannya dalam PMFTU yang berbilang kaum. Bersama Doktor, Rashid Maidin dan lain-lain, saya juga selalu berulang-alik ke Gunung Semanggol. Di sana, terdapat tokoh-tokoh agama yang penting dan berpengaruh, seperti Ustaz Abu Bakar Al-Bakir, mudir Maahad El-Ehya Assyarif. Tokoh-tokoh agama ini menubuhkan Parti Hizbul Muslimin yang bekerjasama dengan PKMM dan bergabung dalam PUTERA..
> >>
> >>Soalan: Apakah tindakan yang diambil Bapak apabila British umumkan Darurat?
> >>
> >>Abdullah C.D.: Gerakan PUTERA-AMCJA mendapat sambutan begitu luas daripada rakyat. Mogok dan hartal yang kami lancarkan cukup berkesan. Semangat “Merdeka� berkobar-kobar. Perpaduan kaum juga baik. Ini menyebabkan British sangat takut, lalu bertindak menindasnya.
> >>
> >>Doktor, Boestamam dan saya telah mengadakan perbincangan khas di Kuala Lumpur dan mengambil keputusan, iaitu saya dan Boestamam membawa sejumlah kawan masuk hutan bergerila, Doktor dan kawan-kawan lain bergerak di bawah tanah. Boestamam telah menetapkan rancangannya untuk mendirikan pangkalan di Tanjung Malim dengan anak buahnya berjumlah kira-kira 60 orang. Tapi, Boestamam kena tangkap. Lepas itu, beliau dipenjarakan selama tujuh tahun.. Saya juga kena tangkap di Ulu Dong, Pahang, tapi mujurlah, saya dapat melepaskan diri. Doktor bergerak di Singapura, tapi kena tangkap dan dipenjarakan kerana memimpin perjuangan orang Melayu dalam kes Natrah di Singapura pada akhir 1950. Rashid Maidin juga kena tangkap di rumahnya di Sungai Manik.. Beliau dipenjarakan di Melaka, tapi dapat melepaskan diri lalu masuk hutan bergerila.
> >>
> >>Ramai ahli PKMM masuk hutan bersama saya. Ramai juga yang tinggal di luar dan tak berparti telah masuk UMNO â€" seperti Mustapha Hussain, Hasnul Hadi dan ramai lagi, termasuk tokoh-tokoh penting UMNO selepas merdeka. Pada tahun 1950, UMNO Pahang telah mengemukakan semboyan merdeka. Kemudian kawan-kawan PKMM yang menyertai UMNO telah mengobarkan semboyan merdeka di dalam parti itu sehingga akhirnya telah mengubah semboyan UMNO dari “Hidup Melayuâ€� menjadi “Merdekaâ€�. Setelah Boestamam dan Doktor dibebaskan, mereka menubuhkan Partai Rakyat yang dipimpin oleh Boestamam. Doktor pula memimpin PAS. Semua ini telah tercatat dalam sejarah.
> >>
> >
>




6 ulasan

Syabas anak-anak muda

Bebaskan minda kita, pelajari sejarah perjuangan bangsa kita yang kaya raya. Di sini kita akan temui keagungannya!

Reply

1. “> >Kalau mana-mana ahli dalam group ini yang BUKAN MELAYU saya mohon mereka KELUAR dari group secara terhormat. Group ini hanya untuk orang MELAYU dan bukan UNTUK orang KOMUNIS yang atheist(Tidak bertuhan)!
> >Amaran (...) jangan sesekali INSULT para pejuang MELAYU yang terkorban demi untuk mempertahankan negara yang tercinta ini. Kita tidak mahu ada ejen komunis yang atheist dalam group ini.”

Yang mengeluarkan kenyataan di atas adalah orang yang angkuh + bodoh. Bagi orang ini Henry Gurney adalah pahlawan yang mereka sanjungi, penjajah British adalah kiblat mereka. Mereka sebenarnya adalah alat penjajah untuk terus mengekang minda generasi kita.

2. “Dalam memoir Chin Peng ataupun Abdullah CD ataupun Rashid Mydin... Rasanya tak ada pun mereka mohon maaf atas segala kekejaman dan pembunuhan yang mereka lakukan...”

Apa sebab Chen Ping, Abdullah CD, Rashid Maidin … harus minta maaf? Malaya adalah tanah air mereka. Penjajah British telah menduduki tanah air meraka ratusan tahun lamanya. Perjuangan menghalau penjajah adalah tanggungjawab mereka. Mereka adalah pejuang kemerdekaan sesungguhnya.

3. “> >Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950..
> >>Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.
> >>Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.”

Fikir lah secara rasional. Polis2 ketika itu apa peranan mereka. Bukankan mereka berkhidmat untuk mempertahankan kekuasaan penjajah? Apa pula peranan Pasukan Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM)? Bukankah mereka memerangi penjajah British supaya nyah dari bumi tanah air yang ketika itu bernama Malaya atau Semenanjung Tanah Melayu?

