Terima Kasih Buat Sampah Seni



Berbanyak-banyak terima kasih kepada Saudara Rahmat Haron, moderator blog Sampah Seni kerana turut membuat paparan berkenaan kejadian di blog saya.


Monday, August 10, 2009

http://sampahseni.blogspot.com/

Blog Mat Amin Disabotaj: Bahana Bendera?

Blog Kg. Perdamaian, (http://matamin.blogspot.com) yang merupakan catatan kenang-kenangan Mat Amin, bekas perajurit Rejimen Melayu Ke 10, Parti Komunis Malaya telah selamat terpadam, disabotaj. Blog ini mencanak naik kunjungannya hasil promosi besar-besaran Menteri Penerangan Rais Yatim, yang memberi Blog Mat Amin pengiklanan percuma di media mega milik pemerintah.

semalam SS telahpun menerima komen yang berbau perkauman, dan komen2 di blog ini akan melalui penyederhanaan.

En Arif pula meninggalkan pesan:


Arif Omar said...
ASKUM. PG LIHAT DI ATAS SEKALI BLOG ANDA MASIH ADA PERKATAAN / IKON FLAG BLOG. SILA BUANGKAN KERENA JIKA SESIAPA MENEKANNYA MAKA GOOGLE AKAN DELETENYA SECARA OTOMATIK. BUANG SEGERA. PERGI KE BLOG PG DAN TULIS FLAG BLOG DI RUANGAN SEARH DAN IKUTI LANGKAHNYA. SEGERAKAN.
August 10, 2009 11:20 AM
Apakah ini bahana bendera? Atau permulaan melesen hukum kurung sekatkan maklumat?

Posted by rahmat haron at 10:42 PM
Labels: arus teknologi, IT, kebebasan maklumat

5 comments:
syphlys nation said...
Apekah ini? Panik-Komuniz sampai menutup blog?
Era ini semakin tidak bertamadun... Teoh Beng Hock, satu-persatu dicarinya..
Moga Mat Amin akan membuat 'come-back'!
harap isu ini dipanjangkan..kita mahu tahu ape sebenar & keseudahannya.
Blog Mat Amin satu sumber penting dalam penilaian sejarah alternatif yang lebih telus.
August 11, 2009 1:44 PM

Sang Kerengga Kala said...
Sejarah alternatif mesti ada! Xkan nak sumbat taik propaganda je...
August 11, 2009 4:58 PM

Atom said...
Salam Rahmat.

Bila terbuka
api menyala

Terpadam
baranya tetap ada

Hembusan
menyelinap segenap ruang

Biar konkrit setebal tujuh lapis

Kosong
adakah ruang

AdilNya
Kelemahan tidak dapat di cari

Menerobos soldadu kebenaran
pasti
August 11, 2009 10:09 PM

Mrs. Turner said...
sekadar menyelit. bukan nak kata apa apa.cuma nak tanya.macamana nak dapat kan buku mea culpa tu ya ? wuuuu.sudah di email tapi tak dibalas. bantu bantu :(
August 12, 2009 2:41 AM

Mat Amin said...
Salam semua,

Terima kasih kepada Saudara Rahmat kerana memaparkan maklumat berkenaan blog saya. - Kampung Perdamaian Sukhirin - Kini Dan Silam di http://matamin.blogspot.com.

Saya harap ini akan menjadi pengalaman kepada bloger-bloger lain.

Walau apapun perjuangan akan diteruskan. Atas bantuan kawan-kawan bloger, saya membuka blog baru untuk meneruskannya. Saya menjemput semua berkunjung ke http://matamin02.blogspot.com

Sebagai pengalaman untuk semua saya ceritakan sedikit proses bagaimana blog saya disabotase:

Pada petang 9hb, saya tak dapat log masuk ke blog. Sesudah beberapa jam mencuba, saya meminjam komputer kawan lain, hasilnya tetap negatif. Walau bagaimanapun blog itu masih boleh dibaca.

Beberapa jam kemudian, bahagian site meter sudah terputus. Dari gejala ini saya mengesyaki blog itu telah diceroboh. Saya copy ulasan ulasan dari bulan Julai hingga Ogos. (Ulasan dari April - Jun telah pun dicopy dan disimpan dengan selamat)

Sehingga pagi keesokannya blog itu sudah tak dapat dibuka lagi, yang tertulis ialah "hanya untuk pembaca yang diundang sahaja".

Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan bloger yang telah membantu saya membina blog baru.

terima kasih

Mat Amin

6 ulasan

Terima kasih kerana telah membuka blog yang baru.
Perjuangan mesti diteruskan.

Reply

Pekerja diseluruh dunia,bersatulah!

Reply

Terima kasih pak amin kerana menjemput saya.. Patut la bila saya buka blog pak amin yg dulu ada paparan This blog is open to invited readers only. Saya akan buat link yg baru di blog sayaPOKTEHZUL

Reply

Pak amin saya dah jumpa cara nak remove flag tu. saya dah cuba kat blog saya. Masuk kat sini dia ada ajar http://www.thewwwblog.com/blogger-trick-remove-navbar-in-blogspot-blog.html

Reply

terima kasih anak muda

kepada semua sila ambil perhatian ulasan Pokteh Zul:

Pak amin saya dah jumpa cara nak remove flag tu. saya dah cuba kat blog saya. Masuk kat sini dia ada ajar http://www.thewwwblog.com/blogger-trick-remove-navbar-in-blogspot-blog.html

Reply

Salam Tuan Mat Amin.
Harap semua artikal yang pernah disiarkan dlm blog lama dapat di upload semula dalam blog baru ini sebagai cacatan lama. Terlalu banyak yang bernilai untuk kami generasi baru mengkaji serta mengetahuinya kerana selama ini kami tidak pernah mendapat apa-apa pengetahuan mengenai pejuang seperti tuan dan rakan tuan.
Terima kasih.
Semoga Usaha Tuan Diberkati Allah swt.

Reply

Categories

Pengikut