Pasukan Polis tersebut adalah mangsa perang mempertahankan kekuasaan penjajah British di Malaya.

- menentang penjajahan-
(maaf Pak Amin, aku tidak meletakkan nama sebenar di sini kerana ISA masih bermaharajalela - HAPUSKAN ISA)

Reply

Sejarah yang diajarkan UMNO/BN hari ini adalah sejarah yang sudah dimanipulasi sesuai dengan kepentingan penjajah. Sebab itulah isinya meletakkan kaum penjajah sebagai "penyelamat"
... putar belit 180 darjat

Reply

Salam,

Saya ingin bertanyakan kepada pihak yang mengecap komunis sebagai pengganas. 2 minggu lepas saya ada menonton majalah 3 berkisar tentang kekejaman komunis. Mereka melakonkan semula kekejaman komunis supaya rakyat menjadi benci dan tidak terpengaruh dengan blog ini mungkin. Saya tertarik apabila stesyen TV Pro penjajah ini TV3 menghentam komunis tak henti-henti menghentam komunis bunuh rakyat, bunuh anggota keselamatan, tapi tak cakap pulak bunuh beribu-ribu PENAJAJH BRITISH! Tiba-tiba adalah satu mangkok yang pegi buat tugu memperingati rakyat yang terkorban konon. Bila TV3 paparkan nama-nama mereka yang terkorban, semuanya nama orang putih belaka. Di mana nama orang melayu yang dibunuh kejam oleh komunis? takkan satu pun tak ada? komunis ni kan terlalu kejam masakan 1 nama askar melayu pun tak tercatit di tugu yang dibina oleh pengkhianat bangsa sendiri?

Cerita komunis membunuh 3 orang british di ladang getah sg siput pun disairkan. British tu rakyat tempatankah? salahkah membunuh penaindas, penajajah yang telah memijak kepala kita, yang telah mengaut hasil bumi malaya yang kaya ini?

Patriot

Reply

Mengapa penjajah British amat mendendam benci dengan PKM dan parti2 golongan kiri?

PKM dan parti2 golongan kiri seperti yang tergabung dalam PUTERA AMCJA adalah golongan yang memperjuangkan kemerdekaan mutlak. Mereka menghendaki kaum penjajah keluar dari bumi Malaya tanpa syarat. Mereka mahu membangun Malaya menjadi Negara bangsa rakyat Malaya yang bebas dari sebarang pengaruh penjajahan.

Sudah pasti, golongan ini amat merbahaya kepada kaum penjajah. Akan tetapi hal ini telah diputar belitkan kaum penjajah sebagai “merbahaya kepada Negara”, di beri label “pengganas” dan sebagainya.

Kerana UMNO di bawah pimpinan Datok Onn bersekongkol dengan penjajah British, maka UMNOlah yang menjadi harapan British untuk menjaga kepentingan politik dan ekonomi penjajahannya. Sebab itulah syarikat2 besar ekonomi British masih terpelihara walaupun selepas kemerdekaan bahkan lebih berkembang dalam beberapa tahun selepas merdeka. Sejarah yang ditulis UMNO menganggap penjajah British sebagai “pelindung” walaupun hakikat sebenarnya British adalah penjajah.

Bahkan hari ini ketika rakyat kita sudah sedar, ketika tanah air mencapai kemerdekaan 50 tahun lebih dari cengkaman penjajah British, masih ada golongan dari UMNO/BN yang mahu memperingati Henry Gurney. Lihat:

http://matamin02backup.blogspot.com/2009/08/papan-tanda-bagi-ingati-pembunuhan.html

Memomokkan pejuang2 kemerdekaan sebagai “komunis”, “pengganas” dan macam2 adalah juga satu helah kaum penjajah untuk menutupi perompakannya ke atas kekayaan bumi tanah air kita, menutupi penindasannya ke atas kaum buruh dan kaum tani Negara kita.

Kita lihat tugu Negara. Dari situ kita digambarkan seolah-oleh Malaya dijajah oleh komunis manakala British membantu Malaya untuk bebas dari komunis. Satu hakikat sebenar British sebagai penjajah telah terlindung, manakala kaum komunis dan kaum kiri lain yang berjuang menentang penjajahan untuk kemerdekaan sudah berubah menjadi sebaliknya. Tidakkah ini putar belit namanya?

Hari ini, kita telah menyaksikan bahawa rakyat berbagai aliran berbagai kaum telah bangkit. Mereka akan membetul kembali sejarah yang ditulis oleh kaum penjajah dan akhirnya rakyat akan menolak golongan yang masih mahu mempertahankan kaum penjajah.

Reply

Kami Sekeluarga Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri Dan Dari Dalam Diri Kami Memohon Berbanyak Ampun Dan Maaf Diatas Segala Keterlanjuran.Mudah-mudahan Di Hari Yang Berbahagia Ini Akan Dapat Memperteguhkan Silaturrahim Kita,InsyaAllah

Reply

Categories

Pengikut